Malaysia rosak sebab UMNO memerintah lebih 60 tahun... Kerosakan melampau berlaku sebab takder tadbir urus yang baik.... Bila PH memerintah selama 22 bulan... alasan yang diberikan adalah negara nih dah rosak... tapi negara itu lah jugak yang diambil pemerintahannya oleh PN selama 33 bulan lebih...
Betul la ader banyak kepincangannya... tapi semuanya jalan terus...
Nih bila Kerajaan Perpaduan amik alih... rakyat asik dimomokkan yang negara nih dah teruk... hutang negara katanya dah RM1.5 Trillion... tapi nampak macam relaks jer hutang banyak tue.... Sebab apa gua kata macam tue.... sebab hutang sebanyak RM1.2 trillion tue dibikin oleh UMNO / BN ....
Dan UMNO / BN tue la yang ader dok menggotai dalam Kerajaan Perpaduan tue.... puak yang sama yang buat taik sebanyak RM1.2 Trillion....
Yang puak itu... Anwar Ibrahim tak marah dan tak kacau pun... relaks jer bersama-sama dok sekali tidor sebantal.... Hahahaha..... Rafizi Ramli pun tak bising,,,
Patut bising la kepada puak yang dah menjahanamkan negara sebanyak RM1.2 trillion tue.... kenapa senyap kat puak tue.... Ini dok kejar yang jahanamkan negara sebanyak RM0.3 trillion.... Hahahahahaha.... yang buat taik sebanyak RM1.2 Trillion tak dikacau...
Hahaha.... serupa taik ja..... Hahaha
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyifatkan Kerajaan Perpaduan mewarisi sebuah pentadbiran yang mempunyai banyak kerosakan serta perlu diperbetul.
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi memberi analogi bahawa Kerajaan Perpaduan seolah-olah mewarisi sebuah ‘rumah’ yang mempunyai banyak kerosakan yang diakibatkan oleh ‘penghuni’ sebelum ini.
“Tiang dimakan anai-anai, lantai berlubang dan rapuh, atap ada berlubang sebahagiannya...sebelum itu atap berlubang kerana ditebuk, bil air dan bil api penghuni lama tak bayar sehingga kena potong,” katanya dalam Ucapan Penggulungan Timbalan Presiden pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Shah Alam, hari ini.
Rafizi berkata keadaan itu mendatangkan cabaran berbeza dan baharu buat Kerajaan Perpaduan dalam hasrat untuk membantu rakyat menerusi dasar kerajaan yang mampan.
“Cabaran itu datang sekali gus dalam keadaan kedudukan dan capaian kewangan kita terhad, maksudnya kita kena buat pilihan.
“Kalau kita warisi rumah sebegini, pada masa ini adakah kita nak bayar tunggakan bil supaya ada api atau elektrik dulu, atau besar kemungkinan kita perlu baiki tiang yang dimakan anai-anai atau buat pilihan nak hidup dengan lantai atau atap berlubang,” katanya.



