Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

01 June 2019

Kes Abang Botak

Bhai/DeeDee semua...

Fahami undang undang jenayah sebelum nak sembang macam-macam...  hahhaa.

Kanun Keseksaan (Akta 574)

• Seksyen 321 - Dengan sengaja menyebabkan cedera.

• Seksyen 323 - Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera

Barang siapa melakukan apa-apa perbuatan dengan niat dengan jalan demikian itu hendak menyebabkan cedera kepada seseorang, atau dengan mengetahui bahawa ia mungkin dengan jalan demikian itu menyebabkan cedera.

Hukuman 321: Mengikut Seksyen 323 - Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera adalah hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Contoh Kes:

Lelaki tumbuk pemandu bas Rapid Penang - Mengaku Salah, denda RM1K, tak kena penjara

Lan Pet Pet belasah Pak guard - Mengaku salah Kena denda RM2K, tak kena penjara.

Rempit belasah Ambulans - Mengaku salah, penjara satu bulan dan denda RM1K.

• Seksyen 427 -
427. Melakukan khianat dan dengan jalan demikian itu menyebabkan kerugian yang berharga sebanyak dua puluh lima ringgit

Hukuman 427: melakukan khianat dan dengan jalan demikian itu menyebabkan kerugian yang berharga sebanyak dua puluh lima ringgit atau lebih, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun ,atau dengan denda ,atau kedua-duanya.

Contoh Kes : Abang Botak - Mengaku salah, tak kena denda, Kena penjara 12 bulan.

Moral of the story, kalau bergaduh kat jalanraya jangan la rosakkan kenderaan, bertumbuk belasah je terus. 😛

Inilah undang undang manusia.

Sekian.

Hahahahaha

2 comments:

  1. Bagi aku, ini adalah kaffarah bulan Ramadan. Bulan Ramadan ni umat islam di ajak untuk melebihkan perasaan sabar, lebih bertenang, lebih rendah diri (muhasabah diri) dan paling utama sentiasa tunduk kepada Allah SWT. Mamat ni pulak buat perangai yang paling2 tak elok dalam bulan Ramadan. Takde langsung sifat sabar dan muhasabah diri, cepat sangat melenting kemudian berasa gah dengan diri dan fizikalnya sehingga sanggup melakukan kekerasan fizikal. Ini semua adalah contoh melayu kaki amuk, tak sempat berfikir, tak sempat bertanya diri adakah tingkah lakunya tu elok, betul dan senonoh, tak sempat menilai kesan akan setiap perbuatan dan cepat melatah untuk menyelesaikan satu kekusutan dengan emosi bukan dengan akal. Melayu amuk akan ikut emosi pada setiap ketika dan keadaan dan pada akhirnya diri sendiri yang menyesal.

    Benda2 ni dapat dilihat dalam latah segolongan orang melayu bila berhadapan dengan isu ICERD dan statut Rome. Belum pun kaji dan fikir dengan ilmu tentang perkara2 tu dah sibuk nak buat perhimpunan turun jalan. Bila ditanya pasal ICERD dan Statut Rome, sekor, sekor mangkuk tu bagi jawapan yang tak betul lantas menyerlahkan kebebalan dan kebodohan mereka (buat tunjuk perasaan kerana kejahilan). Tak ada pengetahuan secara medalam tentang ICERD dan statut Rome tapi dah sibuk nak turun ke jalan untuk berjihad. Kalaulah berlaku kematian masa perhimpunan tu, adakah mereka fikir itu adalah mati syahid? Berjuang dalam kebodohan dan kekeliruan tu takde dalam islam. Islam tak suruh pi mengamuk tak tentu pasal dan lebih2 lagi dok tunjuk perasaan tentang sesuatu yang mereka sendiri tak faham dan takde pengetahuan tentangnya. Kalau mati dalam keadaan tu, tak ke nanti dikatakan mati katak je? Apa2 pun bagi aku , melayu ni masih lagi sinonim dengan amuk. Sentuh sikit je, dah melenting sampai ke bumbung padahal isunya kecik je. Orang luar tengok pun gelak akan kejahilan melayu ni.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Dengan perempuan pun nk gaduh jugak. Lelaki yang tunjuk garang dengan oerempuan ni bukan lelaki pun...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja