Bhai/DeeDee sekalian...
Aper yang gua nak citerkan nih berkemungkinan besar akan menyebabkan ader puak yang akan marah... ader puak yang akan menyuruh gua pi mengaji balik... ader puak yang akan mengatakan gua sesat dan sebagainyer... Hahaha... tapi takper... gua tetap gak nak membangkitkan isu nih... lagipon gua bukan ostad ker mender.... gua dulu blajar kat skolah Missionary jer.... St Micheal Institution jer... perkara yang gua nak storykan nih aderlah berkaitan dengan mengambil keuntungan dari kenaifan orang ramai....
Okeh.... lu orang sumer tau kan tentang rukun Islam.... err... ader 5 perkara.... rukun bermaksud perkara wajib yang perlu dilakukan oleh seseorang yang mengaku dirinya seorang yang Islam....
Rukun Islam yang pertama aderlah mengucap dua kalimah syahadah...... okeh.... tentang rukun nih.... aderkah dibolehkan orang lain mengucapkan dua kalimah syahadah bagi pihak lu???.... hahahaha.... tentu tabley kan... sebab hukumnya jelas... untuk menjadi seorang Muslim.... orang itu sendiri perlu mengucapkan dua kalimah syahadah... dan semestinya orang itu jelas dan faham maksud dan implikasi serta hakikat syahadah itu sendiri.
Rukun Islam yang kedua pula aderlah mendirikan solat..... solat itu aderlah tiang agama.... jadi... boleh tak orang lain tolong mendirikan solat buat lu..... hahahaha.... tentu tabley kan.... sebab kalu orang lain solat... pahalanya akan dapat kepada orang yang mengerjakan solat tue.... . hukumnya jelas... sebagai seorang Muslim .... orang itu sendiri perlu menunaikan solatnya sendiri... sebagai memenuhi syarat rukunnya... supaya dia tahu dan faham hakikat dan maksud solat...
Rukun Islam yang ketiga pula aderlah menunaikan puasa di bulan Ramadhan.... puasa itu aderlah hak Allah... dan Allah Taala akan membalas dan mengira setiap puasa yang dikerjakan kerana Allah Taala.... jadi puasa itu perlu dilakukan oleh setiap insan yang mengaku dirinya Muslim... Tiada dolak dalihnya.... tiada alasan..... dan hukumnya aderlah jelas..... tabley nak mintak orang lain berpuasa bagi pihak dirinya..... walau aper pon alasannya....
Rukun Islam yang keempat.... aderlah mengeluarkan zakat..... yang ini gua nak bagitau...zakat dan fitrah tue aderlah dua perkara yang berbeza.... zakat perlu dilangsaikan dan ditunaikan oleh seseorang muslim itu sendiri.... dan ianya tidak boleh dibuat oleh orang lain bagi pihaknya.... sebab zakat aderlah penyucian harta setiap insan yang Muslim..... walhal... fitrah pula aderlah sesuatu yang ditunaikan oleh ketua keluarga (atau juga anak-anak yang menjaga kedua ibubapanya yang tidak berkemampuan serta uzur) sebagai pelengkap kepada puasa di bulan Ramadhan.... fitrah itu bukanlah zakat.... tapi di Malaysia nih... orang ramai anggap ianya aderlah sama..... hahaha ....
Rukun Islam yang kelima.... menunaikan haji ker Baitullah..... hukumnya jelas wajib kepada semua orang Islam yang mengaku beriman.... iaitu mereka sendiri yang kena buat..... sebab ibadah nih akan dinilai atas kerjabuat yang dilakukan oleh orang itu sendiri..... yang mampu keatas 3 perkara ini.... yang pertama... mampu dari segi kewangan..... yang kedua... mampu dari segi kesihatan.... dan yang ketiga... mampu dari segi masa... ...... tapi.... bagi perkara yang ketiga tue.... dalam keadaan sekarang nih.... dan sampai bila-bila... tak logik kalu seseorang Islam itu tidak punyai masa untuk menunaikan haji ke Baitullah.... takder alasan masa tak ada... sebab alasan nih paling tak relevan (samer macam alasan macam cilaka yang kata "tak sampai seru lagi" ... kepala hotak berjambul lar bagi alasan tak sampai seru) ....
Jadi kalu alasan masa tidak ader untuk menunaikan rukun Islam ke lima iaitu ibadah haji sudah tak relevan.... makanyer cuma tinggal alasan kewangan dan kesihatan jer la..... so.... dua nih jer la yang masih relevam..... kan.. kan ... kan...
