01 February 2021

Kenapa Baru Sekarang Diberitahu?

Bhai/DeeDee semua...

Satu persoalan besar yang dah lama gua tau sebenarnya dan gua dah tulis pon sebelum ini adalah bagaimana berlakunya manipulasi data dalam KKM yang menyebabkan data kebanyakannya kelihatan fabricated...

Ianya adalah bila mana Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham) sendiri menegaskan bahawa jumlah jangkitan kes harian yang besar adalah kerana "backlog" dalam usaha pengumpulan data itu sendiri.... sampaikan ader kes yang dah lama dilaporkan dan diselesaikan masih gagal dimasukkan datanya didalan daftar besar SIMKA dan ianya pula lambat disahkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis CPRC) Kebangsaan..

Ini yang berlaku... dan tidak mustahil banyak lagi data-data separuh masak yang telah diketengahkan... dan akhirnya menjadi data yang di propagandakan... Kita juga maklum bahawa Ketua Pengarah Kesihatan juga telah mengatakan baru-baru ini bahawasanya beliau cuma sekadar pemaklum sahaja... bukan yang membuat dasar dan sebagainya...

Kenapa baru sekarang diberitahu...

Dan sebab itulah juga gua dah bagitau sebelum nih yang semua ini hanyalah sekadar untuk mengolah persetujuan supaya boleh dilaksanakan Proklamasi Darurat 2021 dan seterusnya boleh menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri semata-mana untuk menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin... Apa pon tujuan sekalipun... ianya tetap satu nasihat yang salah telah dibuat oleh Perdana Menteri ... dan atas nasihat yang salah inilah juga YDP Agong telah bersetuju untuk buat Proklamasi Darurat 2021 yang lebih tertumpu sebenarnya kepada bab politik bukannya kepada Covid-19 itu sendiri...

Apa pun... kita tunggu dan lihat apakah mainan mereka yang lainnya....

Ader paham ka??



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???