Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

Sorotan Seminggu

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Sikh. Show all posts
Showing posts with label Sikh. Show all posts

21 December 2020

Sudah Jumpa Dalil

Bhai/DeeDee semua...

Gua memang tertunggu-tunggu jer aper dalil yang akan dikemukakan oleh Mopti Perlis nih... Hahaha... makin teruk dah nih... Tatau la nak kata apa.... Apa jenis Mopti la dier nih.... Adoilah... bahaya betul pandangan dier..

Bhai... bab aqidah nih mudah nak nak paham... kita amik bab aqidah orang beriman... Iman nih aderlah kepercayaan ... yang lahir dari 3 perkara nih...

  1. Niat
  2. Lisan
  3. Perbuatan
Jadi.... gagal salah satu... maka hilanglah iman... hilanglah aqidah... tak payah la nak pusing-pusing sana sini bawak cerita itu ini...

Gua nak bagitau satu la.... Syiah masih beriman kepada Allah Taala tapi Sikh nih tak beriman kepada Allah Taala... Takkan itu pon bodoh sangat Mopti tak reti nak beza... adoilah... bahaya betul fikrah Mopti ni...

Sujud hanya kepada Allah Taala, haram dan boleh kufur bila sujud sembah kepada makhluk.



Isu Wanita Muslimah Malaysia Berkahwin di India Dengan Upacara Agama Lain -Dr MAZA


