Bhai/DeeDee semua...
Had kuasa Interpol adalah hanya kepada kes-kes yang mana seseorang warganegara yang terlibat dengan jenayah rentas sempadan. Bagi kes yang bukan jenayah rentas sempadan, Interpol tiada kuasa. Malah bagi kes yang melibatkan perlembagaan (bukannya jenayah) sesebuah negara, Interpol tiada kuasa.
Malah Interpol tiada kuasa menahan mahupun membuat tangkapan bagi kes berkaitan perlembagaan sesebuah negara. Akta Hasutan di Malaysia bukanlah Akta yang bersabit dengan Jenayah maka mengikut kriteria ini Interpol tiada hak untuk menahan mahupun membuat tangkapan. Interpol hanya boleh menyalorkan maklumat dan siasatan kepada negara asal seseorang suspek itu dan tindakan selanjutnya adalah dibawah bidang kuasa agensi yang berkaitan di negara asal suspek.
Oleh itu... dalam kes Alvin Tan dan Ali Abdul Hassan yang dikatakan kedua-duanya telah mendapat "Suaka Politik", maka Interpol tiada kuasa menahan dan membuat tangkapan. Semua urusan menahan dan menangkap terletak dibahu Cawangan Khas PDRM.
Soalan yang patut ditanya....
"Adakah PDRM akan memohon kerjasama secara rasmi dengan beberapa agensi siasatan Malaysia yang lain yang mempuinyai 'jurisdiction' dan akses di luar negara ataupun PDRM terpaksa menggunakan sepenuhnya aset Cawangan Khas yang berada di luar negara untuk tugas mengesan, menahan dan membuat tangkapan terhadap suspek".
Jika PDRM membuat secara terus, ianya akan melibatkan isu diplomatik dan mungkin akan menyebabkan masalah lebih besar antara dua negara bersahabat.
Apa yang perlu PDRM buat pada pandangan gua adalah dengan memohon kerjasama dengan Agensi lain yang mempunyai jangkauan di luar negara yang mana agensi ini memang acapkali menggunakan "private contractor" bagi tujuan ini.
Suspek perlu ditahan dan ditangkap serta di"seludup" balik ke Malaysia oleh "private contractor" jika Kerajaan Malaysia mahu mengelakkan isu berkaitan diplomatik hasil dari ujudnya "Suaka Politik" yang dimiliki oleh kedua suspek ini. Jika guna saluran biasa... memang masak....
BTW ... Bukan tidak pernah kita gunakan cara ini untuk selesaikan satu-satu tugasan.... Hehehe