Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Eavesdropping. Show all posts
Showing posts with label Eavesdropping. Show all posts

09 April 2015

Hahaha .....

Bhai/DeeDee ....

Kan gua dah lama kasitau... agak-agak la nak guna telefon.... Hahaha....  Simple matter ja.... mudah sesangat lar.... Hahaha... Itu baru PDRM ... belum lagi kalu kira kat semua agensi dan jabatan lain.... Hahaha.... Bukan stakat komunikasi telefon sajer aaa... yang lain pon dok bawah full monitoring.... Bekas Agensi tempat gua berkhidmat dulu pon ader gak sistem pemantauan.... tabley nak citer la.... Hahaha

Oh yer... aper citer baru-baru nih ader team yang pi US untuk latihan ..... dah balik ka??? Hahaha


KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu hasil pintasan perbualan telefon berhubung pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu diberikan kepada para pegawai penyelaras operasi Cawangan Khas (SB) sepanjang tempoh operasi menghapuskan penceroboh terbabit.

Pegawai penyelia Unit Pintasan Komunikasi SB Bukit Aman ASP Muhammad Fauzairi Jaidin berkata hasil pintasan itu diberikan secara berperingkat semasa Ops Sulu, yang dilancarkan pada 12 Feb, 2013, dan Ops Daulat pada 5 Mac, 2013.

"Saya mula menyerahkan produk pintasan komunikasi secara berperingkat sejak Ops Sulu dan Ops Daulat sedang berjalan sehingga kedua-dua operasi itu tamat," katanya semasa pemeriksaan balas.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan 30 individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu dua tahun lepas.

Menjawab soalan peguam Datuk N. Sivananthan, Muhammad Fauzairi berkata beliau tidak membekalkan sebarang dokumen lain berhubung hasil pintasan perbualan telefon kepada pegawai yang memintanya kecuali bagi yang dikemukakan di mahkamah oleh pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, beliau berkata bahawa dokumen-dokumen yang menyerupai dokumen yang disediakan unitnya mungkin salinan untuk kegunaan pegawai-pegawai yang berkenaan.

Dua puluh tujuh warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggotakumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April, 2013.

31 October 2014

Betul Ke Tidak??

Bhai/DeeDee semua....

Sila baca artikel nih yang gua rembat dari Sinar Harian.


SHAH ALAM - Satu mesej tersebar melalui aplikasi WhatsApp menyatakan telefon pintar orang awam sedang dipantau oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Mesej berkenaan berbunyi "Perhatian!! Sila tekan pada skrin HP anda *#06#.. Dan jika dia hanya keluar IMEI, HP anda selamat... Dan jika dia keluar/01 bermakna HP anda sedang dipantau oleh PDRM. Jika /02 HP anda sedang dipantau SPRM.

Mesej berkenaan dikatakan mula tersebar kira-kira dua hari lalu.

PDRM menafikan pihaknya sedang memantau nombor orang ramai yang menggunakan telefon pintar.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad menerusi laman rasmi Facebook PDRM menjelaskan dakwaan itu tidak benar.

“Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp yang mendakwa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat ini.

“ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat,” katanya.


Hehehehe.......

Betul.... PDRM memang tak pantau telefon pintar lu orang..... tapi PDRM cuma pantau perbualan dan teks dari komunikasi telefon mudahalih dan talian tetap lu orang jer.... Jadi memang PDRM tak pantau telefon pintar .... cuma diorang pantai komunikasi jer..... Hahahaha ...

Dah bertahun dah diorang buat benda nih.... dan Agensi yang pernah gua berkhidmat pon ader buat benda yang sama gak..... Hahahaha.... aper ader hal..... aper mau kecoh.... hahaha  .... Rajin-rajin la lepak kat Subang Hitech ...... hahaha

07 February 2013

Citer Lama

Bhai.... Ader banyak sisi gua yang even kawan rapat pon tak tahu... Keluarga pon tak tahu... Malah anak dan isteri pon tak tahu...

