Awat.... Malaysia nih takder pengeluar peralatan dan pakaian sukan ker..... Poodah lar..... saper kater Malaysia takder pengeluar peralatan dan pakaian sukan.... Cuba tengok dengan jenama ETONIC ... brand ETONIC nih dijual kat luar negara.... Gua pernah beli baju sukan ETONIC dulu kat Jepun...
Walhal HQ syarikat ETONIC Garment Manufacturing Sdn Bhd nih dekat Rawang.... dan kilang jahit baju dier di Tanjung Malim Perak.....
Kalu lu orang ingat brand ETONIC nih kira cap ayam.... tengok beberapa gambar yang gua publishkan kat bawah nih,...... khas untuk MABA pengkhianat tue....
Hakeem @ Akeem Olajuwon tue star la bhai dalam basketball.... dier masuk dalam "Basketball Hall Of Fame" samer macam Kareem Abdul Jabbar, Micheal Jordan dan Magic Johnson...
Setiausaha Kehormat MABA, Chey That Woon berkata, kerjasama itu akan membantu skuad bola keranjang kebangsaan menimba pengalaman berlatih dan bermain di China.
“Buat masa sekarang, MABA tidak mempunyai perancangan yang khusus untuk tujuan itu dan untuk jangka panjang, kami perlu menyediakan satu plan yang dinamik.
“Melalui kerjasama dengan Li-Ning ini, MABA boleh memperluaskan jaringan melalui bola keranjang di China dan secara tidak langsung memberi pendedahan bermain di luar negara kepada pemain-pemain kita,” katanya.
Melalui kerjasama itu, katanya MABA menerima penajaan dalam bentuk barangan sukan selama setahun bernilai RM270,000. - SUMBER








