Kalu kena bayar untuk tengok filem Tanda Putera nih... gua rasa tidak adil lar.... sebab itu hari sana sini UMNO dan BN dok tayangkan filem Tanda Putera nih secara percuma..... hahahaha...
So... kalu mau tayangkan ini filem... kasi tayangan percuma.... kalu tidak... baik tak payah tayang..... Kalu alasan perlu dikenakan tiket pasai kos pembikinan filem ini agak mahal..... pada gua itu tak patut... sebab apersal itu hari boleh buat tayangan percuma.... Awat... masa buat tayangan percuma itu hari tarak kira ka kos pembikinan filem tue...... aper daaa.......
Citer banyak takder.... kalu nak tayangkan... kena percuma.... FREE.... kalu tidak baik tak payah tayang langsung..... ader paham ka???
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata keputusan itu dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hasil daripada mesyuarat bersama jawatankuasanya.
"Saya sudah berbincang dengan Finas iaitu pada 29 Ogos iaitu sebelum sambutan kemerdekaan.
"Saya cadangkan kalau boleh awal lagi, mungkin musim perayaan. Tapi filem itu filem kenegaraan, ceritnya tentang Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail, sudah tentu kalau disiarkan sebelum sambutan kemerdekaan itu lebih sesuai," katanya ketika sidang media di Finas dalam lawatan rasminya di sini hari ini.
Beliau yang hadir ke Finas hari ini dalam lawatan rasminya selaku menteri dengan porfolio baru bersama timbalannya, Datuk Jalani Johari.
Kata beliau, pemilihan tarikh tayangan itu agak tepat berikutan kontroversi filem itu dikira selesai sejurus pilihan raya.
"Sekarang ini, kontroversi itu sudah berlalu dan tidak memberikan kesan kepada pandangan orang sebelum pilihan raya umum dibuat baru-baru ini.
"Jadi saya kira Tanda Putera merupakan satu lagi hasil karyawan filem kita yang patut dilihat daripada perspektif seninya tentang soal bagaimana orang lihat itu berdasarkan tafsiran masing-masing," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah yang hadir sama memberitahu bahawa tarikh penayangan itu adalah tarikh yang dipohon pihak penerbit dan meluluskannya berikutan tidak mahu lambakan filem Melayu ditayangkan sempena sambutan Hari Raya.
"Tarikh itu sebenarnya tarikh yang dipohon pihak penerbit, jadi kita tidak mahu pada Hari Raya ada tiga filem Melayau akan ditayangkan serentak. Filem Tanda Putera kita klasifikasikan kategori PG 13," katanya.
Filem Tanda Putera diarahkan Datin Paduka Shuhaimi Baba Suhaimi mengisahkan persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei.
Filem ini turut membariskan pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.




