Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 December 2009

Semua Sekolah Memandu Tiada Silibus Terkini

Sohih... ini yang sohih... tak percaya cuba korang siasat di semua sekolah memandu ... setakat yang gua dimaklumkan... semua sekolah memandu tiada silibus terkini dari JPJ ....

Silibus yang mana satu? Tentu lu orang tanya kat gua... yeah... mesti punya... Takkan Metro Driving Academy takder silibus terkini dari JPJ ... pelik kan... Tapi memang sohih dan nyata... semua sekolah memandu tiada silibus terkini ... walaupun sekolah memandu tue glamer macam Metro Driving Academy ....

Nih gua nak kasi tau silibus yang mana satu yang diorang semua takder ... rasanya dah banyak kali da gua tulis pasai benda nih.. tapi takder satu pon yang masuk dalam telinga dan kepala ramai orang.. takper... hari nie gua janji gua akan gegarkan LPKP, JPJ dan Sekolah Memandu.... hehehehe...

Semua sekolah memandu di Malaysia ini tak kira glamer atau tidak memang tidak ada mempunyai silibus terkini dari JPJ bagi melatih para pemandu bas dua tingkat (tidak kira sama ada ianya bas dua tingkat untuk kegunaan dalam bandar mahupun bas ekspres). Apa yang pasti pihak JPJ masih belum pernah keluarkan silibus yang berkaitan.

Malah LPKP pun sememangnya tiada pengalaman untuk mengendalikan kes yang berkaitan dengan lesen serta permit bas dua tingkat (bas dalam bandar mahupun bas ekspres). Pihak PUSPAKOM juga tiada kemahiran serta pengalaman untuk mengendalikan kes yang berkaitan dengan bas dua tingkat. Ini kerana tidak ada seorang pun pegawai dari JPJ, LPKP serta PUSPAKOM yang pernah menghadiri kursus atau kelas khas bagi bas dua tingkat.

Oleh yang demikian ... maka semua pemandu bas dua tingkat di Malaysia sebenarnya tidak layak untuk memandu dan tidak mempunyai lesen yang khusus serta permit untuk memandu dan membawa bas dua tingkat. Ini bermakna semua pemandu ini memandu secara "HARAM" dalam semua kes bas dua tingkat (bas henti-henti dalam bandar mahupun bas ekspres)

Maka dengan ini .... sewajarnya bas dua tingkat (bas henti-henti dalam bandar mahupun bas ekspres) digantung perkhidmatannya sehingga semua pemandu, pegawai JPJ, LPKP dan PUSPAKOM mendapat latihan khusus mengenai pengendalian bas dua tingkat ini.

Jika tidak, maka selagi itulah gua akan declare bas dua tingkat sebagai bas hantu, macam jugak lori hantu yang bawak pasir kat kawasan lombong tue... tak cukup syarat untuk dipandu diatas jalan awam, persekutuan mahupun negeri.

Bagi yang tak percaya pertuduhan gua nih... sila buat siasatan sendiri atau... baca kat bawah nih...

30 December 2009

Bakaq Penarik Beca Yang Cool

Gua tengok ramai yang bagi komen menghentam Pak Bakaq kat blog dier penarikbeca.blogspot.com .... yer la.. semua macam panas hati jer ngan Pak Bakaq .. Tapi pada gua la... Pak Bakaq adalah blogger penarik beca yang cool... Bukan nak bodek aaa...

Sebab,

  1. Majoriti yang komen bantai Pak Bakaq tue memang sohih geng-geng penjilat UG dan Kerajaan Perpaduan
  2. Majoriti yang komen bantai Pak Bakaq tue dengki pasai Pak Bakaq dapat info terkini lagi sensasi
  3. Majoriti yang komen bantai Pak Bakaq tue menang yang suka caci maki dalam blog orang lain atas dasar anonymous... semua takdak teloq nak dedahkan nama sendiri... lepas tue sendiri pon takder blog... poodah la...
Siap ada yang kata TGNA pinpoint "celaka blog itu" direct kepada blog "PenarikBeca" sedangkan TGNA tak sebut pon nama blog tue.... Hahaha... korang salah info la... korang salah pinpoint la... gua maleh la nak sebutkan nama blog yang rasanyer tepat pada isu "celaka blog itu" .... hehehe...

Apa-apa pon.. gua support apa yang Pak Bakaq tuliskan dalam blog dier... lu nak "celaka blog itu" kat blog gua pon gua takder hal... sebab gua tau apa yang gua tuliskan.... Lagi satu.. ini semua idea nak alihkan tumpuan daripada isu asal iaitu geng-geng UG dan Kerajaan Perpaduan yang dah semakin mengukuh dalam PAS....

Yang lawak tue... terlalu lama masa yang diambil oleh JK Disiplin PAS untuk ambil tindakan pada geng-geng UG nih.... Kalu ahli PAS semua ader berani (ader telor la)... gua cabar lu buat satu EGM dalam masa terdekat nih... kita bincangkan isu UG dan Kerajaan Perpaduan nih... kita bawak masuk isu Hassan Ali, Nasha Mat Isa, Harun Din, Mustapha Ali dan ramai lagi... mari kita debatkan...

