Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Rihana Oksana Voevodina. Show all posts
Showing posts with label Rihana Oksana Voevodina. Show all posts

14 February 2021

Betapa Tidak Bertanggungjawab ....

Bhai/DeeDee semua...

Rasanya ramai orang di Malaysia kenal dengan LEPAT (Ismail Ariffin) ... Mungkin ramai yang kenal atas gaya rambutnya ataupun kes beliau dengan Jabatan Agama Islam.... Ada yang kata Lepat ni tak solat... Ada yang kata Lepat ni sesat... Ada yang kata lepas nih mengamalkan Makrifat...

Apa pun persoalannya... satu perkara yang gua boleh respek dengan Lepat adalah beliau tetap berusaha untuk kekalkan agama dan aqidah anaknya yang telah terasing dengannya... Lepat tetap juga cuba kekalkan anaknya dalam Islam... itu gua respek... walaupun dengan macam-macam kekangan.... bahana dari berkahwin dengan wanita mualaf berbangsa Eropah.

Tapi... itu Lepat...

Berbeza pula dengan Sultan Kelantan (Muhammad Ke 5) yang bercerai talak tiga dengan isteri mualafnya yang berbangsa Eropah.... walaupun ada anak ... yang kemudiannya dinafikan sebagai anaknya tanpa apa-apa ujian DNA bebas telah dibuat.... langsung tidak berusaha untuk cuba walau sedikit pun mengekalkan agama dan aqidah anak tersebut dalam Islam.... Penceraian talak tiga sekalipun bukanlah menjadi satu halangan untuk cuba berusaha mengekalkan aqidah dan agama anak tersebut...

Bekas Isterinya (Oksana) diketahui masih bergelut untuk mengekalkan keimanan sebagai seorang Islam ... Ini telah dijelaskan beberapa kali olehnya dalam banyak temuramah.... Kita faham kekangan yang dihadapinya... tapi sebagai bekas suami.... takkan tak ada langsung perasaan nak membantu mengekalkan aqidah dan agama bekas Isteri? Sungguh tidak bertanggungjawab lah ....

Kalau pun anak tersebut dikatakan tidak sah taraf.... takkan tak ada dalam hati sedikit pun untuk cuba menyelamatkan aqidah dan agama seorang anak.....

Sungguh menyedihkan lah...

Bukanlah tujuan artikel ini ditulis untuk menghina atau merendahkan taraf seorang Sultan tapi sebagai seorang Ketua Agama Islam Negeri, adalah wajar baginya cuba untuk menyelamatkan aqidah dan agama seorang anak kecil... walaupun beliau tidak mahu mengiktirafkannya sebagai zuriatnya.



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1