Beberapa pihak bertanya saya tentang hal ini. Sebahagian mereka bermaksud untuk menjadikan isu ini modal politik mereka bagi mencerca pihak-pihak yang tidak sebulu dengan hasrat siyasah mereka. Sebahagiannya jujur memang ingin mengetahui jawapan. Di sini saya ringkaskan jawapan saya:
  1. Perkahwinan merupakan bab fekah, iaitu berkaitan suruhan atau larangan yang membabitkan dosa, pahala atau keharusan (permissible). Jika perkahwinan itu tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh nas dan dalil yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah - tanpa sebarang keuzuran yang sah- maka pelakunya melakukan dosa. Perbuatan dosa tidak semestinya menjadikan pelakunya kafir selagi dia tidak menghalalkan perbuatan itu. Ini termasuk wanita berkahwin dengan lelaki yang bukan muslim. Allah menyebut dalam Surah al-Baqarah ayat 221: (maksudnya) “ Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sehingga mereka beriman. Sesungguhnya wanita hamba yang mukminah lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sehingga mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Mereka itu mengajak kepada neraka, sedang Allah mengajak kepada surga dan keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka mempelajari”. 
  2. Untuk menghukum perkahwinan pasangan tersebut sebagai tidak sah, memerlukan penelitian. Apakah benar hanya itu upacara akad perkahwinan yang mereka lakukan atau telah terdahulu sebelum itu upacara yang lain yang memenuhi syarat yang syarak tetapkan? Apakah benar salah satu pasangan tidak menganut Islam? Hal ini perlu kepada semakan dan siasatan sebelum menghukum mana-mana pihak. Berhati-hati itu disuruh oleh agama. 
  3. Perbuatan sujud kepada selain ALLAH adalah haram dengan sepakat para ulama. Pelakunya berdosa besar. Namun, apakah seseorang itu menjadi kafir dengan perbuatan tersebut? Perkara ini terbahagi kepada dua keadaan. Pertama; jika seseorang itu sujud kerana ibadah, dalam ertikata mengagungkan yang disujudkan seperti Tuhan maka dia menjadi kafir. Kedua, jika dia sekadar memberikan penghormatan (tahiyyah) tidak bermaksud ibadah, maka itu tidak menjadikannya kafir. Perbuatan itu dilarang dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w. Ia diizinkan pada mereka yang terdahulu seperti sujud malaikat kepada Adam (lihat: Surah al-Baqarah ayat 34 dan banyak ayat lain), sujud kaum keluarga Nabi Yusuf kepada baginda semasa berada atas singgahsana kerajaan (lihat: Surah Yusuf ayat 100) dan beberapa peristiwa yang lain. Itu semua adalah sujud penghormatan bukan ibadah. 
  4. Ertinya, dalam syariat Nabi Muhammad, perbuatan sujud kepada selain ALLAH itu haram, namun untuk menghukum pelakunya menjadi kafir memerlukan penelitian. Kata al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) dalam al-Sail al-Jarrar: “Ketahuilah bahawa menghukum seseorang muslim keluar dari agama Islam dan menjadi kafir, itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman dengan ALLAH dan Hari Akhirat kecuali dengan bukti yang lebih terang daripada mentari di siang hari. Ini kerana telah sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada sekumpulan sahabat Nabi bahawa sesiapa yang menyatakan kepada saudaranya ‘wahai kafir’ maka ia akan kembali kepada salah seorang mereka…”. Kemudian al-Imam al-Syaukani mengulas tentang sujud kepada selain ALLAH, kata beliau: “Hendaklah dikaitkan bahawa sujud seseorang itu bertujuan kerana rububiyyah (ketuhanan) pihak yang dia sujud kepadanya. Maka, dengan sujud itu dia telah mensyirikkan ALLAH dan menetapkan bersamaNYA tuhan yang lain. Adapun jika dia tidak bermaksud kecuali memuliakan (pihak yang disujud) seperti yang terjadi pada orang yang masuk kepada raja-raja asing di mana dia mencium tanah sebagai memuliakannya. Ini bukan kekufuran sama sekali. Tokoh-tokoh ilmuwan mengetahui bahawa mengkafirkan (seseorang) atas andaian adalah sebesar-besar kegelinciran” (al-Syaukani, al-Sail al-Jarrar, m.s 978. Beirut: Dar Ibn Hazm). 
  5. Apapun, perbuatan sujud kepada selain ALLAH boleh mendekati kekufuran, sekalipun mungkin tidak sampai menjadi kafir, jika pelakunya tiada niat ibadah. Ini apa yang pernah dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Apa yang dilakukan oleh ramai dari golongan jahil dengan perbuatan sujud di depan guru-guru (tokoh agama) adalah haram secara pasti, dalam apa keadaan sekalipun. Ini samada mengadap ke arah kiblat atau selainnya. Begitu juga samada dia maksudkan (dengan perbuatan itu) sujud kepada ALLAH atau tanpa maksud tersebut. Dalam sebahagian keadaan membawa kepada kufur ataupun mendekati kekufuran” (al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/69. Beirut: Dar al-Fikr). 
  6. Kejadian ini dilaporkan berlaku di luar Malaysia. Ia pada sisi undang-undang yang sedia ada dalam negara ini adalah satu kesalahan. Hal ini menunjukkan ruangan melakukan perkara itu belum dibuka di Malaysia. Walaupun dalam pentadbiran yang lepas ada tokoh-tokoh parti tertentu mendesak hal ini dibuka, namun mereka belum berjaya. 
  7. Jika masih ingat, semasa kerajaan yang lepas, terdapat menteri penting kerajaan terlibat dengan solat atas batu Karbala di luar negara. Kemudian, menteri itu juga menghadiri pusat aktivis Syiah di Satun Thailand, pergi melalui Perlis. Hal ini juga tidak di ambil tindakan oleh mana-mana pihak semasa itu sebab ia berlaku di luar negara. 
  8. Saya berpendapat kes ini tiada kaitan dengan pelaku anak siapa atau anak saudara siapa. Kesalahan ini adalah kesalahan peribadi melainkan pihak lain menyokong perbuatan tersebut. Jika kita masih ingat, dahulu ada anak menteri penting yang diputuskan mahkamah terlibat dengan dadah. Apakah itu bererti semua mereka yang berada dalam kerajaan ketika itu menghalal dan menyokong dadah? Sudah pasti itu andaian yang tidak tepat. 
  9. Kesedaran dan dakwah tentang perbezaan akidah amatlah penting difahami. Ia bukan untuk tujuan perbalahan, tetapi mengetahui sempadan akidah muslim. Sebelum ini terdapat orang politik dalam pentadbiran lepas yang menentang dakwah perbandingan agama sekalipun secara ilmiah dan sopan. Bahkan mereka mendesak pendakwah yang membicarakan hal itu dihukum. 
  10. Isu ini hendaklah dibahaskan secara ilmiah bukan emosi. Kita mesti melihat kes dengan siasatan yang teliti dan berhati-hati. Menghukum kesalahan individu hendaklah setelah mendengar penjelasan dari pihak berkaitan, melainkan pihak terbabit menghalalkan kesalahan dan menyokong penyelewengan.

