15 December 2022

Lompat Si Katak Lompat

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Dari berudu sampailah menjadi Katak... tetap spesis licin macam belut... Betul lar ader katak puru... tapi tetap jugak licin dan licik... hahaha

Bila katak lompat ke kolam ko... ko suka bukan main... bila katak lompat keluar dari kolam ko... ko nak marah... hhahaha... Katak dah memang habitnya lompat... takkan la katak nak berguling-guling... akai ada ka??? Hahaha

Katak nih semua buat camnie konon atas aspirasi rakyat... Hhahaha... ader depa tanya ka pada pengundi depa yang boleh tak depa melompat nih?? Ader brani depa tanya??? Sure tabrani punya... potong anu la kalu depa brani buat pungutan suara dalam ruang lingkup kawasan Parlimen depa...

Tarak brani punya lah.... Hahahaha.... sembang boleh la...

Walhal... tindakan depa nih semua salah disisi undang-undang sebab depa bertanding itu kerusi Parlimen... Parlimen itu ikut Perlembagaan Persekutuan.. dan bukan ikut Undang-Undang Tubuh Negeri.... lain la depa bertanding kerusi DUN...

Depa tau yang depa semua sebenarnya boleh hilang kerusi Parlimen...  itu sebab depa meroyan kasik dalil dan dalih macam-macam... Bangkai jer semua nih... Hahaha

SPR pon bangang gak.... Hahahah


Di sebalik keraguan mengenai status empat ahli Parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu, seorang daripada mereka Armizan Mohd Ali menafikan mereka mengkhianati parti itu serta presidennya Muhyiddin Yassin.

Armizan, yang menegaskan dia adalah ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) "sebelum bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15)" berkata, semua ahli Parlimen Bersatu Sabah - kecuali ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee - meninggalkan parti itu dengan sentimen dan aspirasi untuk rakyat Sabah.

“Tak ada persoalan main kolam antara Muhyididn atau Bersatu, kita punya sasaran ialah masyarakat Sabah.

“Pada masa sekarang sentimen masyarakat, sekarang ini kita bergerak berteraskan atau berdasarkan parti lokal. Lanskap politik Malaysia, kita memperjuangkan agenda Sabah dengan lebih efektif. Dengan gagasan lokal.

“Tak orang bilang menentang aspirasi orang Sabah. Itu sebab (kita) menubunhkan dan sertai GRS pada masa itu, supaya parti lain sedia bersama dnegan kita,” katanya pada sidang media di Pulau Meranti, di Puchong, hari ini.

Menjawab soalan berhubung tarikh sebenar dia menyertai GRS, ahli Parlimen Papar itu berkata dirinya tidak pasti tetapi menegaskan permohonan keahliannya telah diluluskan oleh Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun pada Oktober.

“Kamu kena faham keunikan kerjasama antara GRS dan Bersatu di Sabah.

“Penubuhan GRS sendiri dapat restu daripada Bersatu, keanggotaan Bersatu Sabah dan GRS sebagai gabungan dapat restu daripada Bersatu pada ketika itu.

“Jadi sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan GRS, sudah tentu saya mahu menjadi antara orang pertama yang menjadi ahli,” katanya.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, Perlembagaan Persekutuan atau Akta Pertubuhan 1966 tidak menghalang sesiapa daripada menjadi ahli beberapa parti politik.


2 comments:

  1. Muhyiddin tak ada moral basis utk persoalkan orang lompat parti atau tidak kerana dia ialah KEPALA LOMPAT PARTI TERBESAR!!!!

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???