Gua tak sempat nak call kengkawan kat TLDM lagie... Tapi daripada maklumat yang tersebar nih gua rasa aaaa keselamatan dan kerahsiaan aset kapalselam di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar tergugat lar... Patutnyer TLDM tak berikan akses Pangkalan Sepanggar nih kepada tentera asing...
Tak kisah la atas sebab kunjungan hormat ka.... Khidmat masyarakat ka.... Sebab setiap kali aset tentera asing digerakkan... Mesti ader skali aset risikan pon digerakkan bersama...
Aper giler kiter dedahkan kepada Amerikan Syarikat kemudahan yang ader kat Pangkalan Teluk Sepanggar nih.... walaupun alasan yang diberikan aderlah untuk satu kerjasama khidmat masyarakat... Bodoh ker aper.... Sudah tentu aset risikan tentera US nih akan membuat kajian terperinci dan lengkap mengenai Pangkalan tersebut ... Dan akhirnya sudah pasti ianya akan dikongsikan kepada Angkatan Bersenjata Singapura...
Bagaimana mudah betul kiter membenarkan tentera asing menggunakan kemudahan ketenteraan kita yang sepatutnya bertaraf rahsia... Kenapa kalu orang awam warga Malaysia boleh pula TLDM larang daripada meninjau-ninjau kedalam kawasan Pangkalan ... Tapi anggota tentera asing pulak begitu mudah diberikan akses..
Setahu gua la... Dulu TLDM cuma akan bagi akses kepada tentera asing cuma di pangkalan yang tidak terlalu strategik seperti di Pelabuhan awam di Malaysia.... Kenapa kini boleh pula.... Ditambah pulak di Pangkalan Teluk Sepanggar yang mana menjadi lokasi utama aset kapalselam Malaysia....
Hancuss la pengurusan TLDM la nih.... Aiyo...
Kitorang di Agensi cukup tahu aper dan bagaimana aset risikan US bergerak selama nih.... Cukup masak dengan kerenah dan agenda diorang... Malah cukup tahu apa yang risikan US carik.... Cukup-cukuplah dedahkan aset ketenteraan kiter kepada negara asing... Cukup-cukup la... Nak tunjuk baik pon biarlah berpada...
Jangan nanti tak pasai-pasai ja Singapura dapat akses mudah dan lengkap mengenai Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar nih.... Bukan kiter tau tau camana perangai Singapura.... Aiyo....




