11 May 2013

Pusat Zakat Tak Dapat Bantu?

Bhai.... biar betul nih... takkan la Pusat Zakat tak dapat bantu.... takkan la Baitulmal tak dapat bantu.... takkan la pegawai yang digaji dengan duit zakat nih (dibawah asnaf amilin) tabley nak usahakan untuk membantu... duit zakat yang beratus juta tue nak buat aper... buat simpan kat bank ker... buat kumpul dividen .... buat untung ker....

Gua berpandangan yang bhai dalam cerita dibawah nih berhak untuk mendapat bantuan dari Pusat Zakat dan Baitulmal.... sungguh.......

Tapi biasa la bhai.... lagi kuat "title agama" pada satu institusi tue... lagi mengarut ader la.... sori... gua memang menghina institusi Zakat dan Baitulmal.... sebab gua ader pengalaman berurusan dengan diorang... bukan untuk gua... tapi untuk saudara baru yang tergolong dalam asnaf zakat...

Memang gua menghina institusi Zakat dan Baitulmal... Gua tak heran pon kakitangan Pusat Zakat dan Baitulmal nih nak serang gua ker... nak maki hamun gua ker.... Sebab gua ader asas kukuh bab nih.... Bukan sekali gua tengok masalah macam nih... dah berpuluh... kalu tak beratus kes.... aper daaa...

Duit Zakat .... semua simpan dalam bank... same goes to duit sumbangan untuk Masjid..... semua masuk bank... ntah buat aper ntah simpan dalam bank..... nak makan RIBA ker..... haramjadah betul lar....

Biler ader musafir yang keputusan bekalan... bermasalah... haram sekupang dua pon tabley nak kasi bantuan dari kutipan derma masjid.... malah kalu musafir tue nak bermalam di masjid pon ader yang kena halau macam halau anjing..... CELAKA lar ...

So... Gua memang MENGHINA institusi Zakat dan Baitulmal..... selagi diorang tak bersihkan dan teluskan operasi dan birokrasi diorang tue... selagi itu lagi lar gua akan tetap bertegas MENGHINA institusi Zakat dan Baitulmal...

Nih Institusi Zakat dan Baitulmal dah jauh menyimpang daripada takrifan keujudannyer.... Institusi Zakat dan Baitulmal nih cuma jadi institusi kutipan jer.... agihan kepada asnaf ... hampeh... macam-macam songel dan kerenahnyer.... siot jer lar...

Tunggu la korang di akhirat kelak.... pasai salah guna tugas dan kuasa korang dalam institusi Zakat dan Baitulmal nih..... tunggu lar...


6 comments:

  1. ada byk sebab bro.

    1 ) politik punya pasal
    2 ) dah dapat mana2 peruntukan contohnya JKM. so zakat lepas tangan.
    3 ) ketua kg, @ pihak yg diberi kuasa memantau kampung, tidak memaklumkan kepada zakat @ JKM @ mana2 agensi yg memberi peruntukan.
    4) Pegawai zakat @ pegawai JKM itu sendiri banyak sangat birokrasi yg remeh dan susah.

    ReplyDelete
  2. nama pun pusat pungutan zakat, pungut je, agih x. duit zakat buat beli aircond baru, kete baru, ubahsuai opis...

    ReplyDelete
  3. T kasih kerana memaparkan isu ini.

    Aku nak kongsi sikit sebab aku sendiri mengalami peristiwa sebegini...

    Pada 27feb lalu anak aku ditawarkan untuk mnyertaai program pertukaran pelajar ke Jepun selama 10 hari (KIZUNA).Aku seorang buruh kg je..fahamlakan pendapatan tak menentu...Mula2 Sek. janji nak bagi duit poket dlm Rm 300 tapi tak jadi, kursus pulak kena kongsi Rm 90(1/2). Kebetulan BRIM baru dapat ...hangus Rm500 kos menghantar pergi balik jarak dri rumah ke Kajang (SMAP).

    Hari makin hampir nak beli pakaian wang saku untuk dia pun tak ada..Pergila ke pejabat Zakat ni..aku tak nak beritau di mana tapi dalam Pahang.


