13 July 2022

Dimana Silapnya Sehingga Aset Petronas Dirampas Waris Sultan Sulu?

Bhai/DeeDee semua...

Pertama sekali gua nak nyatakan bahawa tindakan perampasan aset Petronas oleh waris Sultan Sulu tu adalah mengikut undang-undang tetapi secara ex-parte. Jadi proses itu tidaklah semudah yang disangka kan.

Persoalan undang-undang terkait insiden nih memang sudah dijangka... Semua ini berlaku bilamana Najib Razak secara tepatnya selaku Perdana Menteri pada 2013 telah mengarahkan supaya pembayaran nilai pampasan tahunan sebanyak RM5k ++ kepada Sultan Sulu dihentikan serta merta selepas insiden Lahad Datu.

Dan ini membawa kepada tuntutan pampasan yang lebih besar oleh waris Sultan Sulu kepada mahkamah timbangtara di Peranchis dan Sepanyol.

Isu yang kita patut tanya... adakah Bailif dari Luxemburg boleh menguatkuasakan arahan tahan aset itu mengikut perjanjian Kesatuan Eropah (European Union) atau ianya hanya terpakai dalam negara ianya diputuskan sahaja iaitu Peranchis.

Satu lagi yang menjadi isu adalah berkaitan kesahihan susur galur keluarga (lineage) waris Sultan Sulu tersebut. Siapa dia yang menjadi penama dalam kes ini. Dan siapa yang mendanai proses guaman dan mahkamah kes ini...

Itu semua kita kena tanya ... supaya adakah sah tuntutan yang dinyatakan atau ianya sekadar tuntutan rambang semata-mata.

Apa pun... kita biarkan proses undang-undang berjalan.



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???