Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

05 November 2009

Asal Usul Singapura

Story yang gua nak ceritakan ini adalah sebahagian cerita yang pernah apak gua ceritakan kat gua dan adik beradik gua masa kami kecik dulu. We all nie agak rapat ngan apak. Satu hari tu kan , mak gua pergi balik kampung (tempatnya tak payah le gua nak ceritakan). So kitorang duduk ngan apak sebab apak kena pergi kerja. Malam tu masa gua ngan adik gua namanya CHU-UN lepak-lepak kat depan TV tengok berita (Dunia Jam 10) tetiba je apak gua datang sambil berkata, "Er...korang nak dengar cerita tak, cerita sejarah masa dulu". "Eh...boleh gak", balas adik gua. Kemudian apak gua pun duduklah kat sebelah kitorang sambil memulakan ceritanya. Ceritanya begini......

Pada satu masa dahulu , ada seorang anak raja di kepulauan JAWA (JAVA) yang bernama Sang Nila Utama. Dia ini adalah seorang anak raja yang agak agressif. Tak boleh nak duduk diam. Ada-ada saja yang nak di perbuat olehnya. Dia nie adalah anak kesayangan bonda dia. Sang Nila Utama ini tidak dibenarkan berjalan seorang diri walaupun di sekitar istana melainkan dengan ditemani oleh pengawalnya. Adapun suatu hari ayahandanya telah menghadiahkan kepada Sang Nila Utama ini akan dua orang pengawal terbaik yang baru sahaja memulakan kerja di istana. Ini adalah hadiah ulangtahun umur Sang Nila Utama meningkat 12 tahun. Sang Nila Utama amat gembira apabila didapatinya dua orang pengawal ini berlainan bangsa dan kelakar orangnya. Seorang bernama Govindaraj (keturunan India) dan seorang lagi Mok Chai (keturunan China). Mereka ini sebenarnya adalah pengawal raja kerajaan China dan India yang telah dihadiahkan kepada Kerajaan Srivijaya atas dasar persahabatan ketiga-tiga kerajaan.

Adapun Sang Nila Utama ini ada mempunyai seorang balachi (joker) tua yang bernama Purnowo Gusti. Dia nie berumur dalam lingkungan 70'an ketika itu. Si Purnowo Gusti ini telah menjawat jawatan ini sejak dari kecil lagi. Adapun daya pendengaran Si Purnowo Gusti ini adalah amat kurang kerana umurnya agaknyalah. Dia nie selalu je bersama dengan Sang Nila Utama walau ke tandas sekalipun. Tiga tahun telah berlalu dan Sang Nila Utama kini berumur 15 tahun. Suatu hari sewaktu sedang lepak di halaman istana sesudah berlatih bersilat "Machan Singo" maka terfikirlah akan Sang Nila Utama ini untuk mengembara mancari satu jajahan baru untuk dirinya sendiri. Maka bertitahlah ia kepada pengawal dan balachinya, "Apa kata semua kalau minggu depan nie kita pergi kearah utara mencari satu jajahan baru. Beta teringin lah nak memerintah satu jajahan baru"."Molek sungguh tu Tuanku" balas Mok Chai. Si Govindaraj mengangguk sahaja."Jadi baiklah , minggu depan hari Isnin kita berangkat" titah Sang Nila Utama.

Setelah memohon limpah kurnia dari ayahanda dan bondanya maka berangkatlah Sang Nila Utama nie dengan diiringi oleh 3 orang yang setia tadi (Govindaraj, Mok Chai, Purnowo Sakti). dengan menaiki bahtera kecil adanya. Sang Nila Utama tidak memakai pakaian dan alatan kebesaran kerana ingin merasakan cara hidup rakyat jelata. Maka mereka pun bergeraklah mengharungi laut untuk mencari sebuah tanah jajahan baru di utara kepulauan jawa. Bahtera kecil itu dibuat oleh Mok Chai dan Govindaraj dengan menggunakan kayu bemban sebagai bahan utama.

Selang beberapa hari maka sampailah mereka di sebuah pulau yang tiada berorang ketika itu. Maka bertanyalah Sang Nila Utama akan nama tempat itu. Maka tidak terjawaplah oleh ketiga-tiga orang suruhan ini akan soalan Sang Nila Utama. Maka ketika itu terpandanglah oleh Sang Nila Utama akan beberapa ekor anjing liar berkejar-kejaran di tepi pantai tidak jauh dari tempat mereka berlabuh dan berehat itu. "Eh .. Lihat tu ada anjing main lah" Mok Chai bersuara. Dalam pada itu ada beberapa ekor anak rusa sedang memakan pucuk kayu berhampiran dengan anjing liar tadi. Apabila ternampaklah oleh anjing liar tadi akan anak rusa itu maka anjing liar itu berpakatlah untuk membuli anak rusa itu. Ketika mereka sedang membuli anak rusa itu, maka datanglah mak rusa dengan bapak rusa untuk mempertahankan anaknya. Maka anjing-anjing liar itu habislah ditendang oleh mak dan bapak rusa."Huh...Dasat rusa tu" getus hati Sang Nila Utama.

Malam tu mereka bermalam di tepian pantai itu. Ketika sedang berborak itu maka terpikirlah akan Sang Nila Utama untuk bertanyakan satu soalan yang bermain di kepalanya sejak dari mula pelayaran mereka lagi."Er... Mok Chai , binatang apakah yang engkau perbuatkan untuk jadi kepala bahtera kita itu, Aku dah lama perhatikan tapi binatang tu aku tak pernah tengok." secara tetiba je Sang Nila Utama bersuara. Dahulu kala biasanya orang akan membuat pelbagai bentuk binatang atau manusia (perempuan) sebagai perhiasan kepala kapal. "Oh... Itu binatang singa Tuanku," balas Mok Chai."Poorah , tipu je tu." sergah Govindaraj. Adapun jarak antara Mok Chai dan Govindaraj dengan Sang Nila Utama itu agak jauh maka bertanyalah Sang Nila Utama ini kepada Si Purnowo Gusti akan jawapan yang diberikan oleh Mok Chai itu tadi. Seperti yang kita semua maklum, Si Purnowo Gusti ini agak berat pendengarannya. Maka dijawablah olehnya "Singa Poorah Tuanku" sambil tersengih-sengih kambing akan dia."Oh Singa Poorah" balas Sang Nila Utama."Sedap juga tu kalau diberikan nama tu akan kepulauan ini , nampak hebatlah" sambung Sang Nila Utama. Maka keesokannya bertitahlah akan Sang Nila Utama ini bahawa kepulauan itu dinamakan SINGA POORAH. Maka selepas itu orang-orang yang menetap di kepulauan itu pun menamakan SINGAPURA untuk menyenangkan lagi sebutan dan menyedapkan lagi idegham sebutan itu.

Adapun sampai kini binatang singa tidak pernah ada ujud di kepulauan Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu , apatah lagi akan Kepulauan Jawa. Mengikut fakta yang diberikan oleh National Geographic Society maka binatang singa itu hanya ada di India dan China sahaja pada satu masa dahulu, namun kini telah kian pupus melainkan yang tinggal di Afrika sahaja.. Sekian...Wasalam...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1