Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Cukai Jualan. Show all posts
Showing posts with label Cukai Jualan. Show all posts

15 June 2013

Murahnya Harga Proton Saga

Bhai.... pergh.. biler dengar harga yang Proton Umumkan untuk Proton Saga SV.... bagi yang tak tau semua kata memang murah... Hahahaha... murahnya harga Proton Saga... tak sangka betul lar.... memang murah.... hahahaha.... diorang cakap la.... hahaha....

Wei.. gua nak bagitau satu benda... pada 2000 ... Proton Saga Iswara 1.3 A/B full spec metallic dijual pada harga RM36,000.00 ... campur duit interest bank macam tue... (cam haram punya interest bank) .... yang dikenakan pada 7% interest selama 7 tahun ... jadi kalu tak silap aaaa.. harga sekitar RM53.640.00 ... Interest bank jer sudah  RM17,640.00 .... hahaha .... untung jadi bank... makan riba jer... Memang untung...

So..... mana ke jadahnyer harga sudah murah.... melainkan interest bank jer dah kureng jadi sekitar 2.5% hingga 4% interest....  pusing balik semua macam haram jer.... samer jer harganyer.. tak jauh mana pon turunnya... Errr... Ader turun ker harganyer???

Oh yer.. gua silap... gua compare spec harga Saga Iswara 1.3 A/B (Manual) dengan Saga SV 1.3 (Auto) .... hahaha... patutnya gua compare harga Saga Iswara 1.3 A/B (Manual) dengan Saga SV 1.3 (Manual)..... Hahaha... tapi... lu jangan lupa bhai... masa tue (Tahun 2000) ... nilai RM kita berbanding USD adalah pada RM3.8 berbanding USD$1 .... bukan macam sekarang tahun 2013..... Hahahaha... sekitar RM3.3 berbanding USD$1 ...

So patutnya harga sebenarnya aderlah samer jer.... hahahaha... takder perubahan pon..... hahahaha... lawak aaa...

Aper pon mungkin gua silap kira dan compare... hahaha....  cuma sepatutnya.. harga Proton Saga SV nih sepatutnya diletakkan pada harga RM25,000.00 hingga RM29,000.00 kalu betul lar Kerajaan BN nak tolong rakyat Malaysia.....

Dan harga Perodua Viva plak diletakkan pada harga RM18,000.00 hingga RM25,000.00 .... kereta kecik jer..  penggunaan besi tak sebanyak Proton Saga SV....  takkan la tabley nak murah....  sebab kalu lu nak tau... harga sebenar Perodua Viva setelah keluar dari kilang aderlah antara RM15,000.00 hingga RM18,000.00 ....... mana gua tau harga nih.... hahahaha.... ader la toyol bagitau... hahahaha



26 July 2012

Menyanggah KJ dan Rafizi Dalam Isu Harga Kereta

Bhai... sori aaaa.. artikel kali nih gua nak sanggah pendapat Khairy Jamaluddin (KJ) dan Rafizi Ramli.... semua pasai isu penurunan harga kenderaan...

Rafizi Ramli kata penurunan harga kenderaan adalah satu agenda utama dalam manifesto Pakatan Rakyat... ini kerana harga kenderaan di Malaysia adalah terlalu tinggi.. dengan cara penurunan harga ini, ianya dapat mengurangkan beban tanggungan hutang kereta rakyat Malaysia yang mencecah RM134.2 bilion.

Khairy Jamaluddin pulak mengatakan bahawa kalu harga kereta diturunkan secara otomatik akan menyebabkan Proton dan Perodua menghadapi masalah.. Mungkin kakitangan terpaksa dikurangkan... Dan hampir 98% pekerja di kedua-dua kilang aderlah dari kaum Melayu..

Jadi... pada gua kedua-dua orang nih dah salah percaturan.. salah pertimbangan... salah perkiraan,....

Sebenarnya cara terbaek yang patut digunapakai aderlah...

  1. Dengan mengurangkan atau menghapuskan duti eksais dan cukai jualan bagi mana-mana kereta keluaran tempatan iaitu Proton dan Perodua (Syarikat Naza tidak layak kerana dia bukan mengeluarkan kereta melainkan rebranding sahaja).Dengan cara ini, harga kereta akan jadi murah... Sebagai contoh bagi kereta Perodua yang termurah aderlah RM40 ribu... duti eksais dan cukai jualan sahaja aderlah RM16 ribu... kalu ditolak kedua-dua duti dan cukai ini, maka harga kereta Perodua aderlah RM24 ribu ... Dan secara otomatiknya hutang kenderaan bagi seorang rakyat Malaysia aderlah rendah.
  2. Kenderaan mewah (dari luar negara) perlulah dikekalkan duti eksais dan cukai jualannya pada kadar sedia ada, mungkin perlu direvise untuk kurangkan dalam 10% lagi dimasa depan.
  3. Bagi kereta keluaran tempatan yang hendak dijual diluar negara, duti eksais dan cukai jualan perlulah dikenakan seperti biasa. Tidak perlu ada rebat sebagainya untuk dipasarkan keluar negara.
Dengan cara ini, harga kereta dipihak kilang kereta masih tetap sama... dan tak perlu kakitangan Proton dan Perodua dikurangkan. Kerja terjamin dan dalam masa yang sama produksi boleh dipertingkatkan demi untuk menampung permintaan kenderaan tempatan bagi pasaran domestik.

Kalu semua ini boleh dibuat oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, gua berani jamin, siapa yang buat akan mendapat sokongan besar dari Rakyat Malaysia.

Tapikan... Barisan Nasional tarak berani buat ini macham pasai itu NAZA aderlah kroni UMNO, Mahathir dan Rafidah Aziz... hahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1