Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

01 October 2009

Sokongan Kepada Isa Samad Bertambah

Mengikut maklumat yang gua dapat.. sokongan kepada Isa Samad bertambah... dah segenap pelusuk DUN N31 Bagan Pinang dah bergerak agen-agen Isa Samad berkempen... kali ini kempen Isa Samad nampaknya menyeluruh.. (gua tak kata kempen UMNO/BN tapi kempen Isa Samad).

Memang wajarla kawasan nie menjadi kubu kuat Isa Samad (Port Isa dan bukannya Port Dickson... hahaha)..

Walaupun kuat sokongan dan kempen yang dapat digerakkan oleh kuncu-kuncu Isa Samad, tapi nyatanya... dia masih perlu dapat sokongan kuat dari kalangan kaum Cina dan India... Isu Teoh Beng Hock dan A.Kugan nampaknya masih lagi menjadi batu penghalang kepada kempen Isa Samad ... Itu belum lagi termasuk isu seret kepala lembu oleh penduduk gila Seksyen 23 Shah Alam..

Selagi kempen Isa Samad tidak dapat menembusi peratusan etnik Cina dan India ... rasanya majoriti kemenangan Isa Samad di N31 Bagan Pinang nie tak akan mendapat bilangan yang tinggi... Isa Samad perlu mengukuhkan dan menangkis semua tohmahan terhadap UMNO/BN yang dilemparkan oleh rakyat dengan cara mengambil hati kumpulan ini...

Tapi... mengikut maklumat yang gua dapat... agak susah untuk Isa Samad menukar persepsi jahat dan kianat pendokong UMNO/BN dalam masa yang singkat... Persepsi UMNO/BN yang amat buruk agak sukar dijernihkan dalam sekelip mata walaupun berjuta wang dan pembangunan ditaburkan oleh pihak UMNO/BN.

Namun harus diingat bahawa sokongan kepada Isa Samad ini memberi impak buruk kepada MB Mohamad Hasan kerana ini secara langsung akan menyebabkan kedudukan MB Mohamad Hasan tergugat sekiranya Isa Samad menang di N31 Bagan Pinang... Isa Samad pasti menuntut haknya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan kembali dari tangan Mohamad Hasan. Pastinya Mohamad Hasan dan juak-juaknya akan bertungkus lumus memastikan bahawa kedudukannya tidak tergugat sama sekali..

Persoalannya sekarang .... adakah sokongan kepada Isa Samad yang bertambah kini akan terus kekal sehingga kepada hari pengundian dan seterusnya membolehkan beliau menang dengan bergaya tanpa ganggu gugat oleh kuncu Mohamad Hasan? hehehe... Kalu gua jadi Mohamad Hasan... gua akan cantas sedikit demi sedikit sokongan Isa Samad nih... bahaya oooo...

Giler aper nak kasi Isa Samad rampas balik kerusi MB Negeri Sembilan... nanti kuncu Mohamad Hasan nak makan apa... hahahaha .... kena sekat skit kat undi anggota ATM tue..

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1