Bhai... Sori.. sibuk skit dengan hal lain... jadi walaupun gua ader amik pot pasai insiden di Lahad Datu... cumanyer pasai kekangan masa yang menuntut didahulukan yang lain maka lambat la gua nak dapat bagi komen nih... hahahaha... sori aaa..
Okeh.. pertamanya.... Pantai timur Sabah kerap kali dikunjungi oleh lanun. Kes perlanunan di perairan Sabah yang berhampiran dengan selatan Filipina memang tak dapat nak dikekang secara tuntas.... itu sebabnya dulu kawasan nih dikendalikan oleh Pasukan Polis Hutan (PPH) dari kompeni Charlie (dikenali dengan nama
KOMBAS)... ramai dikalangan anggota kompeni Charlie nih bersusur galur daripada anggota-anggota yang pernah mendapat latihan di Hulu Kinta dibawah seliaan Komando 69 (Vat 69) ... Malah ramai yang ader kepakaran pelbagai dalam bidang counter espionage.... terutamanya unit pemusnah bom dan unit risik.
Pernah sekali tue... waktu rondaan dengan bot milik PDRM ... ala.... bot fiber yang mempunyai dua injin tue... tetiba terserempak dengan sebuah bot lanun Filipina.... anggota PPH yang senior sekadar melihat sahaja kepada lanun itu sebab sudah tahu perangai diorang... tambah lagi masa tue berhampiran dengan perairan antarabangsa... tapi ader seorang anggota PPH junior yang baru berkhidmat di Sabah telah dengan sengaja membuat beberapa das tembakan amaran kearah bot lanun tersebut...
Mula-mula lanun tersebut melambai-lambai tangan... apabila mereka melihat bot PDRM melepaskan tembakan.... kelihatan seorang lanun mengeluarkan sebuah roket anti personnel jenis LAW 80 dan mengacu-ngacukan roket tersebut kepada bot PDRM... Jurupandu bot PDRM akhirnya mengubah haluan untuk mengelakkan pertempuran... tetapi memerhati dari jauh untuk memastikan lanun itu tidak masuk ke perairan Malaysia... Untuk pengetahuan ... bot lanun tersebut menggunakan injin Mercury 500 sebanyak 4 unit kesemuanya....
Untuk pengetahuan lu orang sumer... kalu ader lanun yang menyerang mana-mana kawasan di perairan Malaysia... biasanya dalam ramai-ramai lanun tue.. mesti ada paling kurang seorang yang memakai topeng... dan biasanya yang memakai topeng ini adalah orang tempatan... rakyat Malaysia.... dan inilah juga sasaran anggota PPH PDRM (kini menjadi Pasukan Gerakan Am - PGA) untuk ditembak dahulu...
Panjang betul la gua melalut pasai insiden di Sabah.... hahaha.... sori aaa.... insiden yang gua citerkan tue sekitar tahun 90'an dulu.... hahahaha... Jadi aper kaitan dengan Ops Lahad Datu yang kiter baca kat dalam akhbar... kenapa ATM senyap jer... dan kenapa PDRM juga senyap....
Ada dua kemungkinan..... sori... pasai gua belum dimaklumkan sepenuhnya pasai insiden nih... Kemungkinan yang pertama adalah... larinya beberapa anggota MILF atau MNLF dari serangan tentera Filipina dan mereka cuba menyusup masuk ke Malaysia...
Kemungkinan kedua yang paling gua percayai... hahaha... ini hasil intel yang gua dapat buat setakat nih aderlah.... hehehe.... bahawasanya... ini adalah unit khas dari Tentera Filipina yang masuk ke Lahad Datu sebagai sebahagian dari urusan untuk menahan, menangkap dan membawa balik seorang suspek penipuan yang menyorok di Sabah kerana suspek ini ada kena mengena hubungan persaudaraan dengan Ketua Menteri Sabah... Musa Aman... dan suspek ini dikenali dengan nama Manuel Karingal Amalilio ....
Ini unit pertama untuk cuba menangkap dan mambawa pulang Manuel Karingal Amalilio ... Gua berani jamin ... paling kurang ader dua lagi unit sudah berada di Sabah dan kini bersiap sedia untuk menjalankan operasi mereka... Hahaha...
Jadi... lu paham tak kenapa Kerajaan Malaysia cuba buat benda nih senyap-senyap jer... konon cuba berbincang.... sebab ianya ader kena mengena dengan Musa Aman.... hahaha.... masak nanti kalu media semua tahu.... Nanti kalu ader masa gua akan cuba tanya orang hubungan gua kat Filipina... mana la tau diorang tau pasai isu nih...
Cuba lu orang baca statement Najib Razak nih.... hahaha