Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Laut China Selatan. Show all posts
Showing posts with label Laut China Selatan. Show all posts

09 September 2024

Lemah Betul La

Bhai/DeeDee semua...

Dulu kalu ader insiden macam nih.... ader perlanggaran keselamatan macam nih... Kerajaan melalui Wisma Putra akan panggil Duta China untuk datang dan memberikan penjelasan... Kerajaan pula akan memberikan "Nota Bantahan" ... ini semua dikira saluran diplomatik..

Tapi.... la nih... lain benar caranya.... lemah betul la...

Terlalu lembut sangat gayanya... langsung tak bertegas... siap tak mahu nak ulas konon atas isu Diplomatik dan Strategi Pertahanan ... giler betul la....  macam dah kena pegang telo....

Adoilah....  apa dah jadi nih??? Mana perginya ketegasan dalam mempertahankan kedaulatan wilayah dan perairan kita??? Mana???

Lemah betul la Perdana Menteri la nih.... Menteri Pertahanan lagi la tabley pakai... Huhuhu

Takkan Tolo dah kena picit??




05 March 2023

Ketegangan Kuasa Ketenteraan Di Laut China Selatan

Bhai/DeeDee semua...

Tiada siapa yang boleh meramalkan peristiwa atau konflik masa depan. Memang tiada siapa.

Bagaimanapun, ketegangan dilihat semakin meningkat di Laut China Selatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh pertikaian wilayah antara China dan beberapa negara lain di rantau ini, termasuk Vietnam, Filipina dan Malaysia. Kawasan ini kaya dengan sumber semula jadi dan merupakan laluan perkapalan yang penting untuk perdagangan global, yang menjadikannya lokasi yang strategik untuk banyak negara.

Pertikaian itu berkisar tentang tuntutan wilayah yang bersaing di rantau itu, dengan China menuntut kedaulatan ke atas sebahagian besar Laut China Selatan melalui tuntutan "sembilan garis putus"nya, yang merangkumi kawasan yang luas. Negara-negara lain di rantau ini mempertikaikan tuntutan China dan telah menolak pengembangan wilayahnya.

Terdapat beberapa insiden konfrontasi antara China dan negara lain di Laut China Selatan, termasuk latihan ketenteraan, ujian peluru berpandu, dan pembinaan pulau buatan serta pertambahan aset ketenteraan milik China di kepulauan Paracel / Spratly. Walau bagaimanapun, sukar untuk meramalkan sama ada ketegangan ini akan meningkat menjadi konflik berskala penuh.

Amerika Syarikat juga terlibat dalam pertikaian itu, dengan Tentera Laut A.S. menjalankan kebebasan operasi navigasi secara tetap di rantau ini dan meningkatkan kehadiran tenteranya di kawasan itu. Ini telah merumitkan lagi keadaan dan meningkatkan risiko salah pengiraan atau peningkatan yang tidak diingini.

Secara keseluruhan, situasi di Laut China Selatan kekal sebagai isu yang kompleks dan berpotensi tidak menentu, dan ia berkemungkinan memerlukan usaha diplomatik dan kerjasama antara negara terbabit untuk mencari penyelesaian secara aman.

Amat perlu sekali Malaysia selaku sebuah negara neutral di rantau ini menjadi pemula dan peneraju untuk satu perbincangan diplomatik antara semua pihak yang terlibat demi untuk kepentingan semua.

errr... dah lama gua tak menulis cara ayat formal macam nih... Hahaha



13 July 2022

China Yang Buat Provokasi, China Pula Yang Buat Kod Salahlaku.

Bhai/DeeDee semua...

China ni dah gila ke apa? China yang buat provokasi, China pula yang kelam kabut nak buat kod salahlaku di Laut China Selatan. Apa ke bangang semua nih.

Menteri Luar Malaysia dan Menteri Pertahanan Malaysia memang spesis takder tulang belakang.. Jenis pondan dan tak berani. Jenis tak tegas. Mudah dibeli dan dipujuk. Jahanam la wei.

China percepat perundingan kod tatalaku di Laut Cina Selatan

#SouthChinaSea #LautChinaSelatan #Perang #Provokasi #Ketenteraan #Konflik #CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com

Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

21 July 2021

Konflik Semakin Panas Di Laut China Selatan (LCS)

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya isu terkini di Laut China Selatan (LCS) semakin panas dan tegang. Dengan kedegilan dan perangai China yang tetap bertegas nak laksanakan 9 Dash Line di Laut China Selatan (LCS).. maka US, UK dan Australia dah menempatkan ketumbukan tentera laut mereka disana.

Beberapa buah kapal pengangkut kapalterbang (Aircraft Carrier) bersaiz besar telah ditempatkan disana secara kekal. Dan ini juga memperlihatkan kesungguhan pihak US, UK dan Australia untuk mempastikan laluan perdagangan di Laut China Selatan (LCS) bebas dilalui oleh semua kapal dagang antarabangsa.

Harapnya tidak berlaku apa-apa yang tak baik lah di Laut China Selatan (LCS) ni... tambah pulak bila UK telah umumkan penempatan Littoral Response Group di Laut China Selatan (LCS) dengan kerjasama Jepun.

Filipina, Vietnam, Indonesia dan Malaysia telah menegaskan bahawa tindakan China nak melaksanakan 9 Dash Line di Laut China Selatan (LCS) telah mencabar kedaulatan negara terbabit. Dan ini tidak dibenarkan sama sekali.

Harapnya.. tidak berlakulah apa-apa yang berisiko di Laut China Selatan (LCS).

#LautChinaSelatan #9DashLine #SouthChinaSea #AircraftCarrier #LittoralResponseGroup #LRG #Spratly

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1