Taiping adalah kawasan paling lembab dalam Malaysia... Ini kerana taburan hujan di Taiping dan kawasan sekitarnya seperti Kamunting dan Bukit Larut adalah agak tinggi sepanjang tahun... Sudah lama ianya macam nih... Tapi Alhamdulillah... jarang sangat kita dengar Taiping dilanda banjir besar...
Alhamdulillah...
Jelebu pula adalah kawasan paling kering dalam Malaysia... selama puluhan tahun taburan hujan tahunan yang direkodkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia (Jabatan Kajicuaca) adalah yang paling sedikit dalam Malaysia...
Sebabnya ... Dari segi geografi, Jelebu terletak di penghujung Banjaran Titiwangsa dengan bentuk muka bumi berbukit-bukau. Justeru, daerah yang bersempadan dengan Selangor dan Pahang serta diapit oleh daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jempol itu agak terlindung daripada hujan.
Jadi... bila pada kali ini Jelebu mengalami bencana banjir yang akan teruk... ianya seakan satu peringatan buat semua... bahawa alam ini sudah bosan dengan kita... dengan pencemaran yang kita buat... dengan penebangan hutan yang kita laksanakan... dengan perlepasan terlalu banyak karbon dioksid ke udara... dan macam-macam lagi kerja buat kita...
Jangan terkejutlah bilamana alam (nature) bertindakbalas kepada kita... dan kita alami kesan perubahan iklim yang sangat ketara. Tak kisah lah apa Menteri Alam Sekitar dan Air cakap dalam persidangan global berkenaan perubahan iklim yang mana mengatakan bahawa Malaysia tidak terkesan dengan perubahan iklim... itu semua sekadar sembang kari semata-mata...
Kita memang akan terkesan walau hanya ada sedikit perubahan iklim secara global. Banyak tempat dalam Malaysia seperti bandar Muar mungkin akan tenggelam dibawah garis air... kerana kesan peningkatan air laut dan kesan pencairan bongkah ais di Kutub.
Jadi ... bersiap sedialah..



