Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Jenazah. Show all posts
Showing posts with label Jenazah. Show all posts

14 January 2022

Manipulasi Duit Tabung Masjid

Bhai/DeeDee semua....

Banyak Masjid yang collection setiap kali hari Jumaat memcecah RM2000. Masjid kecik pon boleh cecah RM1500. … sebulan paling cikai dapat collect RM6000.

Kalau lah setiap Masjid menyediakan satu tabung khas dimana ahli kariah atau sesiapa sahaja boleh mengambil duit dalam tabung itu jika berkeperluam… tentulah lebih afdhal.... Gua tak kata la letak banyak..

Letak la dalam tabung khas nih wang kertas RM10 sebanyak 5 keping pada setiap hari.. Kalo orang ber keperluan, dia boleh ambil sekeping RM10 atau lebih.

Bukannya ada masalah pun. RM50 x 30 hari… baru RM1500.

Tak luak punya la collection Masjid… Insyaallah lagi barakah… insyaAllah Masjid boleh dapat infak dari jemaah lagi banyak.

Kalu orang curi duit RM50 dari tabung khas tue… redhokan ajer la… sebab bukan duit Masjid pon… itu duit infaq dari kariah… biarlah urusan curi tu diadili sendiri oleh Allah Taala…

Bil letrik dan air Masjid biasanya dah ader orang sponsor… jangan la riso… Elaun Imam, Siak dan Noja Masjid pon Jabatan Agama Islam Negeri yang bayar… bukan amik dari duit collection tabung Masjid.

Program Masjid biasanya ada orang sponsor… Gua tau biasa Ostad Sampul dapat banyak dari duit Tabung Masjid tue… banyak Masjid buat macam nie… nak amik Ostad tersohor la… beribu-ribu Ostad Sampul nih dapat … cash by hand nih mana ader LHDN kacau… Sebab itu Ostad Sampul jenis Selebriti nih hidup mewah… payment sampul takdernyer nipis… mesti tebal punya..

Tapi kalu Ostad tempatan… Masjid hulur duit merah jer dua tiga keping… cukup lah buat duit minyak katanyq… walhal cukup banyak ilmu yang Ostad tempatan ni sampaikan… Tapi pasai Ostad tempatan nih bukan level Ostad Selebriti yang kaki lawak atau kaki jerkah… maka sampul envelope pon takder… setakat hulur sekeping dua kertas warna merah atau hijau…

Patut duit tabung masjid digunakan untuk bantu ahli kariah yang kesempitan wang atau bahan makanan… tapi tak… banyak yang habis buat bayar envelope pada Ostad Sampul…

Ader jugak jenis AJK Masjid yang suka tengok simpanan duit tabung Masjid meningkat digitnya dalam akaun bank… sayang nak keluar… bila nak panggil Ostad Sampul … depa pi henjut mintak sponsor sana sini… duit tabung dalam akaun bank tak digunakan..

Malam program Ostad Sampul… AJK Masjid pusing tolak tabung infak… collection banyak… yer la… pasai yang datang aderlah Ostad Sampul kaki lawak, kaki jerkah, kaki nyanyi… sure collection malam tu banyak…

Apa-apa collection malam tue bahagi 3… Satu bahagian dapat kat Ostad Sampul, satu bahagian lagi dapat kat pengurusan Masjid… satu bahagian dimasukkan dalam akaun bank Masjid..

Udah la dijanjikan satu harga ngan Ostad Sampul selebriti nih sebelum statt progrem… dah abis program dapat pulan bonus tambahan 1/3 dari collection masa ceramah…

Masyuk….

Ahli kariah yang susah tue… pergi mati lah… korang bukan penting pun dalam Institusi Masjid nih… menyusahkan…

Tu pon lagi… ader banyak Masjid yang caj urusan janazah dan pengebumian mayyit pada kadar harga Yahudi Bani Qainuqa’… sampaikan sumbangan orang ramai untuk set kelengkapan mayyit pun ader Masjid caj kat ahli keluarga mayyit. Giler aaa amik keuntungan dari sumbangan infaq rakyat prihatin.

Gua citer nih tak semua Masjid buat… tapi cukup banyak lar

Tambah lagi kalu Masjid tu dikuasai oleh puak-puak tertentu… lagi ghapla perangai AJK Masjid… sampai ader yang rasa lebih beriman dari orang lain… dan dah rasa macam confirm dapat syurga….

Siot ja kan….. huhuhu.

*** PROVE ME THAT I’M WRONG.



26 January 2021

Isu Ini Bukan Isu Baru

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang sedih bila mendapat tahu bahawa ada berlaku pecah amanah berlaku dalam institusi kesihatan terutamanya Hospital awam... memang sedih... malah isu yang diutarakan bukanlah isi baru... Isu ini adalah isu yang sudah lama...

