Shortcut ke syurga Melalui Anjing.
Antara beribu2 kisah ttg pahala dan tips ke syurga, tiada kisah yg lebih hebat bagi saya dari kisah pelacur beri minuman kat anjing yg lekat dalam hati saya..Malah bangsa2 lain dan agama lain pun hampir semua mengetahui dan mengagumi kisah hebat ni..Kisah ni dihadiskan melalui 2 hadis sahih yg kita wajib hayati dlm beribu2 hadis yg diceritakan untuk kita..Bagi saya 1 hadis ni mampu merungkai rahsia dan keagungan Islam itu sendiri tuk seluruh dunia..
HR Bukhari no 2363 dan Muslim no 2244
Ye ramai mungkin tidak sedar kenapa dan apa logiknya pelacur yg hina ini dikurniakan darjat tertinggi di syurga dgn pahala sekelumit ini..Juga jangan anda jahil jika ingat leh masuk syurga semudah itu..
Jgn pula ada yg lepas puas selingkuh ngan gf atau bf , terus gi cari anjing kurap tuk dijamukan air dan makanan bagi merebut pass express ke syurga..🤣🤣🤣..Tidak bukan begitu ye..
Begini saudara saudari, pahala pelacur itu bukan diletakkan atas perbuatannya..
Ye benar....Bukan dgn hilangkan dahaga anjing ,ada terus ke syurga..Itu pemikiran org bodo yg agak dangkal..
Rahsia sebenar pahala pelacur ini terletak pada 1 pekara asas yg pelacur tu lakukan sebelum jamu anjing tu ngan air...Ya, pekara asas yg dia sendiri tidak sedari ketika membantu anjing itu...Nak tau apa rahsianya?
Pahala sebenar yg bawanya ke syurga sebenarnya timbul dari
" Niat pelacur ini untuk membantu anjing itu tanpa menghiraukan pahala"..Dengan kata lain..Pahala yg muncul tanpa mengharapkan pahala...
Ini yg saya sedang cuba disampaikan kepada anda hari ini melalui kisah yg saya sedang coretkan ini..
Pahala..
Masih tak paham bukan???Saudara saudari, Pahala sebenarnya bukan 1 komiditi yg boleh anda ukur atau sukat..Saya tidak setuju dgn ayat saham ke syurga dan sebagainya kerana anda sudah mengukur pahala ada disaat anda berfikiran sebegini...Saya sering melihat kita menunggu saat munculnya ramadan hanya tuk bersedekah..Dgn mengharap pahala dari sedekah anda akan berlipat kali ganda ketika itu..Dalam Islam, kita tidak hidup dgn mengira tarikh dan masa untuk bantu sesama manusia yg kesusahan didepan mata kita..Tidak sama sekali..
Pahala ramadan??
Ya, saya paham..Ramai mungkin tertanya, kenapa disediakan pahala 700x jika derma dibulan ramadan..Masalahnya kita tidak mungkin memahami tujuannya kerana diri kita sudah mula menyukat pahala2 bagi kepentingan kita sebenarnya..
Saudara saudari, pahala berkali2 ganda tuk hari tertentu lebih2 di bulan ramadan ialah satu dorongan bagi kita menyuburkan apa yg kita lalui disiang hari dgn berpuasa..Dibulan ini kita telah belajar berlapar, berdahaga dan memahami kepayahan fakir miskin..Maka dorongan sedemikian membantu kita memahami lagi maksud mengharungi kepayahan itu dimana kelaparan itu membuat anda lebih menjiwai setiap butir beras yg anda sedekahkan kepada si miskin yg kelaparan sepanjang tahun..Inilah yg ramadan sedang mengajar kamu saudara..Agar bila kamu sudah benar2 memahami nilai bantuan menghilangkan kelaparan fakir miskin ini, maka nescaya kamu akan meneruskannya tuk sepanjang tahun..Ya untuk sepanjang tahun..
Bagi saya Ramadan bukan dorongan kepada kita tuk mengejar pahala namun bagi saya ia merupakan 1 ujian yg maha besar tuk kita..
UJIAN dari Allah tuk kita belajar semula membentuk diri kita agar mampu meneruskan amalan yg baik dan mengekalkannya didalam jiwa kita.
Disini Allah bukan menguji dgn mengajar kamu untuk menyukat pahala anda dengan caculator tetapi sedang menguji "keikhlasan" hati anda dgn ganjaran yg agak lumayan...
Apakah itu keikhlasan???
Keikhlasan adalah satu pekara yg tidak mampu anda sukat..Ia harus dan wajib terbit sendiri dari sikap perikemanusiaan yg lahir bersama kamu..Sama spt pelacur yg berikan minuman kpd anjing itu..
Pelacur itu Ikhlas, Kasihan,Menjiwai dahaga anjing itu, tak memilih mahkluk mana yg dibantu, tak harapkan syurga tuk bantuan yg dihulurkan, tak mengharapkan pujian org lain dan tak memikirkan apa2 ganjaran yg bakal diterimanya dari Allah atau org lain kecuali hanya ikhlas bantu anjing itu diketika itu...