Lepas tue... dapat keputusan semua dalam EGM tue... baru kita "celakakan kumpulan itu" ... amacam ader berani ka... ader telor ka semua pimpinan PAS .... gua cabar buat EGM... tapi yang pasti Pimpinan PAS mana ader telor lagie... semua dah dicekup oleh geng UG dan Kerajaan Perpaduan... semua dah telornya dipegang oleh UMNO/BN...

So Pak Bakaq... amacam kalu kita gegar Pimpinan PAS semua peringkat supaya buat EGM ... adakah diorang berani.....

SPRM Patut Siasat Pembekal Bas

Okeh... semua dah tahu (atau baru tahu) bahayanyer bas dua tingkat... boleh bawak maut... Tapi SPRM patut siasat pembekal bas dua tingkat nih...

Pemandu bas dua tingkat kat Malaysia nih sohih takder lesen khusus nak bawak bas dua tingkat pasai JPJ tak pernah keluarkan apa-apa silibus berkaitan pemanduan bas dua tingkat dan takder satu pun sekolah memandu yang ader bas dua tingkat untuk melatih bakal para pemandu..

Jadi kesimpulannya... memang semua yang bawak bas dua tingkat nih... takder lesen... kira memandu secara haram .. boleh didakwa.. so gua nak ingatkan kat peguam bagi pihak ahli keluarga mangsa supaya gunakan benda nih dalam pendakwaan kes nanti... baru la kita boleh tengok sapa yang kena...

Okeh... apa-apa pun... gua pasti "setan" yang membawak masuk dan mendapat AP untuk bas dua tingkat nih dah untung berkali ganda... tapi mungkin akan terselamat sebab tak akan ader satu dakwaan ataupun siasatan terhadap beliau dan syarikatnya atas alasan politik... biasa la... lu cari la sapa yang pegang AP nih... sohih kena dekat tokei beras... hahaha

Macam mana AP boleh keluar untuk bawak masuk bas dua tingkat dan dijadikan bas ekspress... itu yang gua musykil tue... patutnya bas dua tingkat nih jadi bas henti-henti dalam bandar.. tapi tak... boleh plak bertukar jadi bas ekspres dan bawak laju macam peleset ... sedangkan pusat gravitinya agak tinggi... dan mudah terbalik dan terbabas..

SPRM patut siasat semua segmen dari pembekal, pemilik AP dan juga kabel politik pemilik AP yang berkenaan... dan juga syarikat bas yang pada pandangan gua nampak macam kebal jer dari tindakan undang-undang... kenapa aaa.... perkhidmatan dier tak digantung sementara untuk siasatan.... macam mana boleh tak kena gantung aaa....

Tapi gua jamin.... itu SPRM mana ader berani (telor) untuk siasat, tangkap dan dakwa pihak yang terbabit dalam membenarkan bas dua tingkat masuk dibekalkan dan dibuat bas ekspres ... apa yang SPRM berani mungkin cuma tangkap dan siasat gua pasai benda nih.... hek eleh... ikan bilis SPRM berani la... jerung semua dier takut...

Apa-apa pun.. kalu gua kena tangkap pasai dedahkan bahawa tiada silibus JPJ bagi pemandu bas dua tingkat nih... memang nahas la... sebab pasti gua akan dedahkan sapa yang terlibat dan macam mana semua ini beroperasi... jaga... lu tangkap gua... otomatik maklumat akan terdedah kat public.... ini isu maut bhai... lu ingat gua nak biarkan "setan" yang menyebabkan maut ini lepas bebas seronok tak kena.... lu tengok la nanti...

So... gua cabar SPRM untuk siasat isu pemandu bas dua tingkat takder lesen khas, JPJ takder silibus khas, sekolah memandu takder bas dua tingkat khas untuk melatih, pemilik AP, pembekal dan kabel politik yang bagi AP nih untuk bas dua tingkat....

Kalu SPRM tak berani nak siasat.... hehehehe.... jeng-jeng-jeng..... lu tengok la nanti....

29 December 2009

Beli Pesawat Baru

Gua malas sebenarnya nak komen apa yang Che Det tuliskan dalam blog dier tentang beli pesawat baru.. tapi biler benda yang dier tue memang ader relevannya, gua terpaksa la komen skit.. nak buat camana... hahaha

Okeh...

Malaysia beli pesawat MIG-29N dulu tue memang bagus... sebab jet pejuang tue antara yang terbaik dipasaran... tak mampu F/A 18 nak jengah... tapi... biler kos pembaikan dan penyenggaraannya meningkat.. itu yang parahnyer...

