Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Omicron. Show all posts
Showing posts with label Omicron. Show all posts

03 January 2023

Tunggu Nak Ada Mudarat Dulu Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Gila aaa... Nak tunggu ada kes mudarat dulu ke baru nak amik tindakan membendung semua nih... Adoilah.... Takkan nak tunggu ader ramai yang mati dulu baru la nak sekat kemasukan pelancong dari China... Tindakan nih tindakan gila.. Tindakan nih la yang boleh menyebabkan PKP satu Malaysia nanti...

Kami rakyat dah takmo hadap semua nih... Kami rakyat dah penat .. kami rakyat dah muak....

Tolong lah dengar pandangan kami.... Yang susah takder kerja.... takder gaji nih kami... Kami rakyat yang tak menjadi kakitangan awam...  Kakitangan awam lain la... kena PKP pun gaji jalan.... dan kami rakyat nih bukan B40 yang banyak dapat macam-macam bantuan dan dana...

Tolong la sekat pelancong dari China... tangguh dulu kemasukan depa.... jangan la jadikan kami mangsa....

Adoilah..... Takkan la tunggu nak ada mudarat dulu ke baru bertindak?


Dua varian Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini telah dikesan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat 31 Dis lepas, terdapat sejumlah 4,148 kes di negara ini yang dijangkiti varian BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.

Bagaimanapun, beliau berkata belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan kedua-dua varian.

“Kedua-dua varian ini tergolong sebagai subketurunan Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Ketururan Dalam Pemantauan (LUM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China,”

01 January 2023

Ini Ke Kualiti Menteri Dalam Kabinet Anwar Ibrahim?

Bhai/DeeDee semua...

Rakyak susah hati.. Rakyat takmo kena PKP lagi... Rakyat taknak harungi masalah dengan Covid-19 lagi.... Rakyat dah serik... Rakyat dah penat...

Ini ke kualiti Menteri dalam Kabinet Anwar Ibrahim??? Adoilah... sekor-sekor Menteri Kabinet macam hamlau... adoilah... macam mana la Anwar Ibrahim boleh pilih mangkuk-mangkuk nih jadi Menteri???

Patutnya sebagai Menteri... kena utamakan rakyat dulu... kepentingan rakyat dulu... keselamatan rakyat dulu... betul la kita perlukan untuk merancakkan ekonomi... tapi kali ekonomi tue datang bersama dengan masalah dan wabak... itu bodoh namanya kalu masih dibenarkan masuk... bangang nak mampos...

Kalu Menteri nih dengan sanak sedara dier nak mampos... lantak dier la... rakyat taknak tau...

Tapi rakyat nakkan keselamatan... rakyat nakkan keterjaminan ... rakyat taknak wabak masuk... Bab mana yang bangkai-bangkai Menteri nih tak paham ni??? Tak reti Bahasa Malaysia ka?? Awat nak kena keluar statement dalam Bahasa Cina?? Dah jadi Menteri tue... utamakan la Bahasa Malaysia ... kalu tak reti Bahasa Malaysia...  pi masuk kelas balik ... belajar...

Rakyat nakkan keselamatan dan penghindaran dari kesan wabak Covid-19 yang sekarang nih sedang merebak di China.... 

Ader paham ka??? 
Anwar Ibrahim nih pekak ka??? Adoilah...



Menteri Pelancongan, Tiong King Sing meminta orang ramai berhati-hati terhadap komen mereka berhubung ketibaan pelancong dari China susulan pembukaan semula sempadan negara itu.

Ini berikutan kebimbangan kedatangan pelancong dari China akan menyebabkan peningkatan semula kes Covid-19 seperti yang dihadapi negara itu ketika ini.

Dalam catatan di Facebook yang ditulis dalam bahasa Cina hari ini, Tiong berkata pelancong dari China tidak sewajarnya merasa tersisih untuk datang ke negara ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa semua orang supaya berhati-hati dalam kata-kata dan tindakan anda, jangan membuat komen yang tidak mesra sebelum anda mengetahui gambaran penuh.

“Jangan merosakkan persahabatan antara Malaysia dan China, atau wujudkan tanggapan bahawa kita tidak mengalu-alukan kedatangan pelancong dari China,” katanya.

Dia menambah sebarang persoalan atau keraguan perlu dibangkitkan melalui "saluran yang betul" bagi mencapai situasi menang-menang.

Awal bulan lalu, China menamatkan dasar "sifar-Covid" bagi membendung wabak berkenaan dengan pembukaan semula sempadan negara ini.

Bagaimanapun, penamatan dasar sifar-Covid turut menyaksikan peningkatan kes dan kematian di China akibat wabak yang disebabkan oleh subvarian Omicron, BA.5 yang lebih berbahaya.

Timbul kebimbangan Beijing tidak memaklumkan mengenai penularan sebenar Covid-19 di negara itu ketika ini, di mana bilangan kes baru dipercayai oleh beberapa pakar berjumlah jutaan setiap hari.

06 February 2022

Galak Betullah Khairy Jamaludin

Bhai/DeeDee semua...

Hari nih dah cecah 10k balik ... adoila.... bila nak raya jer.. akan naik tinggi la kes jangkitan Covid-19 nih... dari dulu lagi gua dah cakap... ini semua mainan data dan angka jer... Hahaha...

Tengok statement Khairy Jamaludin bawah nih... dah boleh baca dah... Hahahaha... Galak betullah Khairy Jamaludin nih

Macam tak biasa la pulak... Hahhaa ... Ajer gampang lar...




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1