Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Malapetaka. Show all posts
Showing posts with label Malapetaka. Show all posts

03 August 2022

Banjir. Apa Jalan Penyelesaiannya?

Bhai/DeeDee semua...

Gua dapati semenjak dua menjak nih... negara Malaysia kita nih kerap mengalami kejadian banjir yang agak kronik.. Hampir semua kejadian banjir yang berlaku di Malaysia melibatkan banjir lumpur. Air yang berkeladak dan penuh dengan selut. 

Tambah lagi dengan banjir yang membawa sekali kayu-kayu balak dan pelbagai kayu hutan.

Apa yang sebenarnya telah berlaku nih? Adakah semuanya akibat dari kerosakan dan penerokaan hutan yang tidak terkawal? Adakah semuanya hasil dari penanaman Durian Musang King??? Tak mungkin semuanya terjadi akibat dari sebab yang sama...

Apa yang gua nampak adalah kita sebenarnya gagal untuk menguruskan hutan dan kawasan persekitaran kita... Aliran sungai yang sebelumnya ada kita telah ubahnya... aliran sungai yang lurus kita belok-belokkannya... Kawasan yang sepatutnya lembah dan menjadi span bagi menyerap air lebihan dari hujan.. kita tambak dengan tanah... kita buat bangunan.... kita buat longkang yang kecil...

Jadi kemana air itu hendak pergi... Dalam banyak kes...  kita tutup kawasan yang sepatutnya menjadi aliran air ke sungai atau laut ... dan kita buat longkang yang kecil...

Berapa banyakkah kawasan yang mempunyai "monsoon drain" yang berskala sesuai seperti 6 kaki lebar x 6 kaki dalam??? Berapa banyakkah longkang besar yang selebar 4 kaki x 6 kaki dalam?

Tak banyak kan... Malah di kawasan bandar pun susah kita nak tengok adanya "monsoon drain" nih macam di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur..... Payah...

Jadi kemana air itu nak pergi... lebihan air yang melimpah semua tu nak pergi mana... kawasan tadahan hujan yang sepatutnya berskala besar pun kita sudah tidak sediakan... bagaimana semua air itu nak dialihkan?? Pening kepala...

Perancang bandar @ Township Planner?? Apa kerja mereka? Sepatutnya merekalah yang berusaha untuk merancang sesuatu perbandaran agar aliran trafik massa dan aliran air dapat disusunatur dan dikawalselia serta dirancang... Jangan sampai satu malapetaka besar berlaku mengakibatkan nyawa yang ramai barulah kita nak amik tindakan... jangan sampai ianya mengakibatkan kerugian besar dari segi ekonomi dan perniagaan.

Jangan jadi bangang... Model perancangan bandar sebenarnya boleh dibuatkan simulasi dalam komputer dan dapat dinilai untuk rancangan 5 atau 10 tahun... Benda mudah sebenarnya... Jangan berlawan dengan alam... sebab dalam banyak keadaan... Alam yang akan menang....



21 December 2021

Basic Survival Kit (Lelaki) Untuk Hadapi Bencana

Bhai/DeeDee semua...

Basic Survival Kit (Lelaki) untuk hadapi bencana. (Checklist)
  • Lampu Suluh (bateri sel kering) 
  • Wisel / Air Horn Aerosol
  • Cermin Kecil (boleh jadi alatan isyarat)
  • Kain Pelikat (1 atau 2 helai)
  • Baju Pagoda (2 atau 3 helai)
  • Seluar Pendek had lutut (2 helai)
  • Lighter - Pisau Pelbagaiguna (Swiss Army Knife)
  • Makanan dalam pouch (MRE) untuk 3 hari
  • Tuala Good Morning - Bantal angin (boleh dijadikan pelampung)
  • Radio FM berbateri
  • PowerBank
  • Payung kecil (jika tidak membebankan)
  • Baju Hujan / Poncho
  • Air mineral (minima 5 botol 500ml)
  • Kit perubatan dan sun screen cream
  • Selipar @ Kasut Diving
  • Topi
  • Set CB Radio atau Radio Amatur (jika ada)

Ini asas jer. Boleh tambah terutamanya air. Letak siap-siap dalam satu beg. Setiap item tu masukkan dalam Plastik Zipper Bag untuk elakkan basah. Bateri sel kering paling utama… beli banyak untuk penggunaan 5 hari. Kalu boleh semua barang ini diletakkan dalam "Dry Bag" yang boleh dibeli di Shopee, Lazada atau mana-mana kedai menjual peralatan outdoor..

Lipat senipis-nipisnya.. kalu pakai vaccum shrink lagi bagoosh.

Pastikan at least ader 1 dokumen pengenalan diri milik anda dalam beg tersebut… salinan sekali pun cukup lah.

Sekian.

* p/s : Benda nih gua dah mention banyak kali … dah cukup lama dah gua mention benda nih… berpuluh tahun dah..

*** Kalau untuk perempuan... boleh tambah tuala wanita (sanitary pad) dan keperluan sanitari wanita yang lain.

**** Untuk kalau baby... prepared yang keperluan basic ja... cukup untuk 3 hari... tak payah la nak prepared macam sampai sebulan.



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1