Dalam banyak keadaaan... gua dah tak terkejut dengan kes-kes lahanat betul macam nih... Sebab makin hari makin kronik mentaliti pegawai-pegawai PDRM...
Sori aaa... gua ader ramai kawan yang masih berkhidmat dan yang dah pencen dari PDRM ... dan gua harap takder la kawan-kawan gua nih terlibat ngan benda-benda bangang macam nih... memalukan sungguh la....
Otak kalu tak boleh nak digunakan... memang sekupang tagune hidup sebagai manusia... patut jadi lagi hina dari binatang ternak ja....
Payah aaa....
Seorang inspektor polis yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan kes rogol membabitkan mangsa berusia 16 tahun telah ditahan atas dakwaan merogol mangsa itu semasa melakukan soal siasat.
Gadis itu telah membuat laporan polis pada 31 Dis terhadap pegawai penyiasat dari sebuah balai polis daerah dekat Alor Setar, Kedah.
Terdahulu, di balai yang sama juga dia pergi untuk merakam kenyataannya berhubung dakwaan asal dirogol bapa tirinya.
Pegawai polis itu didakwa merogol mangsa sekitar jam 6.30 petang pada 28 Dis lepas, selepas dia meminta untuk memeriksa bahagian sulit mangsa, kononnya sebagai sebahagian daripada proses siasatan.
"Mangsa ketika itu sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan kemudian memintanya supaya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan terhadapnya,"
Gadis itu kemudiannya terpaksa menanggalkan pakaian dan berbaring di atas katil di dalam bilik penyiasatan di mana dia didakwa dirogol.




