15 December 2022

Bertabahlah Elya

Bhai/DeeDee semua...

Relaks aaa... setakat KWSP punya sistem jer demam.. Elya sihat walafiat jer... jangan la korang risau.. hahaha... Bertabahlah Elya... jangan lupa makan ubat aaa...

Save recovery aaa... Hahaha... Pun Intended...


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami masalah gangguan perkhidmatan sementara di semua cawangannya termasuk aplikasi i-Akaun KWSP, hari ini.

KWSP memaklumkan perkara tersebut kepada orang ramai dalam satu hantaran di akaun Facebooknya, serta sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan itu.

“Pihak KWSP sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan dan akan memberi maklumat terkini dari semasa ke semasa. Sebarang kesulitan amat dikesali,” katanya.

Namun gelagat lucu netizen di ruangan komen, rata-rata mendoakan watak animasi Elya yang sinonim sebagai penasihat dalam talian laman sesawang KWSP, kerana dikhuatiri ‘jatuh sakit’ seiiring dengan masalah gangguan perkhidmatan tersebut.

“Elya masuk wad ke.. adoi semoga cepat sembuh Elya.. Lepas keluar hospital jangan lupa KWSP bersasar,” komen seorang netizen.

“Mungkin Elya pergi kursus kahwin, musim-musim orang berkahwin pula kan,” komen netizen yang lain pula.

Bagi yang tidak mengetahui, watak Elya popular sebagai penasihat kewangan dalam talian KWSP dimana ia akan muncul setelah pemohon mengisi maklumat nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit serta menjawab beberapa soalan.

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???