Indonesia mempunyai bilangan bijih Nickel terbesar di dunia. Sekitar 21 juta tan.
Masalahnya untuk kegunaan bateri EV, jenis bijih Nickel yang Indonesia ada hanyalah Type II iaitu hanya sesuai untuk industri “stainless steel”. Bateri EV perlukan bijih Nickel dari “Type I”. Kalu diproses secara dalaman... ianya boleh diupgrade kepada Type I ... takdak masalah.
Tapi…
Kerana bijaknya Kerajaan Indonesia, mereka membuat sekatan (banned) bagi ekspot bijih Nickel ini. Kerajaan Indonesia hanya membenarkan ekspot produk siap sahaja. Ini bermakna semua pengusaha mesti membuat proses “Smelting” di Indonesia.
Dengan cara ini mahu tak mahu semua syarikat terkait EV terpaksa membuka kilang dan memproses bijih Nickel, Bauksit, Antimoni, Timah dan sebagainya di Indonesia tanpa pengecualian.
Jadi, tindakan bijak ini sebenarnya yang akan memacu Indonesia jauh meninggalkan Malaysia.
Sementara Malaysia??
Kekal bangang dalam menguruskan industri. Minyak Sawit pon antar negara lain untuk diproses… belum lagi kes bijih Bauksit yang dihantar ke luar negara untuk diproses…
Huhuhu…




