Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Dakwat. Show all posts
Showing posts with label Dakwat. Show all posts

10 February 2023

Naya Dua Kali

Bhai/DeeDee semua...

Katanya sebab kualiti cetakan pada cukai jalan adalah tak elok, jadi sebab itu LKM dimasukkan dalam aplikasi JPJ yang baharu.

Sekejap… Kualiti cetakan tak elok tu sebab apa yer? Adakah sebab pembekal LKM tue bagi spesifikasi rendah level cap ayam? Siapa pembekal tu? Nak jugak tahu siapa namanya supaya boleh diambil tindakan senarai hitam dari jadi penbekal kepada Kerajaan.

Kalu sebab dakwat printing cepat pudar … Itu mesti sebab guna dakwat printer cetak rompak yang pastinya berkualiti rendah. Bukan dakwat yang original. So siapa pembekal dakwat (toner) mesin cetak tue? Dedahkan la supaya boleh diambil tindakan senarai hitam.

Kalu pembekalnya bermasalah. Batalkan semua kontrak dan senarai hitamkan lah pembekal itu. Tak kira la mereka tu kroni atau kartel. Takkan la Kerajaan sekarang takut kat kroni dan kartel??

Kita tak mahu pembekal celaka macam ni ada kekal dalam sistem E-Perolehan.

Paling celaka ialah… kita bayar mahal-mahal untuk dapatkan cukai jalan, tapi akhirnya kita kena print sendiri kalu nak memudahkan semakan tanpa perlu guna telefon pintar…

Adoilah…. naya dua kali la kita….



10 March 2012

SPR Guna Dua Jenis Dakwat Kekal

Jeng.. jeng... jeng.... SPR dah bagi hint tue... hahaha.. SPR akan gunakan dua jenis dakwat kekal.... hahaha... Satu untuk pengundi pos.. dan satu lagi untuk pengundi biasa.... hahaha...

Aper makna nih wei... hahaha... baca dan pahamkan betul-betul... Kat Malaysia nih... kalu ader berita jer kat dalam akhbar tue... sila baca ceritanya dalam konteks Malaysia Boleh... sila baca citer yang terkias.. citer yang disebalik cerita yang kuar dalam akhbar tue..

Hahahaha.. kalu itu pon tarak boleh nampak... hahaha... takper.. gua kasi tau sama lu...

Ini sebenarnya hint yang SPR nak kasi tau...

SPR sebenarnya akan menggunakan dua jenis dakwat ... satu aderlah jenis kekal.... dan satu lagi aderlah jenis tidak kekal... hahaha

Ini menunjukka bahawa SPR tau memang ader 2 atau lebih jenis dakwat untuk pilihanraya yang ader dalam pasaran... hahaha... satu untuk mengelakkan penipuan pilihanraya... satu lagi aderlah untuk melakukan penipuan pilihhanraya... hahahaha

Lawak la... hint yang SPR bagitau nih gua dah boleh baca.... hahaha

Nak tau citer pasai isu dakwat kekal ader dua versi dari SPR? Baca Sini.

19 January 2012

Skandal NFC Bukanlah Peluru Tetapi Umpan Buat PR

Hahaha..... ramai penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat ingat bahawa Skandal NFC aderlah satu peluru yang terbaek untuk digunakan bagi membunuh Barisan Nasional... tetapi hakikatnyer... Skandal NFC hanyalah sekadar umpan buat Pakatan Rakyat...

Yer benar... Skandal NFC bukanlah peluru tetapi umpan buat PR .....

Tarak percaya.... hahaha... baca sampai habis komentar pendek gua nih... jangan tak baca...

Terbongkarnya skandal NFC dikhalayak umum memanglah nampak ianya terlalu besar untuk dihadam oleh Barisan Nasional terutamanya UMNO... namun jika kita kaji dengan mendalam... skandal NFC ini hanya akan melibatkan beberapa orang sahaja yang karier politiknya akan musnah... namun ianya tidak akan memberikan kudis yang besar kepada UMNO/BN ...

Katakanlah Najib Razak ingin menjadi hero rakyat (yang pastinya akan melonjakkan imej beliau dimata masyarakat TV3 dan RTM @ orang-orang yang hanya percaya aper sahaja yang dihidangkan oleh RTM dan TV3) ... aper yang perlu Najib Razak lakukan hanyalah mengarahkan SPRM mendakwa beberapa orang yang terlibat sahaja...