Terutama sekali tentang kerjaya... Ramai yang nampak kerjaya gua secara lahiriah.. Betul... Aper yang terpapar didepan mata semua orang itu adalah perkara benar... Tetapi... Ada sisi kerjaya yang takder saper yang tahu...

Bukanlah tujuan gua nak dedahkan perkara nih... Cuma sekadar nak bagitau lu orang sumer... Tak semua orang tue sebenarnya seperti aper yang lu orang nampak (dari sisi kerjayanyer la)

Gua direkrut sekitar tahun 1988... Menerima latihan disebuah sekolah latihan terulung di pantai barat. Selepas latihan asas... yang dilakukan secara senyap-senyap pada hujung minggu.. gua diserapkan dalam satu unit tue dalam satu agensi yang nama dier macam nama sebuah bank.... hahaha.... tugasan pertama aderlah infiltration... dan gua berjaya laksanakan tugasan tue ngan baik..

Tugasan kedua... eavesdropping pon berjaya dilakukan dengan baik di selatan tanah air... Sambil gua belajar kursus kejuruteraan di sebuah IPTA... gua sempat melaksanakan tiga tugasan eavesdropping dan sniffing maklumat dengan jayanya..

Selesai gua belajar kejuruteraan... Gua menjalani latihan industri disebuah projek kejuruteraan tinggi. Disini gua diajar secara praktikal mengenai demolition... Mengendalikan bahan letupan plastik... Dari Emulite 180 sampailah kepada semtex... Latihan gua di"cover-up" dengan cara terlibat dengan urusan meletupkan bukit dan batuan bagi sebuah projek kejuruteraan pembinaan terowong..

Tahun 1996 -1998 gua terlibat lagi dengan kerja infiltrate ... Dapatkan maklumat ... Penat tapi menyeronokkan... Gua berselindung disebalik perniagaan cybercafe... Hujung minggu gua menjalani latihan xxxxxxxx 800 meter dan 1 mile. Gua berjaya melepasi syarat minima xxxxxxxx 1.6 km pada altitud tinggi.

Kerjaya sebagai pegawai IT, sistem komputer dan keselamatan rangkaian memudahkan lagi beberapa tugasan gua... Takder siapa yang tahu dan takder siapa yang syak. Gua mudah buat kerja eavesdropping dan sniffing maklumat...

Itu semua citer lama... Skrang nih gua lebih banyak terlibat mengajar bebudak baru... mengajar jadi mole... Mengajar tentang encryption... Tentang eavesdropping.... Tentang steganography.... Masalahnyer bebudak baru nih ingat kerjaya camni glamer dan senang.... Walhal... Kerjaya camnie sebenarnya takder saper nak amik pot...... Sebab diorang kata Malaysia nih aman... Sentosa... Hahaha... Tapi kalu takder saper nak buat kerja cam gua buat... Aper agaknyer akan jadi kat negara nih..

Gua pernah antar surat untuk bersara... Tapi jawapan yang gua dapat.... Tak pernah ader istilah bersara dalam tugasan dan kerjaya sebegini... Nak buat camana... Layan jer la.... Hahaha

Jadi... Kesimpulannyer... Jangan pertikaikan tahap patriotik gua dan jangan ingat biler gua sokong Pakatan Rakyat... Maka gua akan senang-senang nak gadaikan negara nih... Kalu lu nak tau... Cukup ramai ahli politik UMNO/BN yang terlibat menjualkan negara nih tanpa diorang tahu... Macam mana diorang dipergunakan oleh perempuan simpanan diorang... Macam mana diorang dedahkan macam-macam rahsia keselamatan negara kepada perempuan simpanan diorang... Waktu tengah main... Hampeh betul lar...

Macam kes hilangnya beberapa dokumen penting Malaysia bagi isu Pulau Batu Putih ketangan Singapura... Celaka punya ahli politik dan kakitangan kerajaan yang belot tanpa sedar tue... Bangsat betul lar... Kalu diberikan peluang... Mau gua bagi diorang sedas 50mm tang kapla...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1