Kerap kita dengar kemalangan maut melibatkan kenderaan Trak Pikap 4x4 terutama sekali sewaktu mengambil selekoh. Ada yang terbabas (overshoot) sehingga masuk ke lorong bertentangan, malah ada juga kes yang terbang ke lorong lain di lebuhraya.
70% daripada penggunaan Trak Pikap 4x4 di Malaysia sebenarnya digunakan untuk tujuan komersial. Jadi adalah tidak wajar perlesenan Kelas D dibenarkan menggunakan kenderaan Trak Pikap 4x4.
Kita faham ramai yang menggunakan Trak Pikap 4x4 ini yang hendak bergaya.. Nak nampak macho... Nak nampak tough... Jadi penggunaan Trak Pikap 4x4 Ford Ranger misalnya menjadi pilihan kerana ianya nampak ranggi.
Tapi masalah yang timbul banyaknya dari pemilik Trak Pikap 4x4 yang perasan ranggi nih... Mereka lah yang selalunya membawa kenderaan Trak Pikap 4x4 macam Ford Ranger, Toyota Hilux atau Mitsubishi Triton dengan keadaan laju lebih dari 110 km/j diatas lebuhraya (highway) ataupun di jalan kampung.
Malah gua sendiri pernah dipotong oleh kenderaan Trak Pikap 4x4 nih pada kelajuan yang hampir 200 km/j di Lebuhraya Karak Bentong dan Lebuhraya Pantai Timur.
Gila kan....
So... gua rasa sebagai langkah terbaik... adalah lebih sesuai agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meratifikasikan kembali perlesenan untuk kenderaan Trak Pikap 4x4 nih dari hanya perlukan lesen kelas D kepada hanya boleh dibawa oleh pemandu yang ada lesen kelas E.
Ini adalah lebih baik dan paling mudah.
Buatkan ketetapan ini dan pastikan penguatkuasaan menyeluruh di buat diseluruh Malaysia tanpa ada halangan. Inilah masanya JPJ mengambil tindakan yang lebih baik untuk menyelamatkan rakyat Malaysia terutamanya pengguna jalanraya yang menggunakan kenderaan yang lebih kecil tak lebih dari 1.5 tan.
Kita kena ingat... ada banyak kenderaan Trak Pikap 4x4 yang mempunyai berat lebih dari 2.5 tan... Sedangkan pemandu lori 1 tan pun kena ambil lesen kelas D.
Pikap rodanya single bukan double. Kemalangan tu bukan sebab kelas lesen, tapi sikap pemandu itu sendiri yang tidak peka dengan kenderaan yang dipandu.
ReplyDeleteDaftar atas perdagangan 6 bulan sekali masuk pospakom selesai semua.
ReplyDeleteTrak pikap satu hal. Pemandu treler dan lori besar(lb) satu hal lagi. Banyak kes pemandu treler dan lb apabila hilang kawalan sanggup mengorbankan orang ramai (mangsa memang ramai pun! ) daripada diri dia sendiri. Dia sanggup sodok mangsa tak bersalah yg pandu kereta kecil di depannya instead of cuba elak drp melanggar mrk semata2 nak selamatkan nyawa sendiri! Bila disiasat lepas kemalangan, ramai pemandu treler/lb yg terlibat mempunyai banyak saman2 kerana sering memandu laju, berbahaya dsb. Pihak berkuasa pdrm, jpj dll perlu lebih proaktif. Zaman teknologi komputer ni, semua data ada dihujung jari, jadi tak perlu tunggu kemalangan berlaku baru nak bertindak. Cekup pemandu pembunuh ini SEBELUM mrk bertindak melalui data yg tersimpan dalam database pdrm dan jpj. Tunggu apa lagi?
ReplyDelete