Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label SITC. Show all posts
Showing posts with label SITC. Show all posts

01 January 2012

Ibu Kandung Suluh Budiman

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI @ SITC) yang kemudiannya dinaiktarafkan menjadi Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) yang mana akhirnya membuahkan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) aderlah salah satu daripada institusi pendidikan yang telah mengeluarkan dan menghasilkan beberapa pejuang kemerdekaan dan negara...

"Selain mata pelajaran biasa seperti Ilmu Alam, Sejarah, Ilmu Hisab dan lain-lain, pelajar-pelajar di MPSI juga diajar tentang anyaman, bertani, bertukang dan seumpamanya. Manakala pelajar-pelajar yang dapat memasuki MPSI terdiri daripada mereka yang telah lulus darjah 6 Sekolah Melayu. Ini juga merupakan syarat asas untuk memasuki MPSI. Tujuan asal Kerajaan Inggeris adalah supaya pelajar-pelajar ini lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka dahulu. Kerajaan Inggeris juga berharap untuk menjadikan para pelajar ini sebagai tenaga pekerja mereka, tetapi apa yang berlaku adalah di luar dugaan.

MPSI yang menjadi tempat menimba ilmu itu telah menyedarkan lagi para pelajar tentang nasib bangsanya. Pendedahan pada apa yang berlaku di luar negeri melalui pembacaan telah membuahkan bibit-bibit semangat kebangsaan di kalangan pelajar-pelajar. Penubuhan Pejabat Karang- Mengarang 1925 mendedahkan lagi para pelajar pada sumber-sumber bacaan dari luar.

Pada masa Perang Dunia Kedua, MPSI telah ditutup kerana bangunan itu dijadikan Hospital Tentera oleh Inggeris dan para pelajar berpindah ke Kuala Kangsar. Di atas ihsan Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa, para pelajar MPSI ditempatkan di tiga buah istana di Kuala Kangsar iaitu Istana Hulu, Istana Kuning dan Istana Hilir. Walau bagaimanapun ketika perang merebak ke Tanah Melayu para pelajar diarahkan pulang ke kampung masing-masing.

Pada tahun 1946, apabila pengajian dibuka setelah tamatnya perang, MPSI menuju ke era yang lebih bersemangat lagi di kalangan para pelajarnya. Semangat kebangsaan mula bercambah subur di MPSI dan para pelajar semakin berani menuntut hak-hak pelajar sehingga berlaku tunjuk perasaan pada 10 Disember 1949 dan ekoran daripada itu MPSI ditutup selama 3 bulan.

Menjelang kemerdekaan 1957 peranan yang dimainkan oleh MPSI tidak kurang pentingnya. Institusi ini telah dapat menyediakan segolongan intelek Melayu yang berjiwa kebangsaan dan ini penting untuk mengisi ruang kemerdekaan yang akan diberikan. Tenaga pemimpin yang disediakan oleh MPSI ini amat diperlukan dan mereka telah dapat menunjukkan daya kepimpinan yang baik yang bukan sahaja membanggakan MPSI tetapi juga masyarakat Melayu seluruhnya. Antara tokoh-tokoh pemimpin yang dilahirkan oleh MPSI termasuklah Senu Abdul Rahman, Embong Yahya, Syed Nasir Ismail, Ibrahim Yaakob, Abdul Rahman Talib dan Abdul Ghafar Baba. Dalam bidang bahasa, sastera dan kebudayaan pula MPSI telah melahirkan ramai tokoh-tokoh berkaliber dalam bidang ini seperti Haji Buyung Adil, Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek, Shahrom Hussein, Awang Had Salleh dan ramai lagi.
" - Arkib Negara

Jadi.... kesimpulannya..... MPSI (SITC), IPSI dan UPSI aderlah sebahagian daripada sejarah bangsa... dan tidak terkejut jika berlakunya reformasi dalam sistem pendidikan dan universiti akan bermula dari sini...

Sejarah pasti berulang... Sejarah Ibu Kandung Suluh Budiman....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1