Ya..inilah yg diuji yg saya maksudkan saudara..Mampukah kamu sebagai seorg manusia biasa , mampu bersedekah dgn semua nilai2 ini???Jika kamu derma dengan memilih hari dan menyukat jumlah pahala kamu, maka yakinkah kamu, wujudnya keikhlasan sebenar dlm bantuan dan sedekah kamu itu??Jika kamu harapkan dunia memujimu dan Allah sediakan syurga tuk bantuanmu,wujudkan lagi keikhlasan dlm pertolonganmu itu???
Jelas bagi saya, jika kamu jenis yg menahan dari sedekah hanya tuk mengumpul pahala sedekah berkali ganda di bulan ramadan ini, maka tiada ayat yg lebih sesuai untuk mengambarkan diri anda sebagai seorg yg hanya mementingkan diri dan tamak..Apa2 bantuan yg dibuat dgn harapkan ganjaran tidak kira di duniawi atau akhirat sama saja sifatnya....
Sama spt ahli agama yg curi2 melanggar PKP hanya tuk rebut pahala solat jemaah beramai2 sebanyak 20x tuk dirinya , walaupun dia sedar perbuatannya bakal menyebabkan ramai kehilangan nyawa dan kerja..Jika pahala solat jemaah sebanyak 20x itu yg kamu kejar melebihi keselamatan dan nyawa org disekeliling kamu, bukankah anda seorg yg amat mementingan diri disaat ini??Inikah yg anda ingin capai dgn kejar pahala 20x itu??
Bagi saya, sedekah bukan 1 pekara yg saya harus lakukan untuk kesyurga..Sedekah bukan 1 perniagaan tuk memburu ganjaran...Menyedekah adalah 1 sifat yg lahir secara semulajadi disaat anda mula merasai dan menjiwai kepayahan org diketika itu..Bukannya 1 pekara yg perlu dibuat dgn memikirkan ganjaran syurga semata mata..
Saya dari dulu, hanya berusaha untuk hidup tanpa menyusahkan diri saya, org sekeliling saya dan cuba kurangkan beban org lain disekeliling saya agar tiada yg merana dihadapan saya..Ini sahaja..Doa yg saya sering titipkan pun hanya sekadar bantu memohon Allah Taala untuk membantu saya mengekalkan sifat kemanusian ini di dlm diri saya..Tidak pernah sekali pun , saya berdoa agar dikurniakan kemewahan, kebahagian, kesenangan hidup kerana saya percaya kesemua itu mampu dicapai dgn usaha halal dan benar dijalan Allah Taala...Tidak pernah saya berzikir beribu kali setelah belajar tips atau petua kayakan diri saudara..😄
Kisah benar dari pengalaman saya.
Biar saya ceritakan 1 peristiwa benar yg berlaku 3 bulan lalu..Di selekoh Menara Maybank di Jalan bangsar.Lebih kurang 1 pagi selepas selesai meeting, saya menghala ke KL dan terserempak wanita india yg kurus berkain pelikat,baju T lusuh dgn beg sekolah dibahunya sedang jln seorg diri mendukung anaknya..Kelihatan sedikit lebam dimukanya dan jelas spt menangis semasa saya pelahankan kereta tuk melihatnya dgn jelas.
Saya telah melepasinya jauh kedepan namun pandangan sedetik yg saya lalui ketika itu, semacam terus menggangu saya...Tanpa fikir panjang, saya terus patah balik tuk mencari wanita itu..
Dia kelihatan terkejut melihat saya menghampirinya namun tidak takut..Saya tidak menanyakan banyak..Hanya menanya,awk ada duit atau tidak..Dia mengangguk lemah dan tidak berkata2..Bagi saya air mata ,anak yg dipangkunya dan anggukan lemah sudah cukup tuk menjelaskan keadaannya yg dlm kecemasan dan tidak berupaya itu..Saya hanya menanya jika perlu panggil sesiapa atau polis dimana dia tidak menjawab dan hanya biarkan air matanya terus mengalir
Tanpa memikirkan atau mencongak sekelumit pahala disaat itu, atau tanpa memimpikan habuan syurga diketika itu,saya terus menghulurkan 200 ringgit yg ada ditangan saya...Yg difikirkan hanya harapan agar wanita malang ini mampu belanjakan duit itu tuk beli sedikit makanan tuknya dan anaknya bagi mengalas perut yg merintih kelaparan ketika itu..
Tak disoal, tak diperiksa ,tak memikir..Hanya kemanusiaan dan belas kasihan yg lahir dari akal fitrah ini terhadap makhluk hidup lain yg sedang derita didepan mata saya..
Dibulan mulia ini, harap apa yg saya sampaikan ini mampu diterima oleh anda sebagai satu nasihat ikhlas dari rakan anda..Harap kita mampu menjiwai keikhlasan sebenar dan menterjemahkan sifat kemanusian yg seringkali menghilangkan diri diketika kita amat memerlukannya..Sekian..
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C

Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C

Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Fikir-Fikirkanlah. Show all posts
Showing posts with label Fikir-Fikirkanlah. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seoran...
-
Bhai... selama nih gua selalu berdiam diri biler dengar citer macam-macam tentang pemberontakan di Syria... malah berita kekejaman tentera B...
-
Bhai/DeeDee semua.... Anwar Ibrahim benar-benar memalukan Malaysia. Bukan sahaja dia digelakkan seluruh warga US... tapi juga sampai ke Isra...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1


