Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label AstraZeneca. Show all posts
Showing posts with label AstraZeneca. Show all posts

25 December 2022

Macam-Macam Persepsi ...

Bhai/DeeDee semua...

Covid-19 adalah satu wabak penyakit... Ianya memang bahaya... menyebabkan masalah pernafasan.. Betul ada ramai orang yang mengatakan bahawa Covid-19 nih sekadar hoax jer.. Ada juga yang menolak langsung semua perkara terkait Covid-19 termasuklah pemvaksinan... Malah mereka mengatakan bahawa Vaksin Covid-19 itu sebenarnya yang lebih membahayakan nyawa mereka...

Anti-Vaksin ada dimana-mana.. Bukan sahaja di negara membangun, negara mundur.... tapi juga di negara maju... Pandangan manusia ada pelbagai... macam-macam persepsi... Nak buat macam-mana... ianya seperti macam pandangan tentang parti politik... ditipu berkali-kali oleh sesuatu parti politik pun tetap juga bertegas nak mengundi dan menyokong parti politik yang itu  juga... Hahaha

Kebodohan itu kekal.. ketaksuban itu juga kekal.... Sebab itulah Syaitan berjaya... berjaya menghasut manusia.... walaupun manusia tahu syaitan itu musuhnya yang nyata....

Apa pun.. gua berharap sangat agar Kerajaan Malaysia kekal mengadakan ujian yang ketat di semua pintu masuk negara ini (darat, laut dan udara) untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dari China dan negara lain... Saringan dan penilaian serta pemantauan yang ketat perlu sentiasa dikuat-kuasakan.

Kita taknak varian baru wabak ini dari menular di sini... Kita taknak impak Covid-19 menyusahkan urusan harian masyarakat Malaysia....

Covid-19 is real ... kepada yang tak percaya kepadanya, gua harap korang tak kena la Covid-19 sehingga ketahap perlu ditidurkan.... tapi kalu itulah sesuatu yang perlu untuk menyedarkan korang... apa salahnya kan... Huhuhu...


Sehingga 250 juta orang dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 20 hari pertama pada bulan ini di China, demikian menurut anggaran rasmi ketika kekalutan tentang peningkatan kes koronavirus berterusan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China percaya bahawa sebanyak 18 peratus penduduk telah dijangkiti selepas Beijing membuat pusingan U dengan memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang kontroversi bulan lalu.

Hospital-hospital dibanjiri pesakit, manakala bilik-bilik mayat juga dipenuhi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Angka rasmi pemerintah China menunjukkan kes menurun, namun ia dipercayai berpunca daripada penurunan ujian saringan berbanding sebelum ini.

Pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa situasi di negara tersebut boleh menyebabkan seluruh dunia kembali ke tahap pertama dalam memerangi Covid-19.

Imuniti rendah yang berpunca daripada kadar vaksinasi tidak meluas dan kekurangan jangkitan sebelum ini akibat dasar sifar Covid, menjadi pendorong kepada gelombang Covid-19 di China pada masa ini.

Sehingga sejuta orang dibimbangi berisiko meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang, demikian menurut satu unjuran yang mengejutkan.

Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC), Sun Yang mendedahkan angka terkini itu semasa taklimat kesihatan Rabu lalu, lapor akhbar Financial Times.

Angka itu termasuk 37 juta orang yang dijangkiti Selasa lalu sahaja yang menyumbang kira-kira 2.6 peratus daripada penduduk China. Yang berkata, Covid-19 kini merebak pada kadar yang lebih cepat.

Kira-kira separuh daripada penduduk di bandar raya Beijing dan Sichuan telah pun dijangkiti, kata sumber pula.

08 February 2022

Vaksin Pun Dah Macam Pasemboq

Bhai/DeeDee semua...

Gua gelak jer biler memikirkan statement KJ semalam....  bilamana vaksin pun dah macam pasemboq... campur-campur... Giler aaa...

