Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

15 October 2009

Pakatan Rakyat Hancur

Apa yang gua nak tuliskan nih sebenarnya amat susah untuk gua tuliskan... Pakatan Rakyat hancur di mata masyarakat dan para pengundi di Malaysia. Lu orang jangan marah fakta apa yang gua tuliskkan nih.. Kalu Pakatan Rakyat tak nak hancur.... baik berubah segera..

Sori aaa...

Pakatan Rakyat telah mendapat mandat yang agak baik daripada para pengundi dan rakyat Malaysia dalam senario tsunami politik pada Mac 2008. Sejak itu Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri baharu selain dari Kelantan (negeri baru seperti Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang).

Tapi....

Pakatan Rakyat hancur disebabkan perkara-perkara ini.
  1. Perlaksanaan janji-janji kempen pilihanraya yang nampaknya terbantut atas sebab polemik dalaman yang nampaknya dikelabui oleh kuasa dan wang.
  2. Percakaran pandangan dan pendapat antara ahli komponen Pakatan Rakyat secara terbuka hasil daripada tiadanya toleransi ideologi dan perjuangan
  3. Pimpinan yang besar kepala dan melupakan akar umbi dalam tindakan, arahan mahupun perlaksanaan.
  4. Perebutan kuasa dan wang yang dahulunya menjangkiti Barisan Nasional telah menyerap masuk kedalam Pakatan Rakyat.
  5. Anasir subversif BN telah berjaya menyerap masuk dan meletakkan elemen-elemen mereka dalam Pakatan Rakyat.
  6. Terlalu ramai talam bermuka-muka dan parasit dalam Pakatan Rakyat.
  7. Ketidaksepakatan dalam perlaksanaan beberapa agenda membabitkan masyarakat umum hasil daripada elemen subversif.
  8. Tidak ujudnya satu jawatankuasa musyawarah di peringkat Pakatan Rakyat yang akan membincangkan dan membuat keputusan kolektif bagi memajukan negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
  9. Tiada ujudnya satu "pakatan" dalam kerja amal dan promosi seperti contoh "Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan Pakatan Rakyat" sebagai menggantikan Unit Amal, Srikandi dan sebagainya diperingkat nasional tanpa membezakan ideologi politik.
  10. Tiada ujudnya satu Jawatankuasa Penerangan yang tugasnya memastikan bahawa semua maklumat yang akan didedahkan kepada wartawan dan sebagainya selari dengan kehendak dan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat.
  11. Sebagai ketua, Anwar Ibrahim seperti tidak dapat mengawal tindakan beberapa ahli dalam komponen Pakatan Rakyat. Malah ahli dalam PKR pun ramai yang masih jauh dari kawalannya.
  12. Pakatan Rakyat belum lagi membuat satu siri penerangan mengenai dasar, halatuju dan sebagainya dalam konteks Pakatan Rakyat itu sendiri kepada masyarakat demi untuk memastikan masyarakat faham mengenai Pakatan Rakyat.
  13. Manifesto Pakatan Rakyat tidak pernah sampai kepada pengetahuan rakyat umum. Adalah perlu ianya disampaikan dengan seberapa segera.
  14. Ceramah-ceramah yang menghentam peribadi orang lain perlu ditamatkan kerana ramai juga dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat yang boleh dipersoalkan peribadi lakunya.
  15. Tiada proses pembersihan dalam Pakatan Rakyat walaupun ada terlalu banyak fakta yang didedahkan. Tindakan tidak dilakukan hanya kerana yang terlibat adalah kroni atau sahabat kepada pimpinan atasan.
  16. Tiada jawatankuasa disiplin diperingkat Pakatan Rakyat untuk mengawalselia sikap, tindakan dan disiplin ahli komponen Pakatan Rakyat.
  17. Sikap pimpinan sahaja yang betul perlu dikikis kerana dalam banyak kes, pimpinan membuat keputusan yang tidak selari dengan matlamat Pakatan Rakyat.
  18. Sikap berpuak-puak dalam perlabagi agenda masih lagi kelihatan didalam Pakatan Rakyat.
  19. Ketidaktelusan pentadbiran dan yang berkaitan amat ketara didalam Pakatan Rakyat meskipun telah ada usaha untuk memperbaikinya. Malah dalam banyak kes, Pakatan Rakyat adalah lebih teruk daripada Barisan Nasional.
  20. Kaki bodek, ampu dan kroni telah berada dalam lingkungan pimpinan sedangkan pejuang asal disingkirkan daripada tunggak kuasa.
banyak lagi yang patut gua tuliskan... tapi buat masa nie... setelkan dulu masalah yang ada nih..

4 comments:

  1. Bhai...

    Kalu lu setuju.. gua lagilah setuju.. hahaha

    ReplyDelete
  2. sebab ramai org2 bekas bn kat dalam PR

    ReplyDelete
  3. Satu lagi faktor yang tuan tertinggal:

    Orang pakatan rakyat yang dulunya dari UMNO masih berperangai saperti dulu, minta habuan awal sabelum mengagihkan projek... he he macam UMNO juga, rasuah dan kelabu asap

    A leopard can never change his spots!

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1