15 June 2010

CashWinner Singh Bukan Keshvinder Singh

Pergh..... untung betul jadi singh kat Malim Nawar nih... bagi orang yang tak pernah pi Malim Nawar... kawasan nih dekat betul dengan Kampar dan jugak Tanjung Tualang... Tak jauh jugak dengan Batu Gajah dan Mambang Di Awan... hahaha...

Nih mamat ADUN Malim Nawar nih nampaknyer dah bertukar nama dah.... dari Keshvinder Singh menjadi CashWinner Singh.. hahaha.... berapa agaknyer dier dapat... dier tak tau ker... kalu dier buat camtue.. sure nanti orang akan pulaukan dier kat Gurdwara Sahib .... hehehe.. udah ler buang serban.... kira dah murtad (dalam agama Sikh nih)...

Hahaha... CashWinner Singh nih... orang Malim Nawar tue....

wei... Malim Nawar nih gak dulu agak terkenal dengan Ajaran Matahari, Hassan Anak Harimau, Bahai dan Ajaran Ayah Pin.... hehehe... ramai pengikut ajaran pelik-pelik nih ader kat sini... pastue plak... satu masa dulu... awek resyen (ration??) bersidai biler ader pasar minggu kat Malim Nawar nih ... skarang nih dah takder istilah tue.. dan dah ditukarganti jadi awek bohsia... hahahaha

Gua rasa la... CashWinner Singh bukan Keshvinder Singh nih mesti diayat oleh Radhi Manan.... bekas ADUN Tualang Sekah tue... hahaha... sebab Radhi Manan nih bukan ker satu masa dulu jadi Chairman LADA....

So.... stakat masa nih.. gua blum dapat info dari kengkawan kat bank lagie... tapi... mamat CashWinner Singh nih sure akan masuk duitnya menggunakan akaun luar pesisir (offshore) macam Zulkifli Nordin dan ramai lagi katak... takkan la depa bodoh sangat masuk duit melalui bank tempatan.... hahaha... kantoi nanti... toyol gua ramai kat bank oooi... hahaha

Aper-aper pon... gua nak ucapkan tahniah kat CashWinner Singh nih... pasai dapat duit raya Vaisakhi agak lewat tahun nih... dan bukannyer pada 14 April seperti kelahiran Khalsa masyarakat Sikh.... hahaha... lewat pon tak per... janji masyuk.... hahaha..

Buat malu kat Harjit Singh Hullon ngan Karpal Singh jer dier nih... Buat malu gak ngan DJ Dave jer... dan member gua Gurmit Singh a/l Dara Singh.... apa khabar semua member-member bhai gua yang duduk kat Kampung Benggali di Air Papan dan Batu Sepuluh Tanjung Tualang tue...

Dulu rajin gak sesama diorang main hoki waktu petang kat depan kawasang kongsi lombong Batu Sepuluh tue...

14 January 2010

Tangkap, Tangkap

Pergh.... nampak gayanyer tak lama lagie... hehehe... akan ader ramai yang kena tangkap.... hahahaha... tangkap, tangkap ... jangan tak tangkap.... lambat tangkap kalah la nanti... hahaha... tangkap bagi senyap... hahaha...

Ikut maklumat yang gua dapat.... tak lama lagie ... akan ader ramai yang akan ditangkap... disoalsiasat... berkemungkinan didakwa dan sebagainya.... ditangkap atas alasan "mengganggu ketenteraman awam" ... disoalsiasat atas "kemungkinan keterlibatan atas mengganggu ketenteraman awam" ... didakwa atas "mengganggu ketenteraman awam" ... dan disabitkan kesalahan atas "mengganggu ketenteraman awam" .... walhal sebenarnya tiada satupun yang ditangkap ini terlibat sama sekali atas insiden yang berlaku...

Ini semua kes tangkap muat... tangkap sensasi... tangkap nak cover line... dan tangkap penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat... pimpinan pon ramai yang akan kena...

PDRM dan KDN akan gunakan Akta ISA, Akta Hasutan dan Akta Polis dalam membuat tangkapan nie... dan ramai yang akan jadi mangsa... bloggers tak terkecuali... hehehe.. maybe gua pon akan kena sauk sekali kot.... hahaha..

