Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label PAU 2022. Show all posts
Showing posts with label PAU 2022. Show all posts

08 March 2023

Salahguna Kuasa @ Abuse of Power

Bhai/DeeDee semua....

Bila Salahuddin Nasution selaku Menteri Dalam Negeri mengaktifkan kuasanya untuk membatalkan pembubaran UMNO oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) ... ini secara tidak langsung sebenarnya telah memperlihatkan salahguna kuasa @ abuse of power dipihak Menteri...

Kita faham memang Menteri ada kuasa yang macam nih...

Tapi kita lagi faham kenapa tindakan ini diambil...,  Sebab utama tindakan ini diambil bukanlah kerana isu teknikal dan sebagainya.... tetapi lebih kepada nak selamatkan nyawa Kerajaan Perpaduan.... Ini kerana jika UMNO dibatalkan pendaftaran pertubuhannya... maka secara automatik Kerajaan Perpaduan akan tumbang... disebabkan kerana tak cukup kerusi Parlimen.

Jadi hanya kerana risiko ini maka Saifuddin Nasution mengambil tindakan ini...

Menunjukkan jika sesebuah Kerajaan itu lemah penguasaannya, pasti tindakan salahguna kuasa ini akan dibuat...

Gua tak kata la gua sokong parti Perikatan Nasional ka atau apa ka... tapi Integriti Kerajaan yang sedang memegang kuasa memang sudah tercalar... memalukan... takder maruah...

By the way.... WalaNON dan Bangsa Slurpp tetap akan membekap secara bangang tindakan nih... sebab depa pon lagi bangang dari Walaun dan Macai.... Hahahaha

Kerajaan Yang Tiada Integriti


13 December 2022

Boleh Bertahankah UMNO?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum yang UMNO sebenarnya sudah sampai ke peringkat paling rendah dalam kitaran hidup sebuah parti politik. Tidak dapat tidak UMNO perlukan reformasi.... sama ada reformasi kepimpinan atau reformasi organisasi...

UMNO diasaskan agak kuat dengan sokongan orang Melayu... tapi kini orang Melayu sudah ada pelapis pengganti untuk UMNO iaitu BERSATU... Malah kerjasaman BERSATU dan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) telah menyebabkan UMNO lagi teruk.....

Seperti mana A. Kadir Jasin ada membicarakan perkara ini.... Nampaknya UMNO berdepan masalah yang paling kronik dalam sejarah penubuhannya...

Bekas menteri yang baru dipecat dari Umno, Annuar Musa, menyifatkan tindakan kepimpinan parti itu memecat ahli sebagai menggali kubur sendiri.

Tolak sebelah kepetahan beliau berhujah namun kenyataannya itu sekali gus menyimpulkan situasi yang sedang melanda parti tua yang tidak lagi agung itu. Kepada yang tidak tahu atau lupa, usia Umno sudah lebih 76 tahun.

Dipecat atau keluar parti bukan perkara luar biasa. Perlembagaan semua parti politik memperuntukkannya. Tapi dalam hal Umno ini, perbuatan memecat ahli yang memegang jawatan penting berleluasa dalam zaman gelora Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden.

So... apakah jalan keluar buat UMNO? Adakah UMNO berani untuk berubah? Adakah UMNO mampu bertahan?



Ntahla..


12 December 2022

Ini Macam La Anak Jantan

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya gua suka juga bila Khairy Jamaluddin mencabar kedudukan Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) yang akan diadakan pada Januari 2023 nanti...

Sebab baru la kita boleh tengok berapa kekuatan akar umbi yang ada pada Ahmad Zahid Hamidi selama nih... Baru la kita dapat lihat adalah Ahmad Zahid Hamidi masih layak lead UMNO ... Barulah ada keabsahan yang nyata...

Kalu UMNO mengekalkan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden tidak perlu ditandingi... itu nampak sangat bahawa walaupun Presiden dan Timbalan Presiden tak competent ... masih juga kekal di jawatan ini dengan isu teknikal jer... tak nampak kekuatan disitu...

Best gak tengok perlawanan nih... lagi best dari FIFA 2022 Qatar... Hahaha ... KharyKJ bukan calang-calang contestant..

Ini macam la baru anak jantan.... Hahaha...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1