30 December 2022

OPR Bakal Naik Lagi 2023?

Bhai/DeeDee semua...

Takder perkataan yang paling sesuai untuk gua ulas berkenaan OPR yang mungkin akan dikenakan kenaikannya 2 kali pada 2023 orang Bank Negara Malaysia selain...

GAMPANG LA

Itu jer selayaknya yang gua ucapkan kat Kerajaan dan BNM sejak dulu lagi sampai la nih...

Memang GAMPANG


Kenyataan BNM pada November memberikan peringatan yang jelas bahawa tekanan inflasi berkemungkinan kekal pada 2023, dan bank pusat juga menekankan kesediaannya untuk kekal cenderung kepada kadar faedah tinggi, jika perlu.

“Kami mengunjurkan dua lagi kenaikan sebanyak 25 mata asas ke atas kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.25 peratus berdasarkan unjuran kami bagi 2023,”

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (CGS-CIMB) mengunjurkan inflasi Malaysia berada pada 3.0 peratus tahun ke tahun pada 2023, berbanding unjuran bagi 2022 pada 3.3 peratus tahun ke tahun.

Ketua Ekonomi, Nazmi Idrus berkata campur tangan kerajaan dalam perkara seperti harga ayam, petrol dan bayaran tol akan terus membendung sebahagian inflasi dalam jangka masa terdekat.

7 comments:

  1. Opr bakal naik? Canteek. Masak lah yg ada pinjaman besar. Nak beli rumah skrg bawah rm200k memang mimpi lah tak mcm 90an dulu. 90an dulu masih blh beli rumah 3 bilik sekitar rm35k tapi bila bnm benarkan pinjaman lebih 100% termasuk mrta dan lawyer fee utk loan document pada awal 2000 dah jangka harga rumah melonjak naik tak terbendung lagi. Apa yg negara barat buat ikut je membuta tuli dan skrg dah parah. Mana zeti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila Housing Bubble burst... ramai yang bankrap... hehehe

      Delete
  2. Gila lah naik lagi..Sudah lah tahun depan Krisis ekonomi dunia, mampu ke rakyat bertahan?

    ReplyDelete
  3. Sebab apa BNM naik kan OPR ? Klu BNM turunkan OPR apa jadi ?

    ReplyDelete
  4. x naik pun..ko ni test urin pasti sangkut

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???