Apa-apa pun semua ini adalah usaha diorang... diorang yang baling batu.. diorang yang tuduh orang lain.... diorang yang berak kat tengah jalan... diorang tuduh orang lain yang berak.... hahahaha.... macam pundek betul la...

Dulu masa reformasi.... dalam setiap demo reformasi... yang molakan kekecohan dan ketegangan ... nie semua agen-agen puak diorang... agen provokasi... biasanya Siput Babi .... dan ramai agen diseludup dari UMNO/BN ... Taktik nie dulu British pernah gunakan... bukan British jer... tapi banyak negara lain....

Ini taktik mengalih tumpuan nih... teknik dah basi.... dan gua berani jamin, setan-setan yang baling molotov cocktail tue adalah dari geng-geng yang sama.. perancangan depa hebat... boleh plan bom banyak tempat dalam masa yang sama... giler aper.... cuma satu yang lawak... diorang guna molotov cocktail jenis cikai punya... jenis pakai minyak petrol jer... hahahaha

Kalu diorang otai.. sure diorang gunakan molotov cocktail yang mengandungi kombinasi minyak petrol + minyak enjin + minyak tar + ethanol .... kombinasi nie la yang paling power... hahahaha... korang jangan try... kalu rasa nak putus tangan buat la... nie semua mujahidin Afghanistan dan Chechnya tau buat kombinasi nih...

so... berbalik kepada topik asal.... lepas nie ramai la yang akan kena sauk... tangkap ... tangkap.... jangan tak tangkap.... yang lawaknyer nanti .. kita akan dapat lihat yang buat kerja haram tue langsung tak kena tangkap... lepas bebas... yerla ... sebab diorang nih kebal... dapat guarantee dari PDRM dan KDN... ini semua geng UMNO/BN yang buat... jadi sebab tue la diorang kebal.... hahaha

13 January 2010

Gua Dah Bagi Hint

Kan betul apa yang gua tuliskan dalam artikel yang lepas.... Gua dah bagi hint dah... lepas ader mangkuk bantai gereja dan surau.. sure diorang akan bantai kuil dan tokong... Nie gua dengar ader kuil Sikh (Benggali) yang dak kena baling batu...

Bangsat betul la siapa yang buat nih... Nih tak lain tak bukan... mesti geng PEKIDA dan UMNO/BN yang punya kerja nih... sebab diorang nih dapat lesen besor dari PDRM ... mana ader PDRM berani siasat dua puak nih.... PEKIDA dan UMNO/BN sama naik...

Ini semua agenda diorang nak kasi kecoh... nak kasi huru-hara... nak kasi bertelagah antara kaum... nak bagi alasan supaya ISA dipergunakan.. dan nak bagi alasan supaya Ops Lalang Kedua dan Ops 13 Mei Kedua dapat dilaksanakan...

Gua harap geng-geng Pakatan Rakyat jangan terperangkap dengan agenda puak-puak bangsat nih.... Mesti diorang baling kuil Sikh nie pasai dalam kitab agama Sikh nie ader perkataan Allah.... bodoh ker apa diorang nie... tak belajar sejarah...

Itu la... bodoh nak mampus... Guru Nanak pon diorang tak kenal... tak tau sapa... tak belajar... Woi... dalam Islam ... kita diarahkan untuk belajar... dan kita kena tahu tentang semua agama... supaya sebagai orang Islam... kita dapat bagi panduan yang tepat... dan dengan itu kita tak tersilap mengenai agama lain....

Ini tidak ... geng-geng PEKIDA dan UMNO/BN nie memang baghal... belajor bodoh... tue yang jadi tak paham apa-apa tentang kesyumulan Islam... Woi... bodoh... Nabi Muhammad melarang kita (orang Islam) berkhianat terhadap agama lain... boleh jatuh berdosa kalu buat khianat camtue...

Lepas nie... gua konpiden... ader la kuil agama Bahai yang akan kena punya....

Gua nak sound lu orang... kalu betul la nak mempertahankan Islam dan Allah.... baik lu tentang dan tangkap itu Ayah Pin ... baru la betul... ini tidak... Ayah Pin korang jaga baik-baik.... aper da... pasai Ayah Pin tue orang UMNO/BN...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Artikel Paling Popular

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1