Pernah terjadi dulu ada berlaku kes yang hampir sama... barang kemas dan wang ringgit pesakit dirompak (dicuri) ketika mereka sedang menjalani rawatan atau sebagainya di hospital... Yang kali ini pulak kes barang kemas jenazah pula hilang... berkemungkinan dicuri.

Adoilah...

Petugas atau kakitangan kesihatan wajarlah amanah.. Terutama semasa mengendalikan pesakit kecemasan mahupun jenazah.. jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga...

Jangan sampai perkara macam ni berlaku lagi... kita tak mahu imej institusi kesihatan menjadi buruk akibat dari tangan-tangan staff yang tidak amanah... Tolonglah.



11 July 2012

Kuburkan Batang Pisang?

Bhai... dulu masa Mat Kilau kononnyer terbunuh biler berlaku pertempuran dengan penjajah.... diorang buat satu lakonan dengan membuat satu helah.... Helah tersebut aderlah dengan kuburkan batang pisang sebagai ganti jenazah Mat Kilau...

Lepas beberapa tahun kemudian... barulah Mat Kilau sebenar mendedahkan dirinyer.... hehehe ... ini sejarah bhai... sejarah tak tipu... yang tipu aderlah orang yang tulis sejarah ... hahaha

So... skarang nih... seperti yang gua jangkakan sejak dari awal lagi....

Mengapa tiada siapa dapat menziarahi jenazah Khalil Afandi... selain dari anggota keselamatan
Mengapa tiada siapa dapat menyembahyangkan jenazah Khalil Afandi... selain dari anggota keselamatan
Mengapa tiada siapa dapat menguruskan jenazah Khalil Afandi... selain dari anggota keselamatan
Mengapa tiada siapa dapat mengebumikan jenazah Khalil Afandi... selain dari anggota keselamatan

Memang pelik.... takder gambar jenazah... pelik aaa... dah jadi macam kes Osama Bin Laden jer...  "Konon" askar Amerika yang bunuh... diorang yang uruskan jenazahnyer.. dan diorang jugak yang kebumikan dier di laut.... yang best tue... takder gambar gak...

Orang lain tabley nak terlibat..... memang pelik... inilah pertama kali berlaku di Malaysia dalam masa Malaysia moden nih... terlalu banyak cover-up nih... aper citer nih bhai... aper citer....

Sebijik macam citer "The Day Of The Jackal" ... hehehehe

Baca Sini, Sini dan Sini ....

10 July 2012

Soalan Cepumas Buat Semua

Hahaha.... bhai... gua ader satu soalan cepumas... nak kasi lu orang pikir dan jawab... tapi sori aaa... hadiah pi mintak ngan Rosmah Mansor... dier ader banyak beg tangan Birkin... hahahaha....

Okeh... soalan tue berbunyi begini...

"Biasanya apabila berlaku sesuatu insiden yang menjadi tumpuan ramai, para wartawan akan terus mendedahkan segalanya termasuklah siapa yang terlibat, ibu bapa, keluarga dan juga sanak saudara. Temuramah juga akan dibuat kepada kenalan mangsa/pelaku yang terlibat. Malah jika melibatkan kematian, pastinya akan ader pengumuman mengenai urusan pengebumian jenazah. Ini termasuklah apa sahaja yang berkaitan dari solat jenazah dan juga urusan pengebumian. Malah banyak media akan cuma mendapatkan foto terbaik yang memaparkan jenazah sedang dimasukkan kedalam liang lahad.

Oleh itu, bagi kes amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang khabarnya dilakukan oleh Khalil Afandi dan rakan perempuannya yang mana telah menyebabkan Khalil Afandi telah menemui ajal, maka sewajarnya kita semua akan dipertontonkan dengan semua maklumat dari post mortem sampailah kepada urusan pengebumian.

Maka, adakah anda dapat menziarahi jenazah Khalil Afandi, melihat dier dikafankan, bersama membuat solat jenazah keatasnya dan seterusnya mengiringi jenazah ke kawasan perkuburan untuk urusan pengebumian? "

Atau..... Khalil Afandi belum lagi meninggal dunia, cuma wataknya sahaja yang telah dimatikan. Begitu juga dengan isu blognya yang gua dapati diurus tadbir oleh orang lain sesudah kepergiannya menemui Allah, Tuhan Rabbul Jalil... seperti mana yang gua paparkan dalam artikel sebelum ini DISINI. Err... macam mana orang yang dah meninggal dunia boleh manage blog tue. Kata blog tue dibuat oleh Khalil Afandi.... pelik aaa...

Terlalu banyak persoalan yang belum terjawab lagi... termasuklah apa motif serangan tersebut dan siapa sasaran serangan tersebut sebenarnya...... Hehehehe... pikir... pikir.... hahahaha.... Gua berani jamin bahawa Utusan Malaysia akan cuba spin lagi cerita nih... blogger UMNO/BN tahap pencacai tue... lagi la bengong.. artikel macam orang takder akal... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1