Bhai... semasa gua kat kampung pada cuti Tahun Baru Cina nih... gua ader berborak dengan bapak mertua gua... gua berborak pasai teknologi telefon dan komputer... macam mana perubahan telefon selular yang bersaiz beg bimbit, botol air sampailah kepada senipis-nipis yang ader sekarang...
Gua cukup ingat dulu NEC ader lancarkan produk Primero BX yang iklannya menunjukkan seekor burung merpati boleh membawa lari telefon bimbit nih... Hahaha... masa tue kira dah cukup hebat la.. cukup ringan... Walhal... sekarang nih ader yang lagi ringan... hahaha...
Cuma gua ader cakap kat bapak mertua gua.. produk yang tak banyak berubah... sejak ratusan tahun dulu sampailah sekarang aderlah jam... terutamanya jam tangan (wrist watch)... kalu la ader yang dapat buat satu yang terbaek.. yang akan mencetuskan transformasi jam... mesti best kan...
Tup.. tup.. hari nih gua terbaca kat dalam Sinar Harian kononnya Apple Inc. sedang membuat kajian dan perancangan untuk mengeluarkan jam tangan yang mungkin akan diberi nama iWatch atau iWristWatch ... pergh.. mesti hebat kan... mesti gempak kan...
Selepas teknologi kuartza muncul... yang menjadikan SEIKO sebuah syarikat yang besar dalam mengeluarkan jam tangan berasaskan Quartz pada tahun 1969 walaupun penerokaan teknologi quartz nih dah mula pada tahun 1927 lagi. Dua syarikat yang utama membuat jam tangan berasaskan Quartz nih aderlah LONGINES dan SEIKO ....
Kini... aderkah iWatch bakal merubah lanskap rekabentuk dan teknologi jam tangan.... ntah la.. gua pon tak tahu... tapi... kemungkinan itu ader.... Kalu BN nak menang dalam PRU13 nih... nampaknyer kena la sponsor golongan muda untuk rebat iWatch nih... hahaha...
NEW YORK – Selepas berjaya menakluki desktop, perpustakaan muzik dan telefon pintar, Apple mahu menghiasi satu lagi tempat yang dijangka dapat menarik perhatian pengguna yang obses terhadap gajet iaitu di pergelangan tangan pengguna.
Menurut laporan dalam The New York Times, ketika ini, syarikat itu membangunkan satu aplikasi pintar pada jam tangan yang akan menggunakan perisian operasi IOS yang sama seperti iPhone, iPad dan iPod.
Jam tangan tersebut mempunyai skrin kaca melengkung di mana pengguna sudah biasa dengan eksplorasi yang diperkenalkan syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, Apple tidak memberi maklum balas segera berdasarkan berhubung laporan itu.
Tahun lepas, Corning, yang membuat Gorilla Glass digunakan untuk iPad dan iPhone, berbentuk nipis dilancarkan, di mana versinya lebih sensitif terhadap sentuhan dan membuatkan ia lebih mudah untuk menghasilkan jam tangan yang berlekuk.
Mengiayakan andaian bahawa ia turut memasukkan aplikasi sembang seperti Facetime, peminat Dick Tracy sebenarnya boleh meninggalkan impian lama untuk hidup untuk mempunyai video yang mempunyai Two-Way Radio di pergelangan tangan.
Laporan CNN menyebut bahaw jika pelan perancangannya tepat, Apple boleh mengambil petunjuk daripada kepentingan pasaran yang telah ditunjukkan dalam beberapa produk.
Pebble, jam tangan yang menggunakan teknologi Bluetooth, yang digunakan untuk menghubungkan telefon pintar pengguna, memecah rekod jualan sehingga AS$10.2 juta (RM31.6 juta) tahun lepas.
TikTok dan LunaTik, dua gaya alat pergelangan tangan yang bertukar kepada iPod Nano kepada jam tangan pintar, meraih AS$942,000 (RM2.9 juta).
xmustahil lpas ni projector melalui jam...pergghhh...canggih
ReplyDeleteMaybe la kot
DeleteSalam C++
ReplyDeleteKenapa ada iklan undi bn dalam blog tuan ni? Tak bolehkkah dighaibkan? Pedih matalah.....
Hehehehe.. skali skala kasi chan la kat depa... hahaha
Delete