09 December 2022

Untung Secupak, Rugi Segantang

Bhai/DeeDee semua...

Dalam keghairahan untuk menguasai Kerajaan Persekutuan Malaysia, Pakatan Harapan telah bekerjasama dengan Barisan Nasional. Memang kita semua tahu bahawa ini adalah hasil daripada tidak cukup majoriti pada PH dan lain-lain Parti Gabungan... dan diendorse oleh YDP Agong..

Tapi...

Dalam keadaan ini .... hanya kerana untung yang sedikit (dapat memegang kuasa dan mendirikan Kerajaan sebagai PM) .. tetapi banyak kerugian yang sebenarnya terserlah sama ada kita mahu melihat dan menyedarinya ataupun tidak...

Contoh yang nyata,... UMNO tetap juga nak cari salah kepada Hakim Nazlan, bekas Gabenor Zeti Ahtar malah juga terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan kes terkait Tabung Haji (yang katanya PH telah menjualkan aset TH kepada pihak ketiga)... dan itu antara yang sedang diperbuat tindakannya oleh Majlis Tertinggi UMNO.... belum lagi tindakan-tindakan lain yang akan dirancang...

Tambah lagi Menteri Undang-Undang adalah dari puak UMNO (Azalina Othman Said)... pastinya akan ader keuntungan dan bias tak banyak sedikit tentunya pada kes terkait Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak serta yang lainnya...

Apa yang Pakatan Harapan akan dapat?? Hahaha... Gua tak nampak Pakatan Harapan akan ada kelebihan dalam per"sekatil'an dengan Barisan Nasional nih... tambah lagi banyak kuasa dalam kabinet sebenarnya terletak atas bahu wakil Barisan Nasional.... 

Agak-agak korang la... Ader peluang ke Pakatan Harapan nak sentuh dan bangkitkan isu terkait beberapa perolehan yang pelik dan ajaib serta merugikan yang telah dibuat oleh orang UMNO dan Barisan Nasional... Paling simple... adakah itu skandal LCS akan dapat dibongkarkan dengan lebih telus dan mensabitkan beberapa warlord UMNO???? Hahaha...

Mahu ke Menteri Undang-Undang (Azalina Othman Said) nak usahakan benda-benda macam ni??? Hahahaha...

Kepincangan dalam Prasarana sebelum ini pun gua berani jamin takkan terusik dan diambil tindakan perundangan... Itu belum lagi yang lainnya,,,,

Sebab itu gua kata.... untungnya secupak, ruginya segantang.... Hahahaha

Walanon dan Bangsa Slurpp tahu apa?? hanya sekadar membekap kosong tanpa fakta dan data,,,, Hahaha.... sama spesis dengan Walaun dan Machai.... Hahaha




Sori... korang nak gadaikan prinsip dan integriti teruskan la.... maaflah... gua bukan macam tue... sebab once tergadai prinsip dan integrity... sampai bila pun korang takkan dapat bingkas balik...

10 comments:

  1. Biar admin cakap apa pun.. Dia rasa dia betul l.

    ReplyDelete
  2. Shalom cip,ulas lantikan timbalan menteri kit

    ReplyDelete
  3. contoh manusia R&R....rehat dan rawat....maju kedepan tak....kebelakang pun tak...kununnya prinsip dan integrity terpaling....kihkihkih.

    ReplyDelete
  4. apa nak heran, semua orang tahu umno paling hebat dalam berpolitik, parti lain tu macam bbnu je.

    ReplyDelete
  5. Jika bukan sekarang, bila lagi, dah berpuluh menunggu, untung atau rugi, siapa nak peduli. Yang penting kuasa, bila ada kuasa, semua datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang untung adalah BN ... banyak jawatan penting dan berkuasa tetap mereka yang pegang.... huhuhu ... takut kena main jer... hahaha

      Delete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???