Hahaha... sempena Ramadhan yang dah nak sampai penghujung nih... gua just nak nasihatkan semua.... hahaha... baik-baik jaga... nanti hilang....
Hahahaha.... jangan mare.... bukan gua nak buat joke pasai citer kat bawah nih... cuma sekadar... mabuk boleh menyebabkan senjata lu orang hilang.... hahaha... jadi jangan la mabuk... tak kisah la mabuk arak ker... mabuk cinta ker... mabuk maksiat ker... atau mabuk kuasa.... hahaha... ilang kalu susah ooo.... hidup pon susah... mati lagilah susah...
Nak kencing merata pon dah tabley dah.... hahahaha....
Bayangkan kalu ayam jantan sudah ilang dier punya senjata sulit... hahaha.... terpaksa la kena buat mesyuarat lembaga..... hahahaha ....
SANTIAGO - CHILE . Seorang warga emas hilang kejantanan apabila keseluruhan zakarnya ‘ghaib’ dipercayai digigit anjing di Santiago, Republik Dominican.
Nasib malang itu menimpa Geraldo Ramos, 64, ketika beliau dalam keadaan mabuk teruk sebelum pengsan di tepi jalan.
“Menurut jiran, pada malam kejadian, saya diserang sekumpulan anjing dan ditemui dalam keadaan bogel,” katanya.
Beliau berkata, keesokan harinya, dia mendapati berlaku pendarahan teruk di kemaluannya dan mendapati zakarnya 'hilang'.
“Saya dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan. Sehingga kini, anjing yang didakwa menggigit zakar saya masih belum ditemui,” katanya dipetik dari laporan MailOnline.
Akibat dari peristiwa hitam itu, beliau kini nekad berhenti mengambil minuman alkohol.
Julai lalu, seorang lelaki disahkan lumpuh apabila seekor anjing dikatakan menggigit salah satu daripada bahagian zakarnya di Arkansas dan diikuti di Brazil seorang lelaki dilaporkan putus jari selepas digigit anjing peliharaannya.