Walhal ..... Antibiotik pun takder siapa main campur-campur jenis tetiba vaksin pulak boleh main campur-campur jenis. Adoilah.... Giler ker aper nih.... boleh pulak guna vaksin jenama lain konon sebagai booster... 

Macam cara pusher dadah nak abiskan stok jer... Hahaha... Lawak siot..



10 June 2021

Salah Tumpuan Dan Salah Percaturan

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang jelas ... yang kita semua tahu... adalah Kerajaan PN sedia ada telah buat salah tumpuan dan salah percaturan terhadap proses program Immunisasi Vaksin Kebangsaan...

Yang paling ketara adalah mengenai proses untuk mendapatkan vaksin... Kita ader COVAC dan kita dan NPRA... sampai redundant... sampai bertindih... lepas itu hanya memilih sesetengah vaksin sahaja... walhal banyak lagi vaksin lain yang telah diterima dan disahkan oleh WHO dan negara lain...

Contohnya... vaksin Sinopharm dan vaksin Sputnik V...

Pelik bilamana vaksin Sinovac pun payah nak dapat di Malaysia... jenuh kelamkabut dengan AstraZeneca dan Pfizer... Malah ader pulak dengar Kerajaan Malaysia nak bawak masuk Moderna .... walhal itu harganya mahal...

Lagi satu pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega yang kosnya agak besar.... Walhal dulu kita bukan tak pernah buat program pemvaksinan sekala mega.. dengan kos yang rendah... dengan menggunakan dewan sekolah jer... kemudahan yang sedia ada...

Kerusi bangku tak payah nak sewa... meja tak payah nak sewa....

Tapi yer la... sebenarnya ada pihak yang nak buat duit... itu ja sebabnya... hehehehe... tak caya ka? tanya mamat ni..

Hampeh aaa...








29 April 2021

Benda Dah Beli, Takkan Campak Tong Sampah?

Bhai/DeeDee semua...

Gua paham tindakan yang diambil oleh Kerajaan Sarawak yang tidak membenarkan vaksin AstraZeneca digunakan untuk diberikan kepada rakyat Sarawak.... Ini tindakan yang dilihat agak drastik... tapi bertepatan.

Yeah... Ini lebih kepada hak-hak yang termaktub dalam MA63 yang memberikan kuasa-kuasa kepada Kerajaan Sarawak.

Tapi aper pon tindakan ini... benda dah beli, takkan nak kena campak dalam tong sampah yer dak???  Banyak tu Kerajaan Malaysia dah beli vaksin nih... banyak duit dah dihabiskan... banyak kos dah keluar.... komisyen pon dah di pow... hahaha

Nampak gayanya benda ini akan berlanjutan lagi aaa... Tatau apa planning Kerajaan Sarawak... kita tengok je lar... Hahaha



22 December 2020

Najib... Najib... Ingatkan Dah Jadi Anak Yatim Ni Otaknya Semakin Center

Bhai/DeeDee semua...

Kesian ngan Najib Razak nih... Ingatkan semenjak jadi anak yatim ni otaknya semakin center ... tapi rupanya semakin sewel.... Adoilah....

Kesian betul lar...  

Orang yang waras mestilah nak beli sesuatu dengan harga yang murah.. Kalu dapat paling murah atau diskaun lagilah bagoosh... Hanya orang yang tak center kepala otaknya sajer yang nak harga paling mahal... Orang gila atau orang biol jer yang nak beli mahal... 

Patut sukalah kalu kita dapat harga paling murah.. 

Tambah lagi untuk rakyat.. macam beli Vaksin Covid-19 dari Pfizer atau AstraZeneca.... lagi dapat jimat... lagi bagoosh... Sebab dengan penjimatan tu kita boleh manfaatkan untuk kegunaan lain.. beli dan tambah baik peralatan kesihatan dan medical ker... supaya lebih ramai rakyat dapat manfaat... supaya rakyat tak susah.. supaya rakyat tak perlu keluar modal...

Adoilah Najib... 



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1