Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Silver Nitrate. Show all posts
Showing posts with label Silver Nitrate. Show all posts

06 July 2013

Tender Terbuka Untuk Dakwat Kekal - SPR

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) merancang untuk membeli dakwat kekal daripada pembekal barun (melalui satu tender terbuka dakwat kekal) untuk digunakan dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Abdul Aziz berkata pihaknya akan mencuba untuk mendapatkan dakwat yang lebih baik bagi mengelakkan kesalahan yang lalu berulang. Beliau berkata pihaknya akan mengumumkan kandungan silver nitrat dan akan memastikan kandungannya cukup membuatkan dakwat itu kekal.

Dalam pilihan raya umum lalu, wujudnya aduan daripada pengundi yang mendakwa dakwat kekal yang digunakan mudah untuk ditanggalkan. Penggunaan dakwat kekal adalah syor daripada jawatankuasa khas parlimen untuk penambahbaikan sistemb pilihan raya dan antara tuntutan NGO BERSIH untuk mengelak pengundian dua kali.

Pembekal baru yang ingin memasuki tender kenalah memastikan bahawa kandung pewarna makanana adalah tinggi bagi mengekalkan sturukturnya manakala pewarna sirap ros, inai dan kunyit tidak dibenarkan sama sekali. Jika menggunakan dakwat dari sotong, pastikan sotong tersebut masih fresh seperti mana sotong di Lorong Haji Taib

Hahahaha    pun intended..... hahahaha




27 June 2013

Gua Mengaku Gua Yang Bekalkan

Bhai dan DeeDee semua.... gua dengan ini mengaku bahawa gua yang bekalkan dakwat pekat likat melekat tapi tak kekal kepada SPR... Gua mengaku semua campuran dakwat kekal tu dibancuh di Balakong.... Itu pon semua dengan bantuan kengkawan "cetak rompak @ pirate" gua yang ramai kat sana...


Gua mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia.... sori aaa.... kos untuk gua bekalkan dakwat tue sebenarnya tak cecah pon RM 5 ribu ringgit... Semua bahan asas dakwat gua amik dari syarikat PELICAN kat Puchong tue...  blending dan mixing dibuat di Balakong....  Botol dan kotak dibuat di Seremban 2 ...

Dan gua sajer letakkan alamat palsu pada kotak dan botol dakwat tue...

Campuran masih rahsia... cuma apa yang gua boleh bagitau.. gua banyak menggunakan bahan dari sotong (musim chandat sotong bermula awal April dulu sampai Julai nih)... gua dapat stok dari Kemaman dan Dungun.....

Oh yer... untung bersih gua sebenarnya cuma RM10 ribu jer.... ciput jer...... selebihnya yang berjuta tue tak dapat kat gua...  ader VVIP yang untung... sebab gua terpaksa guna modal dan kabel dier untuk dapatkan tender bekalkan dakwat kekal ini...

Oleh yang demikian... gua nak mintak maap kepada seluruh rakyat Malaysia kerana dakwat yang gua bekalkan tu walaupun pekat, likat dan melekat... tapi tak kekal.... sori aaa... ini semua bukan gua punya agenda...

PRU14 nanti gua akan tukar semua tue dengan bantuan dari ADABI Marketing (BABAS sudah tarik balik kontrak pembekalan ngan gua) yang dah berjanji nak sediakan lebih kurang 1 tan serbuk kunyit. InsyaAllah... pada PRU14 nanti.. warna dakwat kekal aderlah kuning...

Harap maklum...

Duit hasil jual dakwat kekal tue gua dah gunakan untuk main "mesin judi kuda" ... sori aaa.... token mesin judi kuda tue masih ader lagi... kalu nak boleh la amik....

Hahahahaha..... ader paham ka??

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1