Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kebenaran Rentas Negeri. Show all posts
Showing posts with label Kebenaran Rentas Negeri. Show all posts

30 May 2021

Betullah Tu Tidak Ditahan

Bhai/DeeDee semua...

Mengikut takrifan undang-undang... adalah benar Khairuddin At-Takiri tidak ditahan di SJR Perasing pada 16 Mei 2021.... Betul dia tidak ditahan.

Khairuddin At-Takiri hanya diperiksa sahaja semasa di Sekatan Jalan Raya (SJR) Perasing.... Kenderaannya diperiksa kerana dia tidak ada dokumen kebenaran rentas negeri yang diperlukan... dan kenderaan itu dikenalpasti membawa penumpang yang tidak berdaftar.

Sebab itu kenderaan Khairuddin At-Takiri tersebut diperiksa oleh anggota PDRM yang bertugas.... Ini SOP biasa... ini carakerja biasa... Persoalannya sekarang ini... kenapa Khairuddin At-Takiri bertegas mengatakan yang dia tidak melakukan kesalahan... sedangkan ianya memang telah mengabaikan keperluan surat kebenaran rentas negeri..

Aderkah hanya kerana dia Menteri Persekutuan... maka Khairuddin At-Takiri boleh memandang ringan kepada undang-undang yang memerlukan beliau mendapatkan surat kebenaran rentas negeri.?? Ini sesuatu bentuk penyalahgunaan kuasa... ini satu bentuk rasuah...

Takkan la orang yang katanya faham bab agama boleh melakukan perkara sebegini.

Takkan lah kan????



30 January 2021

Macam Lawak Jer PKP 2.0

Bhai/DeeDee semua...

Member gua nak kena pergi Kota Bharu pada lusa.. 1 Februari 2021... Dier duduk Shah Alam... Nak kena pergi Kota Bharu tue atas tujuan kerja...  kerja pemasangan peralatan perubatan di Hospital Sultanah Zainab.

Tapi...

Bila dia pergi ke Balai Polis yang berhampiran untuk dapatkan permit kebenaran merentas negeri... dier diberitahu bahawa ianya tidak perlu... dier cuma perlu buat swab test dan cuma boleh berada maksima 3 hari (72) jam sahaja di Kota Bharu...

Persoalan yang gua nak bangkitkan nih.... kenapa tak perlu ader permit kebenaran rentas negeri.... cukupkan sahaja dengan surat majikan dan surat dari Hospital tue??

Adakah ini SOP yang betul?? nampak macam lawak jer PKP 2.0 nih.... dan lagi nampak lawak juga Proklamasi Darurat 2021 nih yang macam takder efek jer... Adoilah... agaknya sebab inilah jumlah jangkitan kes baru tidak memperlihatkan status penurunan... 

Sebab SOP pon lekeh.... adoilah..



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1