Pakej Rangsangan Ekonomi yang dibuat oleh Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yasin sebenarnya telah menyalahgunakan KWSP sebagai kononnya satu dana bantuan kerajaan.
Walhal...
Kita semua tahu bahawasanya simpanan KWSP itu adalah untuk kegunaan hari tua (persaraan) para pencarum. Dan Kerajaan Malaysia tidak sewajarnya memperlihatkan bahawa dana tersebut adalah dana bantuan dari Kerajaan.
Kerajaan Perikatan Nasional wajar membetulkan keadaan ini. Jangan memangsakan rakyat.