Pasai apa meningkat? ... hahaha... korang jangan la pulak buat tak tahu... ini semua kerana kontraktor penyenggaraan dan syarikat lain (commission based company) yang menyebabkan harga maintenance MIG-29N nie naik berkali ganda.... korang tahu berapa tak... RM240 juta setahun.... tapi kan.... kalu nak bandingkan dengan nilai songlap di PKFZ ... nie kira murah la nih.... kalu kira ngan cadangan kerajaan Malaysia nak buat GST yang bernilai RM1 bilion setahun tue... kira murah lagi la kos maintenance MIG-29N nih...

So.. sapa yang dapat kontrak penyenggaraan nih... hahaha... tak lain tak bukan kroni UMNO/BN la.... takkan PAS atau DAP yang dapat kot... hahahaha.... aper la...

Jadi biler ader puak yang nak kira lupuskan jet MIG-29N dan cadang nak ganti jet lain... gua rasa ader pelik dan musykil skit... sebab rasanyer jet pejuang MIG-29N tue masih baru... yer la... Che Det pun memerintah cuma 22 tahun jer.. jadi takkan la jet tue berumur lebih dari itu... Rasanyer MIG-29N tue masuk Malaysia pada 1991 ~ 1993 dulu kan.... jadi kira masih okeh la lagie...

So... rasanyer kroni UMNO/BN dah gatai tangan nak dapat duit besor... pasai tue la diorang cadangkan supaya Kerajaan Malaysia beli jet pejuang baru untuk ganti MIG-29N .... lu ingat dari mana datangnyer idea Kerajaan Malaysia untuk ganti jet jenis MRCA nih... melainkan ader orang yang racun.... racun baik punya....

Komisyen jualan alatan pertahanan khabarnya mencecah 40% dari pada nilai harga alatan tersebut... Semua pengeluar peralatan pertahanan ader menyediakan komisyen jualan nih... ala... sama gak ngan salesman kereta... makan komisyen la bhai...

Jadi ... katakanlah TUDM beli jet SAAB Viggen dari Sweden untuk ganti MIG-29N ... lu agak berapa komisyen yang boleh dapat.... paling cikai 20% .... itu baru pada harga jet sahaja... belum lagi pada harga alat ganti dan penyenggaraan... mau makan beratus juta lagie.... hahahaha...

Gua pernah cuba jual satu alatan pertahanan kepada ATM satu masa dulu (jangan ditanya apa peralatannya.... hahaha) .... nilai harga peralatan tue cuma sekitar RM12 juta .. tapi... ader pihak (taknak sebut la nama dier) ... mintak supaya harganya diupkan kepada RM24 juta .... sebab nak kena kasi komisyen skit kat beberapa puak-puak nih.... giler aper... lu ingat senang ka gua nak terlibat ngan rasuah... terus gua cakap kat orang tue... lupakan saja tentang peralatan tue... sebab gua tak nak jual kat ATM ... biarlah ATM tak pakai langsung peralatan penting tuh... janji gua tak terlibat dengan rasuah...

So... kesimpulannya... ATM nih terlalu banyak sangat proksi UMNO/BN bergayut makan komisyen... dari Satang Jaya dan Perimekar .... sampailah kepada syarikat-syarikat kecik lain (nih semua syarikat komisyen nih....) ....

28 December 2009

Raja Petra Tiada Rekod Imigresen

Apa nak pelik.... biasa la... benda macam nih... La nie kecoh Raja Petra tiada rekod Imigresen untuk keluar masuk Malaysia... tak terkejut la gua kalu perkara macam nie terjadi...

Ala... itu hari Altantuya punya rekod keluar masuk Malaysia pun hilang daripada simpanan Jabatan Imigresen Malaysia ... jadi apa yang nak diherankan... tak pelik la... biasa jer..

Ramai warga Malaysia yang kuar masuk Malaysia tak pernah cop paspot pon.. tak caya ka... cuba tanya yang dok kat sempadan utara sana tue... gua sendiri pon pernah masuk Thailand tak pakai paspot pon... takder hal pon...

Jadi... gua rasa benda nih bukan perkara besar... semuanya berpunca dari masalah Jabatan Imigresen Malaysia sendiri... bukan Raja Petra pandai-pandai buat.. ini semua "loophole" dalam penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia... Ala... lu ingat artis dan ahli politik serta VVIP yang lari masuk Thailand (Siam) tue untuk berkahwin ader guna paspot ka... takder la.. ramai yang masuk secara haram jer...

Tak percaya... cuba cek kat mana Zizie Ezzette kahwin ngan Bung Mokhtar ... kalu dier kahwin kat Malaysia... tentunya wife dier kena bagi tandatangan borang kebenaran kahwin dua... jadi.. la nie Bung Mokhtar nikah dua tak dapat keizinan bini pertama... jadi sure dier kahwin kat sempadan punya.... So... cuba siasat Bung Mokhtar dan Zizie Ezzette punya paspot... ader chop Imigresen tak pada tarikh dier kata dier kahwin tue.... hahahaha...

Sure takder punya... hahaha... jadi kalu Bung Mokhtar dan Zizie Ezzette boleh... aper der hal kat Raja Petra .... hahaha.... sama jer...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1