Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Permata. Show all posts
Showing posts with label Permata. Show all posts

30 October 2013

Pra GST: Yuran Taska Naik 14%

Bhai/DeeDee sekalian....

Satu perkara yang gua rasa ramai yang terlepas pandang berkenaan dengan Gasak Sampai Terburai (GST) nih aderlah berkaitan dengan yuran taska dan tadika serta daycare...

Dengan pengenalan GST pada kadar rata terbaek 6%, ada satu cabang perkhidmatan (service) yang tidak dikecualikan daripada GST... Ini yang pasti.. Setakat la nih... belum ader dengar apa-apa citer tentang perkhidmatan taska, tadika dan daycare bagi kanak-kanak yang dikecualikan dalam senarai yang boleh dikenakan cukai GST..

Dari apa yang gua dimaklumkan... Taska dimana anak gua mendapat perkhidmatan mereka telah mengeluarkan satu pekeliling yang memberitahu bahawa pihak Taska akan mengenakan caj yuran tambahan sebanyak 14% mulai tahun 2014....

Persoalannyer sekarang ini.... hampir 90% rakyat Malaysia menghantar anak-anak mereka ke taska, tadika mahupun kepada khidmat daycare.... Betul ader taska yang murah seperti Tadika Kemas tetapi... bagaimana dengan mutu pendidikan yang diberikan....  Nak harapkan projek PERMATA.... berapa banyak lah outlet yang ader dalam Malaysia nih....


Terpaksa lah hantar anak ke Brainy Bunch, Smart Reader, Little Calliph, Montessori, Nu'man dan banyak lagi taska, tadika dan daycare....

Aiyo..... penat aaaar....

06 January 2013

PRU13 : Gua Undi Rosmah Mansor

Bhai... Nih gua nak bagitau lu... Kalu Rosmah Mansor tersenarai jadi calon PRU13 walaupun Najib Razak telah digantikan oleh Muhyiddin Yassin, maka gua rasa Muhyiddin Yassin membuat pilihan yang tepat....

Kalu ditakdirkan Rosmah Mansor bertanding di Parlimen Kampar (tempat dimana gua akan mengundi) pastinya Rosmah Mansor akan mendapat undi dari gua. Walaupun Rosmah Mansor bertanding satu lawan satu dengan calon Pakatan Rakyat... Pastinya Rosmah Mansor akan menang...

Selama ini kita Rakyat Malaysia dimomokkan dengan beberapa cerita yang membusukkan nama dan memburukkan persepsi rakyat Malaysia terhadap Rosmah Mansor... tapi percalah... Rosmah Mansor aderlah seorang negarawan yang bagoosh... Jauh lebih baik dari Siti Hasmah, Endon atau Jeanne...

Malah kalu nak dikatakan ... Rosmah Mansor mempunyai pandangan yang jauh serta carakerja yang efisien. Rosmah Mansor juga amat prihatin terhadap masalah rakyat malah sanggup turun padang untuk menyalurkan bantuan.. Dari segi pendidikan, sebagai seorang ibu, beliau amat cakna dan besedia mendapatkan bantuan sewajarnya bagi menjayakan misi mendidik anak bangsa dalam pendidikan peringkat rendah.

Malah boleh dikatakan program PERMATA kelolaannya amat berjaya dan boleh menjadi pemangkin kepada sistem pendidikan prasekolah di dunia. Malah dengan wawasan dan perancangan yang strategik, gua percaya Rosmah Mansor akan kekal menjadi ikon pendidikan prasekolah dalam sejarah Malaysia moden.

Jadi... Gua cukup stuju kalu Rosmah Mansor dilantik menjadi calon PRU13 kerana idea dan gerakkerja beliau agak terkedepan berbanding dengan mana-mana calon wanita dari Pakatan Rakyat. Wan Azizah bukanlah setanding dengan Rosmah Mansor.

Satu undi dari gua untuk Rosmah Mansor kalu la dier bertanding....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1