Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Persatuan. Show all posts
Showing posts with label Persatuan. Show all posts

13 January 2021

Berbelit Lidah Nampaknya Persatuan Insuran dan Takaful

Bhai/DeeDee semua...

Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah membuat kenyataan mereka berkenaan isu Insuran dan Takaful semasa Darurat.

Namun kedua-dua pihak telah mengatakan bahawa untuk mendapat maklumat lanjut, penegang polisi hendaklah menghubungi syarikat penanggung Insuran dan Takaful yang berkenaan.

Ini gua nak bagitau.

Kenyataan Media kedua-dua Persatuan sebenarnya tiada kuasa “mengikat” dari sudut undang-undang terhadap polisi Insuran / Takaful yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak pemegang polisi dan syarikat penanggung risiko. Ianya hanya sekadar panduan semata-mata.

Jadi walau apa pun kenyataan media dari pihak Persatuan, ianya tidak memberikan apa-apa makna yang jelas atas dokumen “legal” yang telah dipersetujui oleh dua-dua pihak (pemegang polisi dan syarikat penanggung risiko)

Syarikat Penanggung Risiko berhak untuk menentukan takrifan mereka sendiri berdasarkan terma dan syarat yang telah dinyatakan dalam dokumen polisi.

Pematuhan berdasarkan garis panduan dan terma serta syarat yang tertera dalam dokumen polisi adalah sesuatu yang “mengikat” dari sudut undang-undang.

Harap maklum.

(ini adalah sambungan dan penjelasan lanjut dari post blog gua yang pagi tadi). Sekian.

P/S : Arahan Moratorium BNM pun bank-bank buat bodoh ja tak berapa nak ikut walhal BNM adalah autoriti... yang bagi lesen... bukannya macam level persatuan ja...

Terkini: 

Hehehe... Persatuan Insuran Hayat Malaysia (LIAM) pun dah keluar statement..

Tapi baca betul-betul statement LIAM

“Tuntutan akan dibayar mengikut terma dan syarat seperti yang dinyatakan didalam polisi mereka” - Presiden LIAM (Loh Guat Lan)

ingat... dalam polisi mengatakan dengan jelas perlindungan tak support dalam keadaan darurat.

Takrifan boleh diperbuat pelbagai cara. Kena faham tu.



16 June 2010

CASSA

Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) sepatutnya ditubuhkan sebagai satu persatuan yang memartabatkan para pengguna ... tapi... aper kan daya.... persatuan dah jadi kayu.. dah tak ikut aspirasi pengguna... dah tak berpijak dibumi nyata..

Jacob George selaku Presiden CASSA nih nampaknyer berfikir menggunakan buku lali kot...

Gua berani jamin... yang ahli Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam tak setuju dengan pandangan dier... memandai jer cakap bahawa elok la ader judi sukan nih... untuk bantu ekonomi negara... George juga berkata, langkah itu akan membantu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan juga pulangan kepada kerajaan -- pada jumlah boleh mencecah "jutaan ringgit."

Bodoh ker aper.... memberi peluang pekerjaan pada saper.... pada bookie ker... pada Sport Toto ker.... abis tue... yang kerja pon jahanam pasai asik berhutang pinjam sana pinjam sini nak main judi sukan tue amender.... bodoh ker aper nih...

Kalu pada pemilihan jawatan dalam CASSA tahun depan mangkuk nih masih lagi diangkat jadi Presiden... gua tak tau la.... camana la boleh ahli persatuan masih nak lantik dier jadi Presiden... kayu dan bangang nak mampus... Buat malu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) jer.... buat malu S.M. MOHAMED IDRIS jer...

Lanjutan baca di sini.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1