15 May 2012

500 Anggota PDRM Didapati Hilang

Kuala Lumpur (14 Mei 2012) :

Timbalan Ketua Polis Negara telah membuat satu sidang akhbar petang tadi untuk memberitahu perkembangan mengenai kehilangan lebih dari 500 anggota PDRM selepas selesainya Perhimpunan BERSIH 3.0.

Beliau memaklumkan para wartawan bahawa kesemua yang hilang masih lagi tidak dapat dikesan walaupun unit anjing (K9) digunakan untuk mengesan kehilangan tersebut. Ini berkemungkinan besar kerana anjing-anjing tersebut telah dibekalkan dengan "gas mask" bagi mengelakkan anjing-anjing ini terhidu gas pemedih mata yang boleh menyebabkan anjing tersebut hilang deria bau.

Kehilangan anggota PDRM seramai lebih dari 500 orang ini berkemungkinan disebabkan oleh peserta BERSIH 3.0. Timbalan KPN telah menayangkan satu video yang memaparkan seorang peserta BERSIH 3.0 yang menghamburkan kata-kata bahawa "hilang lima nyawa pun tidak mengapa" yang dirakamkan oleh seorang jurugambar PDRM.

Berkemungkinan besar kesemua 500 orang anggota tersebut telah terbunuh atau dibunuh oleh peserta BERSIH 3.0 yang mengeluarkan ancaman sedemikian. Sehingga kini tiada petunjuk yang jelas kelihatan untuk PDRM mengesan kedudukan kesemua mayat 500 anggota PDRM yang dikhuatiri telah dibunuh.

Sumber-sumber jalanan mengatakan berkemungkinan besar mayat-mayat anggota PDRM ini yang seramai 500 orang tersebut telah pun dihumban kedalam Sungai Gombak atau Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek. Ada sumber berkata mereka melihat seseorang telah membunuh ramai anggota polis yang membelasah peserta BERSIH 3.0 yang sedang bersiap untuk menunaikan solat Asar berjamaah di Masjid Jamek.

Sumber Hospital pula menyatakan bahawa besar kemungkinan anggota PDRM yang seramai lebih 500 orang tersebut telah mengalami sindrom hilang ingatan akibat terlebih membelasah orang awam yang sama sekali tidak terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana ramai penghuni hotel dan pelanggan restoran telah dibelasah secara teruk oleh anggota PDRM. Mengikut satu kajian, jika seseorang itu terlalu hebat membelasah orang lain, sudah pasti beliau akan mengalami satu sindrom hilang ingatan yang kompleks.

Oleh yang demikian, pihak Hospital Kuala Lumpur telah mengarahkan petugas hospital untuk mengesan dan mengenalpasti berapa ramaikah pesakit mental yang sedang berada di wad psychiatry. Ini kerana pada 28 April 2012, terdapat ramai pesakit mental baru yang mendaftarkan diri mereka di jabatan psychiatry HKL. Oleh kerana tidak cukup tempat, HKL telah menghantar sebahagian pesakit tersebut ke Hospital Tampoi dan Tanjung Rambutan.

(NNA - Nonama News Agency) 

3 comments:

  1. TIMB KPN PUN DAH HILANG AKAL ,DIA PUN BAIK PI CHEC KAT DOCTOR DI HKL ;)

    ReplyDelete
  2. Bhai GeloraHatiMuda...

    Hahaha.... gua buat "parody" jer... hahaha

    Bhai Amuraria...

    Aper plak HKL... pi Tampoi atau Tanjung Rambutan la... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???