31 December 2022

Jangan Sampai Ianya Terjadi Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Korang mungkin tatau yang warga pendidik terutamanya guru atau cikgu yang mengajar di sekolah terutamanya sekolah milik kerajaan amat terdedah dengan tekanan... Penderaan mental amat kuat berlaku terutamanya di sekolah rendah... dimana kumpulan pentadbir (Guru Besar / Pengetua) terlalu berikan tekanan kerja dan tugasan buat para cikgu.... sehinggakan kerja hakiki cikgu ini terganggu dan terabai..

Kalu nak citer detail panjang sangat.... tapi kalu korang rajin... bersembang lah dengan mana-mana guru... terutamanya yang mengajar di sekolah rendah... Bab jadi eksperimen jangan cerita la... macam-macam kena.... Sekolah Amanah la... Sekolah Kluster Kecemerlangan la... macam-macam jenis sekolah.... dan kekadang tu satu sekolah pun terlibat dalam banyak kategori...

Yang jadi mangsa... cikgu dan murid...

Cuma kita harap sangat la benda yang berlaku di Jepun nih takkan terjadi di Malaysia.... walaupun sebenarnya dah memang terjadi pun.... tapi itu la... kita still tak dapat nak elakkan benda nih..

Apa pun... harapan utama gua... jangan sampai dah kronik baru nak nampak.... baru nak amik tindakan... masa tu dah tak berguna.... pegawai di PPD (terutamanya Nazir) dan JPN sampai yang kat Putrajaya banyak yang cakap jer pandai... suruh handle kelas 35 orang pun takkan boleh punya..

Sembang je lebih...


Bilangan guru sekolah awam di Jepun yang mengambil cuti selama sebulan atau lebih kerana mengalami masalah kesihatan mental mencecah lebih 10,000 orang buat kali pertama pada tahun akademik 2021, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Jepun pada 26 Disember lalu.

Bagi tahun persekolahan 2021, seramai 10,944 guru sekolah awam mengambil cuti panjang selama sebulan atau lebih kerana masalah kesihatan mental termasuk kemurungan. 

Ia merupakan peningkatan sebanyak 15.2 peratus atau 1,448 orang berbanding tahun akademik sebelumnya. 

Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun percaya bahawa punca keadaan itu adalah masa bekerja yang panjang. 

Ia merupakan masalah berterusan di sekolah selain di samping isu peningkatan beban kerja guru muda.

Tinjauan tersebut melibatkan kira-kira 919,900 guru di sekolah rendah awam, menengah rendah, menengah atas dan keperluan khas serta institusi lain seumpamanya di seluruh Jepun. 

Sementara itu, daripada 10,944 guru yang mengambil cuti jangka panjang tersebut, seramai 5,897 tenaga pengajar mengambil cuti lebih 90 hari, yang merupakan had am cuti sakit diperuntukkan kepada mereka.

5 comments:

  1. Shalom cip..Letupan di ampang kelmarin kerja buat siapa tu? Ada hint tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya kena tunggu 3,4 tahun lagi lah baru tahu hehehe..boleh tahan pelik sebab polis tak dedahkan nama si mati,

      Delete
  2. Betul tu bhaii.. guru2 la ni dibebankan dengan segala jenis fail..Dulu guru tertumpu menyelesaikan masalah buta 3M.. kemudian timbul pulak bermacam-macam jenis kurikulum try and error.. akhinya sampai masuk sekolah menegah tak selesai masalah buta 3M. ..guru sekolah menengah menyalahkan guru sekolah rendah...lagi tensionlah guru2 sekolah rendah.
    Murid sekolah rendah tak perlu dibebankan dengan KBAT (Kemahiran berfikir Aras Tinggi).. Yang asaspun tak selesai lagi... macam mana nak fikir yg tinggi2.
    Guru2 sekarang ni ambil jalan mudah,, mohon bersara awal.. habis cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat.. memang tidak sepatutnya bebudak Tahun 1, 2 dan 3 dibebankan dengan KBAT .... otak mereka belum berkembang lagi.... asas 3M pun terkial-kial ...

      banyak kes murid Tahun 6 pun masih merangkak-rangkak membaca dan menulis.... huhuhu

      Delete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???