13 February 2013

Persembahan Percuma?

Bhai... Gua baru tahu yang PSY buat persembahan itu hari kat Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina adalah khidmat sosial dier la... Sebab itu lar takder dikenakan apa-apa bayaran ... persembahan percuma tue.. Kesian Amerika Syarikat... pasai terpaksa keluar belanja besar nak panggil PSY buat persembahan untuk Obama.... hahaha...

Kiter kat Malaysia boleh dapat free jer.... hebat la Malaysia.... hebat sungguh... Patutnya boleh la lepas nih lima enam belas kali lagi PSY datang ke Malaysia pasai tak perlu kena bayar... percuma jer... Setahu gua dalam bulan April nih dier akan datang skali lagi.... Patutnya masa tue pon dier tak akan mengenakan apa-apa bayaran... pasai semuanya percuma... hahaha..

Wei... dunia... lain kali lu orang kena tiru la macam Malaysia... kitorang panggil artis antarabangsa free jer... tak perlu bayar... lepas nih kalu panggil mana-mana artis luar negara... tak perlu la bayar.... hahaha... errk.... Shila Amzah plak camana... takkan tak dapat bayaran macam PSY kot... takkan buat persembahan secara percuma jer.... hahaha

Mampuih.... lu ingat rakyat Malaysia bodoh ker wei Scooter Braun... Kalu orang UMNO/BN tue memang la lu orang boleh bodohkan... sebab diorang dah memang bodoh... hahaha...  yang lain susah wei nak dibodohkan..... Ala.. cakap jer dibayar kan senang... cuma dibayar pada harga murah... RM25 ribu ker... orang tak heran sangat pon.... hahahaha... standard la persembahan artis kena dibayar.... hahaha


KUALA LUMPUR - Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya 'Gangnam Style', hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang kelmarin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.

Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.

Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.

Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College. - Bernama

7 comments:

  1. sori bhai... lari tajuk lagi... bukan apa, masuk nie dah 2 kali hang menunjukkan keperihatian kat Shila Amzah tu... tak kan nak potong tang selekoh pulak, yalah... bak kato oghang kampung den... anak 5 tunggu dek oghang, inikan anak dagho...

    COBOL

    ReplyDelete
  2. Agaknya barapa banyak pulak yang diminta untuk keluarkan statement macam tu?...

    COBOL

    ReplyDelete
  3. Bhai Cobol...

    Hahaha.... itu kato oghang kampung ekau... oghang kampung ese pulak kato ... ndakkan anak dagho orang idak berduit.... hahaha

    Apo kono eh jang ooi... hahaha

    ReplyDelete
  4. tak berduit?... penat jelah letak iklan xemarkets tu...

    COBOL

    ReplyDelete
  5. Bhai Cobol...

    Hahaha.... paling cikai RM50 ribu... hahaha... iklan XEMarket tue berapa kupang jer... hahaha

    ReplyDelete
  6. aku ingat hang mengforex jugak...

    COBOL

    ReplyDelete
  7. Salam men...

    "Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.

    Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz2Kt5uavmf

    ikut paham den dio cakap tak terimo duit dari kerajaan malaysia.. tapi tak plak dio kato dio tak terimo dari sumber lain.. kok den salah tolong botulkan yo..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???