Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label MOE. Show all posts
Showing posts with label MOE. Show all posts

26 September 2022

Penculikan Di Sekolah

Bhai/DeeDee semua..

Kes culik di Sekolah.

Isu ini gua dah utarakan lama dulu… sama ada di media (cetak dan elektronik) atau media sosial (blog dan sebagainya). Risiko penculikan amat mudah berlaku pada waktu balik sekolah (tanpa mengira jenis atau peringkat sekolah) rendah atau menengah.

Ini berlaku apabila hampir semua sekolah menyediakan ruang pondok menunggu ibubapa atau penjaga di kawasan luar pagar sekolah. Ada yang mengatakan potensi kejadian hanya akan tinggi bilamana bilangan pelajar agak kurang dikawasan luar sekolah. Sebenarnya tidak. Diwaktu puncak pun boleh sahaja berlaku kejadian culik.

CCTV pula hanya merakamkan apa yang berlaku dalam kawasan sekolah. Susah nak jumpa ada CCTV yang memantau pelajar yang berada di pondok tunggu bas di luar pagar sekolah. Ketiadaan pengawal yang bertugas memantau pun satu hal juga. Pelajar ramai, pengawal pula mungkin seorang dua.

Tambah lagi ader banyak gerak-gerai jualan ataupun peniaga bermotorsikal / berkereta yang berjualan dikawasan luar sekolah selepas habis sesi persekolahan. Pastinya para pelajar akan berkerumun membeli jualan tersebut. Ada banyak kes kemalangan berlaku dikawasan luar pagar sekolah akibat dari keadaan sibuk yang tidak terkawal.

Jangan terkejut kalu ader insiden “kemalangan olok-olok” yang sengaja dibuat untuk menculik pelajar. Ianya hanya perlukan dua kenderaan… Motorsikal dan Kereta / Van. Motorsikal berlakon melanggar, manakala Kereta / Van akan cuba menbawa pelajar ke Hospital.. Selebihnya anda boleh fikir sendiri.

Jadi apa penyelesaiannya?

Pelajar tidak dibenarkan keluar sesuka hati di luar pagar selolah. Ibu bapa atau penjaga mesti turun dan ambil sendiri pelajar didalam kawasan sekolah.

Tapi gua faham… dalam banyak senario susah nak buat atau educate. Tambah pula kawasan yang sesak atau sekolah yang ramai pelajarnya. Dan tenpat parking kenderaan tidak ada disediakan.

Maybe juga boleh ditempatkan seorang dua anggota keselamatan (Polis, Rela, JPA3) atau sebagainya untuk membantu keselamatan diwaktu balik sekolah ni je.

Setakat elaun tambahan rasanya boleh je Kerajaan menyediakan dana mrlalui Kementerian Dalam Negeri.

Benda nih sebenarnya boleh dilaksanakan demi keselamatan pelajar kita. Bezanya antara hendak buat atau tidak. Bagi kes negeri bersempadan dengan negara lain… buat jer la tembok konkrit setinggi 12 kaki dengan dawai kawat berduri disepanjang sempadan. Setel.



18 September 2021

Lee Chong Wei - Juara Sebenar

Bhai/DeeDee semua...

Gua cukup respek dengan Lee Chong Wei... bekas juara dunia badminton negara... Semenjak dier berada dipuncak kehebatan... dier memang banyak menabur bakti kepada negara ini... Dan sekarang dier berbuat lebih lagi...

Dengan Yayasan Lee Chong Wei... bukan sahaja dier beri bantuan tablet, telefon pintar dan laptop untuk PdPR kepada warga Malaysia yang memerlukan dalam program "Asal Cheq Nak Pi Sekolah" dengan kerjasama YB Steven Sim tapi... 

Lee Chong Wei jugak terlibat membantu dengan memberikan dana untuk kemudahan hospital dan perang terhadap Covid-19.... Syabas lah ...

Ini macam la juara sebenar... juara kepada rakyat... juara sebenar kepada masyarakat.

Salute...



04 September 2021

Bila Vaksin Diwajibkan

Bhai/DeeDee semua...

Macam ni la.... pada gua vaksin itu memang wajar diwajibkan kepada semua... mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh pemerintah... Ini kerana ianya melibatkan warga terbanyak....  

Sebagai contoh... kerajaan mewajibkan semua pemandu yang nak bawa kereta kena ader lesen memandu...  betul... ramai yang boleh memandu walaupun tanpa lesen... tapi apabila berlaku kemalangan yang mana pemandu tidak berlesen.... apakah kata mangsa yang terlibat?

Jadi... memang wajarlah vaksin diwajibkan....

Tapi pilihan jenama vaksin itu tidaklah wajib dipaksakan... Rakyat berhak untuk memilih jenama vaksin yang pada mereka sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.... Itu hak mereka yang dijamin didalam Perlembagaan...

Dan ini memang satu pilihan.... 

Namun.... gua tak bersetuju bilamana golongan guru yang menolak vaksin ini dikenakan tindakan yang agak relaks... sekadar tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka.... ini tidak adil bagi warga pendidik yang lainnya yang tidak menolak vaksin. Pada gua... mana-mana kakitangan awam (pendidik) yang menolak vaksin wajarlah dikenakan tindakan tatatertib seperti digantung tugas/jawatan atau digantung gaji. Ini kerana mereka telah melanggar arahan perjawatan penjawat awan.

Inilah yang sepatutnya.




06 June 2021

Menteri Pelajaran Pun Kuat Menipu Gak Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Biasa kalu ader pengagihan dibuat... mestila wartawan akan warwarkan dalam media elektronik atau media cetak... Mesti akan ader sorotan pengagihan tu dalam siaran Berita ....

Tak logik pengagihan tu dibuat senyap-senyap tanpa dapat dikesan mana-mana media.... Takkan la takmo nak buat "Public Exposure" ... takkan la VIP atau YB pon takmo nak tumpang letak muka konon ada simple majlis pemberian laptop nih...

Memang tak lojik betul... Dalam portal Yayasan Hasanah pon takder video penyerahan dan pengagihan nih...

Lawak siot la cover-up nih... nak sembang pon agak-agak la wei ... tetiba jer kata dah bagi 12 ribu unit.... hahaha..

P/S : Kalu brani... bagitau la nama sekolah yang muridnya dapat tue... boleh la orang buat semakan.... ahahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1