    Apa staf dia kata" Pak Cik Kami tak menyediakan duit tunai..Pakcik isi borang hijau ni,kami hantar Kuantan utk diproses ,dah lulus diorang hantar cek kat pakcik" Aku kata anak aku nak pergi beberapa hari lagi kalau dia layak sebagai asnaf bagilah seberapapun aku terima.. dia kata tak cara lain isi borang kena tunggu diproses. Aku kata" tak pelah camtu...biar lah saya meminjam sementara nak tunggu mungkin hutang saya dah selesai"

    Sekiranya beginilah SOP Jab Ugama Islam patutlah insiden di Selangor pernah berlaku...Mak aku dapat duit sara hidup vet.ATM arwah ayah bulan2 pun boleh terima zakat.....aku menanggung anak 5 org yg sedang belajar tanpa pekerjaan tetap cukup seksa rasanya....ada orang peduli?

    Harap pajabat dengarlah dan perbetulkan keadaan dan jangan sampai org islam pun ragu2.....

    ReplyDelete
  4. bro c++, aku rasa duit zakat tu dah hilang ada toyol curik kot..kalau tak dah lama di berinya zakat itu...hihihi

    ReplyDelete
  5. Pelik kan orang Islam ni kedekut bukan saja nak keluarkan zakat 2.5% dari pendapatan atau harta sendiri tapi yang jaga zakat pun (macam duit tu mereka punya).. Cuba tengok penganut Kristian ni tak kisah pun nak keluarkan zakat wajib 10% malah lebih dari harta atau pendapatan mereka ke Gereja..T

    Sebagai perkongsian.. Aku ada ramai kawan kristian tak kira mat salleh ka cina india yang aktif (kira warak la ada tu taraf "father" ada tu penganut biasa tapi tak tingal gereja pada hari ahad). Jadi aku tahu la serba sedikit pasal agama kristian dan bagaimana mereka buat.

    Ramai orang tertarik kepada agama kristian kerana peranan pendakwah mereka yang mesra selain dari dana yang besar mereka ada. Mereka ada juga missionary macam tabliq menjalankan tugas mereka berdakwah golongan ini yang membantu menyebarkan agama kristian ni dengan peruntukan besar juta dolar bahkan billion dana diaorang. Jadi takda hal mereka nak tolong orang susah ni. Dengan kebaikan budi bicara juga bantuan kewangan mereka memudahkan mereka menarik orang-orang ini masuk agama mereka.

    Pendakwah Kristian ni sophicated sebab dana mereka yang besar mereka boleh latih pendakwah mereka dengan efisyen macam operatif juga :) mereka menyusup masuk dalam banyak badan dan organisasi melakukan misi dakwah mereka. Mereka juga ada divisen propaganda mereka sendiri.

    Ada banyak cara dakwah seperti mana Islam berkembang ke serata dunia dulu oleh pendakwah Islam. Cara ini telah dikaji dan ditiru mereka.

    Jadi orang Islam barhati-hati.. tunaikan Amanah termasuk la harta yang kita dapat tu ada hak dan amanah kita kena tunaikan.. Apalagi yang jalankan amanah macam kerja di pusat zakat tu.. jalankan tangungjawab kita bersama sehabis baik..

    ReplyDelete
  6. Ex-worker..

    Bro..utk bab ni gua terpaksa salute dgn Baitulmal KL, mcm2 bantuan ada disediakan utk asnaf2 kt KL, dr byr hutang sewa PPR smpi la nk kwen (gua mau mntk duit bantuan kwen la nti)hahaha..

    xdpt dinafikan kekurangan kakitangan utk cr asnaf2 yg memerlukan sbb tiap2 hari rmai yg mntk bantuan..(JPA xmau tmbh quota kakitangan) so, peranan imam2 kt masjid la utk diorg cr sape yg memerlukan bantuan..

    satu lagi, ckit sgt cash yg ada kt kaunter, sbb tu karenah birokrasi leceh ckit..so, menteri yg jaga bab ni kene take action tmbh amaun bantuan..jgn sebat duit zakat utk diri sendiri sudah....hahaha

    utk negeri2 lain gua xtau ape mslh diorg ssh sgt bg duit kt org islam sendiri...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???