Hahaha... bhai... gua nak tanya lu nih.... berapa ramai jemaah solat Jumaat yang dengar khutbah Jumaat berbanding dengan jemaah yang tidur? .... persoalan yang selalu kita buat lawak pada solat Jumaat ialah.... dengar atau tidur? ....
Setahu gua la... belum pernah lagi gua lihat jemaah satu masjid tak tido masa khutbah Jumaat di"baca"kan.... mana ader... selagi khutbah Jumaat di"baca"kan... selagi itulah ramai jemaah yang tido...
Firstly.... gua nak tanya lu .... Khatib solat Jumaat tue sepatutnya "baca" khutbah atau pun berkhutbah? .... mana lagi patut... hahaha..... (ader beza oooi... baca khutbah dengan berkhutbah)....
Biler "baca" khutbah.... isi yang disampaikan biasanya tak kena dengan isu semasa yang hampir dengan kumpulan jemaah tersebut.... bayangkan... masa tengah kecoh pembunuhan umat Islam di Maluku itu hari... ader masjid yang khatibnyer "baca" khutbah mengenai denggi.... hehehe... langsung tak kena....
Sepatutnyer... khatib berkhutbah ikut situasi terkini.... sebab tujuan khutbah adalah untuk memberikan peringata... menyampaikan seruan... dan indoktrinasikan jemaah... tapi... nampaknyer banyak masjid yang mengamalkan mem"baca" khutbah yang isinyer kadangkala tidak berpijak dibumi yang nyata....
Sori la.... pasai tue la gua nampak ramai jemaah tido masa khatib "baca" khutbah.... sebab paling utama ialah... "baca"an khutbah yang boring.... mandom ...
Untuk pengetahuan lu.... dah jauh benar dah fungsi khutbah Jumaat (penyelewengan oleh pimpinan Agama di Malaysia) daripada khutbah yang disyariatkan dengan rukun-rukun wajibnya seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W .... Khutbah di Malaysia (hasil dari penyelewengan pimpinan agama di Malaysia) sebenarnya cuma menepati rukun-rukun asas sahaja tapi isinya jauh dari keperluan maslahat umat itu sendiri...
Selagi mana khutbah masih lagi di"baca"kan... selagi itulah ramai jemaah yang tidur semasa ianya di"baca"kan... dan dosa orang yang tidur semasa khutbah di"baca"kan (tidur semasa khutbah adalah berdosa kerana khutbah wajib didengari) ditanggung oleh pimpinan agama yang menyediakan teks khutbah. (gua bukan memandai nak buat hukum... tapi setahu gua la... syarat sah solat Jumaat menghendaki jemaah mendengar khutbah Jumaat).
So.... persoalan gua... sebenarnya... apakah yang didengar oleh 3 orang pakcik di Pulau Pinang bagi isu khutbah nih sohih ataupun sebenarnya mereka sedang bermimpi ketika itu... hahaha .. yang lagi lawak... konon insiden berlaku pada 25 Jun 2010... tapi awat amik masa sebulan lebih baru nak kasi kecoh.... hahaha.... budus... budus.... nak tipu pon kena pandai la skit.... hahaha... buat batai posa jer... hahaha (oh yer... pakcik 3 orang tue posa tak... atau yangyok jer... hahahaha)