Bhai/DeeDee semua...
Berkenaan isu High Speed Rail (HSR) yang katanya dibatalkan oleh Kerajaan Malaysia sehingga Kerajaan Singapura mendapat pampasan sebesar RM300 juta, rakyat seakan pelik dengan keputusan yang dibuat.
Pada pembentangan Bajet 2021, Menteri Kewangan telah dengan nyatanya menjelaskan bahawa Projek HSR ini akan diteruskan dengan cuba mengelak daripada Malaysia terpaksa membayar pampasan kepada Singapura.
Persoalannya sekarang ini adalah kenapa selepas Bejat 2021 diluluskan, tiba-tiba Kerajaan Malaysia membatalkannya sehingga menyebabkan kerugian yang agak besar dialami oleh Malaysia. Bayangkanlah... RM300 juta ini boleh membangunkan 3 buah Hospital.. atau 10 buah sekolah baharu.
Projek HSR ini 98% berada didalam Malaysia.... dan kalu diikutkan kos yang ditanggung oleh Malaysia patutnya lebih banyak... bagaimana pula Singapura boleh mendapat laba pampasan sebesar RM300 juta.. Pelik benar dengan perjanjiannya... Malah perubahan laluan yang dikatakan menjadi isu itu adalah berlaku di tanah milik Malaysia.... takkan itu pon jadi isu?
Suka Malaysia la nak ubah laluan yang berada didalam tanah Malaysia (Malaysia soil)... bukan melibatkan seinci pun tanah di Singapura.
Kalu benda sesimple dan semudah ini pon Malaysia boleh kalah dan mengalah... macam mana la nak buat tuntutan yang lain... Patut la kes Pulau Batu Putih jatuh ketangan Singapura... sebab yang buat deal bagi Malaysia nih bodoh-bodoh belaka... Adoilah... payah aaaa.
Apa nak jadi la Malaysia nih... buta-buta jer nak bagi untung kat Singapura ... walhal satu benda pun belum dibuat dibahagian Singapura... takder satu tanah pun dah diratakan... takder satu bangunan pun dah dibangunkan... takder satu rel pun dah dipasang... malah takder satu pejabat pun telah disewa dan dilengkapi kakitangan...
Gua saspek ader pihak dari Malaysia yang akan untung dengan pembatalan projek HSR nih... Kena semak semua money trail nih...