Bhai... nih ader soalan yang perlu ditanya oleh semua yang prihatin terhadap kes tembak sampai mati Aminulrasyid Amzah tue...
1. Kenapa Koperal Jenain Subi menembak sehingga "katanya" 21 das tembakan (diakhir perbicaraan) sedangkan pada laporan awal mendapati cuma 17 das tembakan sahaja yang dibuat oleh Koperal Jenain Subi menggunakan senjatapi HK MP5 (9mm)
2. Kenapa perlu melakukan tembakan sehingga 21 das terhadap suspek, walaupun tidak berlaku insiden berbalas tembak (parang hanya dijumpai setelah bonet kereta dibuka dan diperiksa)
3. Kenapa Mahkamah tidak ditunjukkan satu demonstrasi bagaimana tembakan pada kenderaan yang bergerak berkelajuan 80 km/j menggunakan senjata HK MP5 dengan peluru 9mm boleh menembusi cermin belakang kenderaan dan terus menembusi "head rest" kereta menyebabkan kepala Aminulrasyid terkena tembakan tersebut
4. Pada sudut berapakah yang berkesan untuk satu das tembakan yang sama boleh menembusi dua objek keras (cermin kereta dan "head rest") dengan peluru 9mm.
5. Berapakah jarak sebenar kenderaan yang dinaiki oleh Koperal Jenain dengan kereta Aminulrasyid pada masa tembakan dilakukan.
6. Koperal Jenain Subi seorang yang kidal atau tidak. Jika beliau kidal, adakah beliau menggunakan senjata HK MP5 tersebut secara kidal? Jika tidak, bagaimana tembakan boleh dilakukan oleh seseorang anggota dari dalam sebuah kenderaan yang bergerak pada kelajuan 80 km/j.
7. Adakah Koperal Jenain Subi melakukan tembakan kepada kereta Aminulrasyid dalam keadaan Koperal Jenain Subi duduk diatas muka pintu kereta yang dibuka cerminnya pada kelajuan 80 km/j . Adakah Koperal Jenain Subi mendapat latihan sebegini walhal beliau bukanlah anggota UTK atau VAT69.
8. Kenapa Mahkamah tidak dikemukakan laporan ketepatan tembakan dalam latihan yang pernah dibuat oleh Koperal Jenain Subi. Semua anggota PDRM memang ada fail mengenainya.
So.... kalu gua nak tulis memang banyak.... tapi takper la... kasi chan la lu orang plak fikir skit.... hehehe....
Baca SINI
Bro C++
ReplyDeleteTak boleh nak buat mcmana bro...telur hakim dah kene pegang so, dia terpaksa la lepaskan jenain nih.
Bhai Zaid Zulkaliph...
ReplyDeleteBetul... terikat dengan peruntukan undang-undang... tapi terlalu banyak persoalan yang timbul.. Jika SOP PDRM untuk memberhentikan kenderaan suspek dengan cara menembak... berapa das tembakankah yang menjadi asas SOP tersebut...
Gua masih keliru.... bilamana dapat tahu bahawa Koperal Jenain Subi pernah berkhidmat sebagai "Polis Mahkamah" sebelum ditukarkan kepada unit MPV ... so... nampaknya disini Koperal Jenain Subi tidak dilatih untuk tugasan tembakan tepat (sharpshooters) dalam situasi kenderaan sedang bergerak.
Diberitakan beliau pada masa kejadian duduk disebelah pemandu kenderaan MPV. Jika beliau kidal, gua tak terkejut... tapi kalu kanan... memang pelik dengan ketepatan sehingga peluru boleh tembus dari cermin belakang terus ke "headrest" dan mengenai kepala Aminulrasyid ....
Terlalu hebat bagi seorang bekas "polis mahkamah" yang bertugas di skuad MPV.