Contohnyer.. jika Najib Razak mengarahkan SPRM dan Peguam Negara untuk mendakwa Shahrizat Jalil, Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin ... tentulah imej dan populariti Najib akan meningkat naik... ianya akan menunjukkan bahawa Najib Razak itu berani dan telus... hehehe... dengan cara ini Barisan Nasional akan dapat mengekalkan kuasanya... ini contoh jer yang gua bagi nih... gua ader list nama yang patut Najib Razak "kenakan" untuk menyelamatkan UMNO/BN..

Kalu Najib Razak mengambil pendekatan ini.... Skandal NFC bukan lagi menjadi peluru... tetapi telah menjadi umpan... dimana masa itu Pakatan Rakyat terkial-kial mencari modal baru untuk dibuat peluru...

Dalam masa yang sama.... Barisan Nasional dapat bersedia dengan segala macam mak-nenek majik untuk memenangi PRU13... yang mana Pakatan Rakyat tak perasan pun BN telah buat... sebab dok asik kejar dan layan isu Skandal NFC...

Sebaiknyer... Skandal NFC nih kiter biarkan satu NGO yang handle... Pakatan Rakyat tolong fokus kepada benda lain.. macam bersedia untuk menangkis segala "majik" yang akan UMNO/BN buat....

Aper-aper pon ikut kajian gua... Skandal NFC bukanlah peluru tetapi umpan buat PR supaya leka... leka melayan NFC sebab ingat ianya boleh jadi alat menjatuhkan BN... tetapi terlepas pandang benda lain yang lebih penting.... so... berhati-hati dan bersedia... bukak mata tue...

Takkan la gua nak tuliskan semua strategi UMNO/BN yang gua dah dapat korek dari sumber dalaman.... nanti tarak syok la...

27 April 2010

Malaysiakini Kena Dakwa

Pergh.... tak sangka la... Malaysiakini kena dakwa... hahaha... siapa yang dakwa... hahaha... takder saper la... hahaha.. Polis "kononnya" dakwa Malaysiakini terbitkan artikel yang palsu di laman portal Malaysiakini...

Yang peliknya... Polis kata ader orang melaporkan kepada polis tentang artikel tersebut.... errr.. boleh beritahu tak apa nombor laporan polis tue... dah ada nombor laporan ker atau belum... kalu belum.. baik la buat cepat...

Gua bukan nak kasi panaskan senario... cuma biler Polis dakwa ader laporan telah dibuat... polis kena pastikan ader sertakan sekali nombor laporan tersebut... senang la sesapa nak buat semakan... Takkan berdasarkan cakap mulut jer ...

Sori la.... gua memang tak nak cari pasal dengan Polis... cuma pada gua la... diorang kena bertindak professional... jangan nampak macam lawak jer.. nanti takder saper nak respek nanti... kesian la... kalu takder sesapa nak respek... macam mana nak buat kerja.... tak gitue...

Malaysiakini kena proofkan yang dier tak terbitkan artikel tersebut... polis pulak kena proofkan ader orang buat laporan tentang benda itu dengan bagi publish nombor laporan polis tue... itu jer...

22 December 2009

Terkini: Dakwat Cap Jari Dihilangkan

Untuk pengetahuan semua... SPR ada beli dakwat untuk urusan cap jari pada PRU12... tapi atas sebab yang tidak sesapa pun tahu... SPR tak gunakan dakwat tue... Kos pembelian dakwat cap jari tue adalah sekitar RM1 juta.. (30 ribu botol) ...beli dari India tue..

La nie... dakwat cap jari tue dah hilang... dilupus dan dibakar oleh pihak yang tidak dikenalpasti.. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong, berkata dakwat yang tidak dapat digunakan kerana masalah keselamatan dan perundangan itu telah dilupus pada 25 November lalu.

Persoalannya.... kenapa beli tapi tak gunakan... buat membazir sapa suruh... sapa yang untung atas pembelian yang dibazirkan ini.. Sapa pembekalnya.. sapa pengedarnya... sapa yang makan komisyen atas pembeliannya... Stok dakwat ini disimpan oleh siapa... Siapa yang arahkan ianya dilupuskan ... siapa yang arah suruh bakar... siapa yang melaksanakan proses perlupusan dan pembakaran... mana dokumen audit dakwat ini... LHDN tahu atau tidak mengenai perkara ini..

Pelik bin ajaib.... senang jer bazirkan duit... macam duit tue tumbuh atas pokok jer... bodoh ker apa bazir RM1 juta macam tue jer... mana sikap berhemahnya pihak berkaitan... SPR nih suka buat kerja bodoh ker....

So... kalau RM 1 juta diorang boleh buat suka-suka jer kasi lupus dan hilangkan... aper der hal nak hilangkan enjin jet ka... jet pejuang ka... kereta kebal ka... kapal selam ka.... semua kira chincai jer.... macam siot betul la...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1