So.... macam mana plak boleh ader idea sesetengah orang yang mengambil keuntungan atas kenaifan orang ramai sampaikan ader yang buat bisnes atas dasar agama mengambil upah menunaikan Haji.... walhal semua ibadah dinilai keatas para pembuat ibadah... macam mana plak boleh suruh orang lain melakukan ibadah bagi pihaknya...
Kalu dah boleh upah orang lain buatkan ibadah untuk dirinya.... aper masalah plak kalu "mereka-mereka nih yang berduit banyak" boleh aaa mengupah orang lain melaksanakan ibadah dan rukun-rukun Islam yang lain bagi pihaknya....
Macam contoh nih aaaa.. RM1 juta kepada Ostad Ayam supaya melakukan syahadah buat Mokhtar BauKaki... RM1 bilion lagi kepada Ostad Ayam supaya membuat solat fardhu dan sunat buat Mokhtar BauKaki.... RM1 bilion lagi kepada Ostad Ayam supaya melakukan puasa fardu dalam bulan Ramadhan buat Mokhtar BauKaki .... Bab zakat.... Mokhtar BauKaki boleh buat sendiri... sebab tak susah mana... boleh panggil media buat sidang media.... hahaha... boleh glamer.... dan RM10 juta lagi kepada Ostad Jean's supaya membuat haji dan umrah buat Mokhtar BauKaki
Hahaha.... semua sebab Mokhtar BauKaki memang kaya... banyak duit... so dier boleh la bayar semuanya.... sebab kalu Haji yang rukun pon boleh diupah disewa.... aper ader hal plak rukun yang lain tabley diupah disewa.... Hahaha.... duniakan sekarang nih komersial.... nanti kalu haji dan umrah boleh dapat sijil (selepas bayar upah).... makanyer nanti untuk syahadah.... solat... puasa..... dan zakat ... boleh la dapat sijil selepas bayar upah....
Nanti senang nak tunjukkan kat Malaikat Raqib dan Atid sijil tue.... hahaha.... boleh la dimasukkan dalam senarai catitan buku amalan,...... Hahahaha....
Inilah bahananyer biler ader yang mengambil keuntungan dari kenaifan orang ramai..... Sungguh... mudah betul la kalu jadi kaya cam Mokhtar BauKaki... boleh la bayar semua tue... semua boleh disewa diupah.... hahahaha ..... Ostad Ayam dan Ostad Jean's boleh la daftarkan perniagaan agama nih ngan SSM.... hahaha....
Semuanya sebab mengambil mudah atas tafsiran dan pemahaman hadith yang dibawah nih...
1. Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: ''Ya!'' (Riwayat Bukhari dan Muslim).
2. Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Baginda: ''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan." (Riwayat Bukhari).
3. Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: "Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: "Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?'' Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Apakah kamu anaknya yang paling tua?'' Jawabnya: ''Ya!'' Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tunaikanlah haji untuknya.'' (Riwayat Ahmad dan Nasai).
Walhal mereka terlupa bahawa.... Rasulullah s.a.w juga ader berkata....
Sesiapa yang memiliki bekalan dan kemudahan pengangkutan yang menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak berhaji, maka tiada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani.(Riwayat Tirmizi dan Baihaqi).
Maksudnya kewajipan menunaikan haji itu tetap terletak atas bahu setiap Muslim itu sendiri.... dan kalu anaknya mahu menunaikan haji bagi pihak ayah atau ibunya yang uzur atau sudah meninggal dunia... maka kewajipan itu jatuh pula keatas dirinya atas sebab doa anak yang soleh itu memang sampai kepada kedua ibubapanya........ dan tiada pulak diberitahu bahawa anaknya boleh mewakilkan kepada orang lain untuk melaksanakan urusan ibadah itu....
Setelah matinya anak Adam.... tiga perkara sajer yang tinggal bersamanya.... amal ibadahnya... sedekah jariahnya... dan doa dari anaknya yang soleh.... jadi.... takder plak gua dengar ader tambahan iaitu doa dari orang yang diupahkan berdoa kepada arwah anak Adam tue.......
Hahaha.... memang lawak dan karut la bisnes jual agama nih.... hahaha.... berapa sekilo aaa.... hahaha.... mudah sangat nak amik untung dari kenaifan orang ramai..... Ostad dan Mufti pon samer karut... hahaha.... Kalu tidak takder la ujud Hari Hol (puja kubur dewa dan kerabat dewa macam Chap Goh Mei) di negeri-negeri yang kononnyer kuat agama Islamnyer.... Hahahaha..... karut.... karut.....
Hahaha..... errr... ini tak sesat ker wei.... dok sibuk citer Arqam sesat lar... Syiah sesat lar... sendiri buat bisnes agama tak sesat.... sendiri buat spesial hari puja kubur tak sesat la plak.... hahahahaha .... Sunni Wal Rasuah betul lar.... hahahaha ...